Thursday, November 25, 2010

Segalanya kerana ...25

20112010.   Tema biru membaluti pasangan pengantin yang diraikan. Bermula konvoi seusai solat dzohor di Masjid Pendang yang menghimpunkan saudara mara dari Batang Kali, Selangor (sebelah ibunya). Perarakan pengantin lelaki bersama 9 biji kereta kemudiannya bertemu di Masjid Kg. Baru, Sg Tiang yang menghimpunkan 5 biji kereta lagi menjadikan konvoi ini semakin meriah. Tanpa di duga seramai ini rombongan pengantin lelaki akan turut serta bagi merapatkan jalinan kemesraan.

Menyusuri ke rumah pengantin perempuan pula pandangan sawah bendang yang menghijau menyejukan permandangan. Indahnya lakaran ALLAH atas setiap jadiannya. Subhanallah.

Serba biru mnghiasi majlis- nie baru sepupu2 jer..
 
Tu dia ramainya kategori mak/bapa saudara.... 
Kemeriahannya terasa hinggakan pihak kami tak terlayan oleh tuan rumah, namun sedikit pun tak mencalarkan majlis. Apa nak dikatakan inilah hikmahnya bila keluarga ramai dan besar.

Sesii menjamu selera
 Pasangan pengantin yang mengenakan warna biru segak dan ayu sekali dan bagai pinang dibelah dua..Dari dalam rumah, kami dipelawa ke khemah untuk menikmati juadah dan hidangannya yg sedap.

Pertemuan keluarga Batang Kali dan Pendang ini menjadi semakin rancak bila masing-masing saling beramah mesra dan sesekali sempat mengusik pengantin . Mereka pastinya akan setuju dengan apa saja aksi yang dikehendaki. Walaupun masing-masing malu tetapi mereka mmberikan kerjasama.  Inilah memori indah itu pasti akan menyimpan seribu kenangan nantinya.
mengabadikan kenangan bersama undangan

Kepada
Anakanda ILYAS dan IDA yang  diraikan
Hargailah nikmat yg dianugerahkan
Titipkan dgn kasih sayang dan pupuklah dgn keimanan dan bentengilah dari kejahilan dan kekufuran
Barokallah

Terima Kasih ALLAH

8 comments:

kak Erna said...

salam ainhany..tahniah buat pengantin baru..

Ati Masrif said...

salam kenal.

meriah nya majlis tu..suka warna biru..cantik

sahromnasrudin said...

alhamdulillah..selamat 2 insan disatukan

shami2 said...

Salam ain..

Ohh dah sampai pekan pendang tu..dah dekat dengan rumah pak ngah kat kedah...

Kalau lalu lalang jom jemputlah singgah...

ainhany said...

Waalaikumusalam Kak Erna,

Terima kasih.
Doakan jodoh mereka berkekalan. Amin

Terimaksih

ainhany said...

Waalaikumusalam Ati Masrif,

Salam ukhuwah.
Terima kasih singgah dan meninggalkan jejak ini.

cantik ke??? tak per baju sewa ja..boleh tempah nnti..hihi
Terima kasih ye

ainhany said...

Salam Shah,

Alhamdulillah.
selamat tinggal zaman bujang dan semuga selamat melayari zaman baru.
doakan mereka

terima kasih

ainhany said...

Waalaikumusalam Kak Shami,

Alhmdulillah...Selamat segala:)
Tu lar pasal ain de tanyer akak balik kg tak?? KaLau ade boleh aja kita berkonvoi ke rumah pengntin.

Insya ALLAH jumpa lagi. Terima kasih