Wednesday, November 24, 2010

Segalanya kerana ...2

Tarikh: 19 Nov 2010 @ 12 Dzulhijjah 1431H
Tempat kejadian : Kg Baru, Sg Tiang, Kedah 

Pada hari ini dia telah terpanggil untuk memikul tangggungjawab sebagai ketua keluarga. Tampan bergaya sang arjuna dgn pakaian rekaan adindanya dikasihi AZAN ADAWIYAH. Berkonsepnya lain dari yang lain…Namun konsep putih yg membaluti dirinya memcerminkan keperibadiannya…

Senyumnya tawar selagi genggaman imam belum bersambut. Imam mengujinya dgn menyuruhnya membacakan ummul kitab dan menjawab beberapa soalan tentang perkahwinan. Lebih kurang jam 1730 pada 19112010 dengan sekali lafaz anak saudara saya ini telah selamat menikahi puteri bongsu dari Kg Baru, Sg Tiang. Masjid Jamek Kg Baru menjadi saksi pernikahan ini dan bermulalah sebuah pelayaran .

" Alhamdulilah..Aku terima nikah dgn maskahwinya 2525 tunai"
Kami bahagia punya anak seperti kamu...
".
                            "tak per tok, esok dik pai pakai sampin pula" Sayang tok.
Mampukah mereka sepertimana cinta tok dan wan yg berpisah cuma kematian? 


Inilah pereka baju pernikahan ..cantikkan..:)
Bila segalanya menjadi halal....sentuhan cinta bersemi

Dia kini telah empunya isteri
Ijab dan kabul menjadi bukti
Pernikahan direstui kaum family
Semuga sakinan kan dimiliki

Walaupun dalam nada kegembiraaan, namun hati kecil saya sedih...ayah tak dapat turut serta meraikannya  kehadiran cucu menantu perempuan  dan  keluarga kita semakin besar .Anak saudara saya kini mmpunyai tanggungjawab tersendiri dan perlu komited pada rumahtangga dan agama. Saya yakin dgn kepimpinan dan keperibadian dia dalam mengemudikan sebuah pelayaran kehidupan.

Selamat Pengantin baru buat anakandaku
ILYAS TUFAIL dan NORLIDA

                                                              BAROKALLAH
                                                       Semuga di rahmati ALLAH

...bersambung

3 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ain

selamat pengantin baru buat Ilyas Tufail dan Norlida

moga berkekalan hingga ke Syurga

Wassalam

ainhany said...

Waalaikumusalam Tn Hj,

Amin.
InsyaALLAH mudah-mudahan diberkati pasangan dirai

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Selamat pengantin baru buat anak saudara (Ilyas) dan puteri bongsu dr Kpg Baru, InsyaAllah semuga dikurniakan zuriat yg mampu menyumbangkan sesuatu yg bermakna dlm dunia Islam....