Tuesday, December 14, 2010

Selamat berpuasa



Al Imam Asy-Syaukani dan Al Hafidz Ibnu Hajar mengatakan puasa ‘Asyura ada tiga tingkatan. Yang pertama puasa di hari ke 10 saja, tingkatan kedua puasa di hari ke 9 dan ke 10 dan tingkatan ketiga puasa di hari 9,10 dan 11. Selamat berpuasa dan meraikan asyura.....Wallahua’lam

 Tanggal 10 Muharram dinamakan juga hari Asyura kerana pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang gigih menegakkan syiar islam.

Peristiwa yang berlaku pada hari Asyura:
  • Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
  • Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.
  • Allah jadikan Arasy,Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.
  • Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
  • Allah menjadikan Siti Hawa.
  • Allah menjadikan Syurga.
  • Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
  • Taubat Nabi Adam diterima Allah.
  • Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
  • Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
  • Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.

Amalan-amalan sunat pada Hari Asyura:
  • Berpuasa-Pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah dan mati syahid.
  • Mandi dan membersihkan diri-Nescaya hatinya tidak akan mati dan tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.
  • Melebihkan perbelanjaan dalam keluarga-Diluaskan Allah rezekinya serta beroleh keamanan dan kesihatan.
  • Mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka- Diangkat oleh Allah darjatnya kesyurga.
  • Sesiapa yang berbuat baik terhadap anak yatim pada hari Asyura, seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak yatim.
  • Menziarahi orang alim (banyak ilmu) dan belajar sesuatu ilmu daripadanya-Pahalanya seperti orang Muhajirin dan Ansar.
  • Menziarahi orang sakit - Pahalanya seolah-olah ia telah menziarahi semua orang yang sedang sakit.
  • Bersedekah - Pahalanya sepertiu bersedekah satu tahun kepada zuriat Nabi Adam dan seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta kepadanya seumur hidup.
  • Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali--Doanya dimakbulkan Allah.
  • Sunat bercelak mata - InsyaAllah tidak terkena sakit mata atau matanya dilindungi Allah daripada perkara maksiat.
  • Sunat menginai dan mengerat kuku.
  • Menjamu dan memberi minum kepada orang-Allah akan memberi seteguk air pada hari akhirat dimana dengan seteguk air itu tidak akan haus buat selama-lamanya.
  • Solat sunat 4 rakaat 1 salam pada waktu Asar - Diampunkan Allah dosanya selama 50 tahun terdahulu dan terkemudian.
  • Memperkukuhkan silaturrahim - Insya Allah dipanjangkan usianya.
  • Memperbanyakkan Zikir dan Selawat.( Khasbunnallah wa nikmal wakil, nikmal maula wa nikman nassir )
Sumber : http://www.familiazam.com

19 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ain

Insyaallah kita bersahur bersama
untuk berpuasa sunat Muharam

Wassalam

sahromnasrudin said...

as salam ziarah..terima kasih atas perkongsian ini

ainhany said...

Waalaikumusalam wbkth THR,

InsyaALLAH.
Mudah2an ibadat ini diterima ALLAH.
tingkatkan doa semasa berpuasa
Aminn

ainhany said...

Waalaikumusalam Shah,

Yng baik kita kongsi dan amalkan bersama. Redza ALLAH jua kita cari.
Insya ALLAh dan terimakasih

~aSHa~ said...

tq sharing the info...

insyaAllah kita buat amalan2 tersebut..

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
InsyaAllah, walaupun perkara sunat tetapi mudah2an ganjaran keampunan dan rahmat dari Allah SWT. Surah AlHadid:18 Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.

al-lavendari said...

salam.

terima kasih kerana sudi follow blog saya.

semoga ukhwah berpanjangan.

lilinbiru said...

insyaallah, semoga tahun2 akan datang, kakak akan dapat mengusap kepala anak-anak saya pula. amin.

ainhany said...

to ~aSHa~,

InsyaALLAH sama2lah kita beramal dgnya jua

ainhany said...

waalaikumusalam ustzh,

InsyaALLAH...sama2lah sering mngingatkan perkara yg sunat ini utk diamalkan berterusan.
Insyaallah kita akan terus menderma..:)

Terima kasih ats perkongsian diberi...ain amat2 hargai:)

ainhany said...

Waalaikumusalam al-lavendari,

Salam ukhuwah.
Terimakasih sudi singgah dan meninggalkan jejek disini. Saya hargai kunjungan diberi.sudi2 datanglaa lagi :)

ainhany said...

Waalaikumusalam dik,

Selamat beramal.
Bukan takat mngusap anak22mu bahkan kan akak belai degn penuh kasih sayang ahli2 syurga itu..Peliharalah sebaik mungkin amanah itu ya..mereka sebahagian dri kita dan kita juga akan dipertanggungjawabkan..

kirim salam anak2 ya..:)
Terima Kasih

intan suri said...

assalamualaikum..
insyaallah..izinkan copy ilmu ini utk tatapan blog intan suri.tq.

ainhany said...

Waalaikumusalam dindaku,

Sila2la perpanjangkan pahala ilmu ini. Bukan untuk santapan blog jer tau tapi untuk diamalkan sekali..hihii

Bilalah pulak kita nak jumpa kan???
Selamat berpuasa dan beramal
terimaksih dik

Anonymous said...

Ustaz Roslan (Tanyalah Ustaz tv9, pagi tadi 16/12) suruh semak punca2 hadith berkaitan Hari Asyura...

lilinbiru said...

aminn. mungkin boleh emailkan saya email kakak, supaya dapat saya invite di blog saya pula. :)
insyaallah, satu hari anak2 akan kenal penulis blog kembara ini.

ainhany said...

to Anonymous,

terima kasih..
kiranya tuan ada info elok kita dikongsi disini.

ainhany said...

to lilinbiru,

ooo lilinbiru ada 3 puteri yang yatim ke?? huhuuuu....

lilinbiru said...

salam. ya saya. rasanya x perlu diperkenalkan lagi.cuma perlu peluang untuk anak-anak saya mengenali yg x pernah dikenali.
hijrah kita mungkin tidak sama, tapi destinasi akhir kita sama..satu sahaja. amin.