Thursday, November 11, 2010

Mabruk !!



Hari ini keputusan UPSR diumumkan...
Keputusan yang diraih ini adalah ukuran usaha yang telah mereka usahakan.  Kejayaan hari ini adalah satu pencapaian terbaik untuk dinobatkan dalam family. Pastinya gambaran keceriaaan di wajah2 ibu bapa yang turut serta meraikan kejayaan anak-anak. Betapa bahagianya ibu dan bapa menyambut kejayaan anak-anak.
ALHAMDULILLAH..

Seperti dalam n3 terdahulu(Upsr 2010),  empat  orang anaksaudara saya juga telah mencipta kejayaan peribadi. Rasa syukur dan tahniah saya ucapkan buat kakak2 dan abg2 saya atas sokongan dan perhatian di berikan buat anak-anak mereka. Betapa payah membesar dan mendidik anak-anak di zaman sekarang jika tanpa sokongan moral, masa dan duitan untuk menterjemahkan kejayaan mereka hari ini.

CongratulatiOn & Tahniah : 
5a - Muhammad Shahmi dan Muhammad Zaid
4a1b -  Muhamad Ibrahim
2a2b1c - Imad

Selain itu tawaran insentif  daripada Takaful EtiQa juga bakal dperolehi ats kejayaan cemerlang mereka. Syukurlah , kejayaan diraih, imbuhan jugak bakal diperolehi. Makanya raya sakan laa  anak2 saudaraku yang cemerlang ini. Imbuhan dari saya pasti menanti mereka juga...tawaran yang sama dari dulu..Bukan apa biar seimbang sama rata kata orang...Apa yang penting mereka usaha dan kejayaan ini juga untuk mereka.

Mudah-mudahan peluang 3 daripada anak-anak saudaraku ini untuk meneruskan ilmu di Maktab Mahmud setelah menjalani proses ujian dan temuduga tempuhari kan di terimaa. Walau bagaimana pun, tawaran kemasukan ke sekolah yang sewaktu dengannya juga kan di pohon sebagai alternatif sekiranya rezeki mereka tiada di sekolah itu. Kita merancang, ALLAH juga merancang dan DIA sebaik-baik perancang.
Terima kasih ats doa dan sokongan diberikan.

Semuga anak-anak ini akan terus membahagiakan ibu ayah dan menjadi anak-anak soleh dalam family. Memberi kejayaan di sini dan kejayaan di akhirat. InsyaALLAH. Terima kasih ALLAH
PENGHARGAAN TERIMA KASIH BUAT GURU-GURU YANG MEMBERIKAN KOMITMEN UNTUK KEJAYAAN MEREKA.

10 comments:

Siti Muthiah said...

mak menakan, jgn lupe bg adiah yg best2 ya...

ainhany said...

salam SM,
huhuu...nie la cabaran jadi mak menakan yg ramai anak...
InsyaALLAH de lah bahagian depa nnti..:)
terima kasih singgah sini noo..

deena farhana said...

tahniah buat anak2 buah kak ain :)

iqbalsyarie said...

Semoga kesemua mereka akan membesar menjadi manusia yang dikurniakan kejayaan dunia serta akhirat :)

ainhany said...

Terime kasih Deena,
Kejayaan mereka satu obOr untuk yang lain. Insyaallah

ainhany said...

Amin...Muga2 mereka bakal rijal yng sayangkan agama dan memelihara akhlak. Doakan berterusan buat mereka.

Terima kasih dik Iqbal

sahromnasrudin said...

salam ziarah..semoga mereka terus menjadi anak yang soleh dan solehah dan berbakti kepada kedua ibubapa mereka...

ainhany said...

InsyaALLAH shah,
Setiap ibu bapa mngharapkan kejayaan berterusan anak2nya...bukan utknya tetapi utk generasinya. Melakari generasi jauh lebih sukar dari mencetaknya..Semuga ALLAH mmelihara mereka...

Terima kasih berziarah lagi.

Siti Muthiah said...

ehe...hobi memang menyinggah umah orang..cume selalu tanpa jejak je... tp no worry... brg2 berharga, xdiambil... yg terang2 dikongsi, br pau skit...

ainhany said...

haha....sama la kita.Ronda2 cari ilmu..Kalau terjumpa benda berharga ain join sekali yer..hihii

TMekasih Siti Muthiah