Tuesday, December 14, 2010

Zaki nak dewasa

Bersempena cuti musim sekolah, ramai ibu bapa yang mengambil kesempatan membawa anak lelaki mereka bersunat sbg mengikut sunnah Rasulullah SAW. Kewajiban bersunat ini bedasarkan al hadith yg diriwayatkan oleh Utsaimin bin Kulaib bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada org yag baru memeluk islam “bersihkanlah dirimu dari rambut kufur dan berkhatanlah” . Begitu juga yg diriwayatkan oleh Ibnu Abbas katanya, “seseorang yg tidak berkhatan tidak diterima solatnya dan hasil penyempbelihannya tak boleh dimakan”. Asasnya hikmah dan amalan berkhatan ini mmpunyai faedah di aspek kesihatan yang tak boleh dipertikaikan lagi.

Peringkat usia yg afdal bersunat adalah ketika belum baligh dan elok juga jika bayi lelaki yang baru dilahirkan di khatankan seperti kelazimannya diamalkan oleh orang Arab bagi memudahkan urusan solatnya. Apa pun bergantung kepada tempat, kemampuan kewangan juga persediaan mental dan fizikal si anak.

Untuk tahun ini, Ahmad Zaki, anak bungsu dari 5 saudara memilih dan bersedia untuk disunatkan @dikhatankan. Kesediaan untuk sakit dan berpeluang menunaikan solat sebaris dengan dewasa membuatkan kami teruja. Zaki berusia 9 tahun dan manja orangnya. Dengan saiz badan yang kecil dan manja , saya memanggil anak saudara saya ni dengan nama manjanya baby walaupun ia hanya panggilan antara saya dengan dia.   Zaki anak yng pintar dan dia telah khatam Quran awl masuk persekolahan lagi. Dia juga turut   membantu rakan-rakannya membaca Al Quran di rumah di samping memperkemaskan lagi bacaannya.

Zaki akan menjadi dewasa satu hari nanti. Hargailah insan-insan yang mnjaga dan bersengkang mata untuk menjaga Zaki tika sakit ini . Inilah satu-satunya “hukuman sakit” yang hanya dialami oleh orang lelaki sepanjang bergelar manusia. Sakit seorang lelaki TAK KAN sama dengan kesakitan yang akan dialami oleh perempuan- wanita-isteri-ibu yang sedia untuk menempah maut atas nama kelahiran seorang bayi yang saban tahun hadir.  Subhanallah

KFC umpan kejayaan UPSR.. makan jer anak2ku

tu dia Zaki kena angkat pingganke?..Apa yg penting kerjasama!!!

Berat sama dipikul. .

edat..pun bersunat jugak kan tahun nie...

Amacam bb sakit ke?? good boy kan...:) 
Semuga Zaki cepat sembuh dan menjadi anak Soleh yang menghormati dan menghargai pengorbanan ibu ayah. Berniatlah baby ku , dirimu kan menjaga maruah keluarga dan agama kita.

6 comments:

kak Erna said...

ainhany..kenduri besar untuk zaki ye..cepat sembuh zaki..

ainhany said...

kak erna,

hihii...yer laaa Zaki lumayanlaa kutip tol..:) tuahnya mereka..
InsyaALLAH cepat sihat dan sembuh hendaknya

~aSHa~ said...

wah siap kenduri..semoga cepat sembuh..

ainhany said...

kenduri bagi kuat semangat!!!
maklumlaa org sihat tetiba terbaring...hihiii
tmekasih atas doa

azlina said...

aslmkm ain..

zaki dah melangkah setapak ke alam dewasa tak lama lagi...zaki ni ank yg ke berapa...alhamdulilah meriah kenduri akk tgk..

ainhany said...

waalaikumusalam wbkth kak ina,

hihii..rasa mcm jap je lagi dapatla menantu saudara..hihii.Dah boleh kwin ke???
Zaki Anak bongsu...gitulah ceghitanya..Doakan dia bejaya dunia akhirat ye kak!!