Wednesday, December 15, 2010

Kasihnya ibu


Mengambil iktibar dari sebuah kuliah agama tentang kisah Al Qamah yakni sahabat nabi yang amat rajin beribadah, namun terseksa dikala menghadapi sakaratulmaut. Gagal mengucap walaupun telah diajar oleh ahli keluarga dan sahabatnya..

Puncanya disiasat dan didapati Al Qamah telah menderhakai ibunya, lalu Rasulullah SAW meminta ibunya memaafkan Al Qamah. Sebaik dimaafi, dia boleh mengucap dan menghembus nafas terakhir dengan tenang. Alhamdulilah..
Kuncinya :” syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu”.  
Bagaimanakah sekiranya ibu Al Qamah telah mendahuluinya sebelum kemaafan diberi??

Itu kisah dulu, menjadi iktibar dan pedoman buat kita yang hidup. Namun sejauh manakah kita sekarang memulia, menghargai dan menghormati ibu bapa kita. Situasi sekarang dalam mengejar wang,,kekalutan mendaki jaya dan keghairahan lambang prestige memungkinkan kita mengabaikan mereka. 

Bagaimana dengan haq anak lelaki? Kewajiban mereka sebagai anak lelaki mesti mengurus dengan bersungguh2, prihatin, sabar menjaga ibubapa. Ini syarat untuk mereka mendapat syurga di akhirat. Hadiah terbaik buat anak soleh. Ibu bapa adalah kunci syurga bagi anak lelaki manakala suami adalah kunci syurga bagi isteri. Ramai sedia maklum namun mengabaikan kewajiban ini :)

Pelbagai sekatan lalulintas(rob-lock) ALLAH bakal ditempuhi di akhirat kelak...Bayangkan sekatan demi sekatan tentang tanggungjawab diri, keluarga, dan masyarakat akan dipertanggungjawabkan. Segalanya akan dipersoalkan dan dinilai oleh panel yang Maha Mutlak. Payahkah seorang anak menunaikan tanggungjawab memelihara ibubapa di kala usia menginjak senja?. Andai ada airmata terluka, apakah kehidupan kan sempurna???
Berjayakah menempah syurga tanpa restu ibu bapa?? 

YA ALLAH 
ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibubapaku. 
kasihanilah..
kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi ku sejak kecil.
Amin
06112010  Putera Ismail: kasihku bersamamu



Semuga kelahiran anak saudaraku ini , seindah nama yang ku panggil, menjadi anak soleh dan membahagiakan. Pengorbanan Nabi Allah Ismail bukan mudah, sanggup pertaruhkan nyawa demi agama yg dicintai. Muga Ismail ku kan memiliki ciri2 ini....Putera Ismail juga bakal anak soleh. InsyaALLAH

20 comments:

SiNoMoSa said...

Salam Kak Ain,

Kasihnya ibu membawa ke syurga..
Kasihnya ayah masa berada..
Selamat melihat dunia kepada putera Ismail..Smg menjadi anak yg soleh penyejuk hati ibu dan ayah..I/Allah

ainhany said...

waalaikumusalam dik syimm,

Terharunya bila kata kasih ayah tika berada..Wpun ayah takde lagi tapi "spirit"nya sentiasa bersama.
ohh kasih ayah bonda...:)

insya ALLAH dan terima kasih ats harapan dan satu doa jua hndaknya.Amin

Rozali said...

Assalamualaikum Ain

moga Putra Ismail menjadi anak yg soleh

Wassalam

ainhany said...

Waalaikumusalam THR,

InsyaALLAH
mudahan diperkenankan doa ini. Allah memlihara anak2 kita menjadi generasi yg mencintai ALLAH dan mnsyukuri nikmatnya.Amin

Anonymous said...

road block

mama ju, said...

