Monday, December 27, 2010

atas nama keputusan

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Keputusan demi keputusan..
Tahniah dan alhmdulillah, keputusan PMR anak2 saudara telah pun dimaklumkan:
Along Aminahtul memperolehi 8A 1B
Arif memperolehi 3A6B
Rezeki dan keupayaan diukirkan hasil  usaha, restu family dan guru masing-masing. Tahniah buat guru2 dan sekolah SMA An Nadhoh dan Maktab Mahmud AS.

Untuk memperolehi kejayaan ianya bermula dari rumah. Hubungan sempurna dengan ALLAH dan sokongan padu dari ibu ayah adalah kunci kejayaan. Buat anak2 saudaraku ni, Along dan Arif, jadikan ini sebagai permulaan sebagai hadiah ibu ayah...Masih banyak rentasan kehidupan akan dilalui. Semuga ALLAH memberi kalian kejayaan demi kecemerlangan dunia dan akhirat. Anak2 saudara saya ini akan meneruskan  persekolahan di sekolah yang sama dan bakal mencatat kejayaan lagi untuk diri, family dan prestasi sekolah. Teruskan kegemilangan atas nama family kita jua.

Buat lepasan UPSR 2010, pada tahun 2011 mereka  akan melangkah ke dunia sekolah menengah. Namun saingan sengit dengan untuk  memasuki SBP, MRSM dan Maktab Makmud menjadi satu cabaran pula. Ketiga-tiga dari empat anak saudara saya yang mengambil tahun UPSR kali ini bersaing dengan ujian IQ, temuduga dan kecerdasan fizikal bagi melayakkan mereka memasuki ke sekolah yang dipilih.

Walau bagaimana pun mereka masih mendapat tempat untuk meneruskan persekolahan mereka.
Muhammad Shahmi yang mencatat 5A telah mendapat tempat di SBP Lahad Datu. Sabah
Muhammad Zaid yang mencatat 5A pula ke  SMKA Nibong Tebal, walaupun  mendapat tawaran ke Maktab Makmud AS tetapi terpaksa menolak kerana ketiadaan kemudahan asrama disediakan untuk pelajar ini walaupun ibu ayahnya berada di SPS
Muhammad Ibrahim yang mencatatkan 4A1B pula bakal meneruskan persekolahan di SMA AnNadhoh, Bukit Besar walaupan tawaran ke MMAS terpaksa ditolak ats sebab yang sama.
dan Imad 2A2B1C akan meneruskan persekolah  disekolah yang berhampiran dengan rumahnya.
Percutian ke Muzium Padi  dan Pusat Sains Kedah: Inilah  bakal saintis muslim!!
Hanya tinggal beberapa hari lagi anak2 saudara saya akan berada di rumah. Keriangan dan kegumbiraan mengenakan pakaian uniform sekolah pasti akan muncul semula. Selamat siapkan fizikal dan mental kerana minggu depan segalanya berubah..Pertekadkan niat dan lipat gandakan usaha kerana kejayaan esok bermula dengan hari ini...Rumah  itu kembali sepi..

12 comments:

Rozali said...

Waalaikumusalam Ain

anak2 saya pun dah nak redi ke sekolah ni

terima kasih
Wassalam

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..semoga persiapan mereka ke sekolah lancar...

ainhany said...

Salam THR,

Alhamdulillah...zaman persekolahan lah zaman yg paling best..selamat kembali ke sekolah..

Semuga berjaya anak2 spertimana acuannya..Amin

ainhany said...

Waalaikumusalam Shah,

insyaALLAH ..mudah2an begitulah hendaknya

Ati Masrif said...

ramainya anak2 saudara ain

perihatin mak saudara depa ni ^_^

Kakzakie said...

Salam Ain,

Anak-anak kakak masih dalam mood cuti sehinggalah balik shopping beli beg sekolah, kasut tempat pensil dsb baru mood sekolah ada...

ainhany said...

Salam Ati,

hihi...banyak ke?? ye laa tu

Alhamdulilah kaseh pada mereka tak pernah berpenghujung....:)

Terimakasih

ainhany said...

Waalaikumusalam Kak Zakie,

woww...bila dah serba baru pasti anak2 tak sabaq nak ke sekolahkan.

Tahniah kak, ibu yg cemerlang sentiasa komid dan support utk pembelajaran anak-anak. Semuga anak2 menghargai pengorbanan ib ayah mreka.
Selamat kembali ke sekolah ya

rezeki said...

salam ain


cepat je cuti sekolah nak habis, anak bapak yg pompuan dah balik kl umah atuknya, hujung minggu ni daftar semester baru

yang bongsu sabtu ni dah balik asrama
tinggallah kami berdua heheheh


anak ramai dgn anak sikit
semuanya akan tinggalkan kita bila dah besar

ainhany said...

Waalaikumusalam Pak Itam.

Terima kasih berziarah disini.

Kita restuilah pemergian mereka menuntut ilmu degn doa muga mereka mencipta kejayaan di dunia akhirat.

Tp tugas setiap ibu bapa tak pernah selesai...teruskan dOa...dan selamat belajar buat kedua2 anak pak itam..
Kirim salam buat mak itam ek:)

tajnur said...

Assalamualaikum
IsyaAllah, teruskan belajar krn perjalanan masih jauh dan panjang!

ainhany said...

Waalaikumusalam ukthi taj,

InsyaALLAH berkat doa semua anak2 ini menjadi soleh dan solehah.
Doakan pejlan hidup mereka yg baru bermulaa....

Terima kasih