Tuesday, December 21, 2010

Sapa nak syurga???

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Kasihnya ibu tiada tandingan,
kasihnya ibu sanggup berkorban.
Kasih ibu membawa ke syurga.

Seorang ibu itu sanggup bersusah payah membesarkan sebelas anaknya namun mampukah kesebelasan anak-anaknya memelihara, mengasihi dan menghormati seorang ibu di usia emasnya. Melewati hari-hari tua seorang ibu perlukan belaian dan sokongan daripada anak-anaknya. Di manakan si anak di kala sakit ibu perlu dirawat, sentuhan ikhlas adalah pengubat dan bicara bersopan itulah beradab. Pasaklah di jiwa duhai anak-anak, ibu perlu tenang dan bahagia sepertimana dia ada teman setianya selama ini. Kita, kitalah yang mengukir kuntuman bahagia buat si ibu mekar bersama haruman di nikmati bersama

Tersentuh hati saya bila saya menziarahi rakan maya di : Azzah (Tangan yang menghayun buaian itu..) Ternyata Azzah dan family sedang mengutip pahala yang diberi ALLAH kerana memuliakan seorang ibu. Memberi layanan yang terbaik samada di segi moral ataupun material. Andainya saya ditempatnya, mampukah saya melakukan perkara yang sama. Mampukah antara kami adik- beradik beralah atas nama ibu yang dikasihi..Kita hanya ada satu IBU ? satu syurga!

Kita semua akan tua, dan generasi hari ini sedang memerhati kita.
Jika hari ini kita terleka, mengaib, mengabaikan ibu bapa yang ada, usah disalah jika ada yang tak kena kerana segalanya bermula dari seorang anak yang membentuk ‘generasinya” juga.
Jika hari ini menderhaka, besok pasti ada yang tak kena, handbreaknya entah ke mana, bunganya sudah menggila dan hidup pincang dah tak berguna.

Atas nama tawaran syurga , ayuh sama-sama kita semak 'checklist' ini:
Bilakah kali terakhir kita bertemu ibu @ ayah
Berapa kalikah kita melihat wajah ibu ayah kita dalam sehari, seminggu, sebulan..
Berapakah budget kita serahkan untuknya setiap bulan
Berapa kalikah kita bersedekah atas namanya
Berapakah kerapkah kita topup teleponnya
Berapa kali kita beri hadiah untuknya
Berapa kali kita cium tangan, pipi dan peluknya
Berapa kali kita telah mendoakan utknya
Berapa kali fatihah kita hadiahkan untuknya
Berapa kali pusaranya kita ziarahi
Berapa kali ................


Namun cukupkah dengan berapa kali??? TIDAKKKKKK…ini hanyalah bilangan angka…nilai sebenar adalah sebuah KASIH SAYANG yang tiada di pasaran…isapan susu yang mengalir adalah jiwanya pada setiap penjuru tubuh kita. Kita tak punya apa-apa tetapi dengan petunjuk ALLAH jualah, kita mengetahui itulah keperluan untuk ‘seseorang’ bergelar manusia hari ini untuk hidup. Allah jua mengajar kita menghisap susu ibu di masa kelaparan. Belajarlah dari seorang anak yang baru lahir untuk mengetahui betapa Dzat ALLAH yang MAHA mengawal segalanya.

Untukmu ibu..ALLAH dekat denganmu, Redza Ibu adalah rezda ALLAH.
Ibu tua yang tiada berharta ,
tiada sijil untuk ditayangkan
tiada cinta melainkan ALLAH
Tanpa dia siapalah kita
Berbahagialah Ibu kerana doa Ibu tiada ‘boarder’ dengan ALLAH.

Mak, anakanda akan pulang mengunjungimu lagi..Untuk seketika anakanda rindu suara mak bertandang lagi di corong telinga ini. Rindu cerita mak walaupun berulang kali didengar dan rindu kelembutan mak menasihati  walaupun anakanda sudah dewasa. Anakanda rindu, jiwa terasa membahang ingin pulang., Terkasima dengan pesanan pulanglah layan mak…… seperti ada makna yang tersirat..
Mak ...saya sayang mak

4 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ain

saya pun dah ziarah blognya
sayu....

Wassalam

Ati Masrif said...

banyak dosa yg kita lakukan
sedar atau pun tanpa sedarkan..

ainhany said...

Waalaikumusalam wbkth Tn Hj,

Syukur. Alhamdulillah
Satu iktibar bersama jua. < Muga dipermudhkan segala urusannya.>
sebak....

ainhany said...

Salam Ati,

setuju tu...yang tak nampak nie yang mnghitam kalbu...:(
Jom kita gilap sblum menjelangnya tahun baru jua:)