Aslkm anakanda

Selalu kita dgr kisah iqamahkan? Mudah2an byk pengajaran disebaliknya yg kita dapat...

sahromnasrudin said...

as salam kak ain..semoga bayi itu menjadi anak yang soleh yang mampu membimbing semua ke jalan yang diredhai Allah SWT

ainhany said...

to Anonymous,

roadblock dunia bolehlaa lepas,
di akhirat??? insaf dan pikiqlaa nak polygamy ... touch n go...?

ainhany said...

Waalaikumusalam mamaju,

lama tak dengr citer..harap2 mama sihat. Ye..citer Al Qamah adalah cerita motivasi...Ain yakin mama sekelurga adalah contoh anak soleh solehah yang menjaga dgn sempurna ayahanda..Trimekasih ALLAH.
Ya Robb berkatilah seluruh kehidupan mama sekeluarga..
Amin

ainhany said...

Waalaikummusalam Shah,

Amin.
Kain putih itu bakal dicorakan..Muga warnanya tetap sama walau dilambung badai dunia. Ya Robb peliharalah mereka dan sempurnakan agama anak2 kecil seperti putra Ismail ini.
Terima kasih

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Luqman AlHakim telah mewasiatkan pada anak2nya mengenai penderitaan ibu mrk yg mengandung dan menyusukan selama 2 tahun (pilihan) bahawa hendaklah mengenangkan Allah dan ibubapa mrk. (Surah AlLuqman:14Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu.
Sehinggakan Siti Maryam a.s. semasa hendak melahirkan anak (Nabi Isa a.s.) beliau berkata dlm Surah Maryam:23(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang! Wallahulam

azlina said...

assalamualaikum...

ainhanya...kasih ayah dan ibu sama tara nya ibu berkorban susah payah melahirkan kita...ayah berkorban mencari rezeki mebesarkan kita...
tiada tandingan kasih mereka berdua...tak dapat di samakan dgn apapun yg ada didunia..

مسافر_اسلام said...

Assalammualaikom wtb kak...syukran selalu ziarah blog MI. Rajin2 ziarah ye...maaf la MI sibuk sikit dengan exam dan bila weekend masa MI banyak habis di Masjid.

InsyaAllah sampai masa kita bicara kembali. Salam

Ati Masrif said...

salam ain,

bertamu di pagi hari

ainhany said...

Waalaikumusalam wbkth Taj,

Subhanallah
Kupasan yg dnnti2kan,perkongsiaan bersumberkan AQ. Jadikan diri kami anak2 yang mnghargai ibubapa dan keturunan kami yg mmelihara dan mnghormati ibubapa juga..Betapa saya mngkagumi pengorbanan Maryam dan Nabi Isa.
(atas nama itu, mereka bagai dilahirkan semula..ummi maryam dan keturuanan Isa)
Semuga Ismailku juga memliki ciri2 terpuji dan mnjadianak soleh.Amin

ainhany said...

waalaikumusalam Kak Ina,

Amin. Andai ada kebaikan dari diri ini, ku hadiahkan buat emak dan ayah yg dikasihi dan disyngi.

Kasih, doa, restu dari emak dan ayahlah yng mmbawa kebahagiaan jiwa dan ketenangan abadi.
Terima kasih ats perkongisian

ainhany said...

Waalaikumusalam dik MI,

Syukur. Terima kasih ats knjungn ini, walaupun dlm kesibukan.Pergunakan masa mudamu utk agama muga dirimu tak keruan diusia mngajak matang..Muga isteri solehah kan ditemui dlam mencari distinasi abadi. Amin

ainhany said...

waalaikumusalam Ati,

Terima kasih melewati disini lagi..:)
Salam disambut, doa diamin.

Siti Muthiah said...

salam, ain..

correct... mg kita kan menjadi anak solehah yang sentiasa mendoakan ibu dan ayah kita...

ainhany said...

waalaikumusalam Muthiah..

amin amin...:)
InsyaALLAh sama kta pelihara mereka sperti mana mereka mmlihra dan mngasihi kita..