Thursday, December 30, 2010

sakitnya itu nikmat

Tanpa ujian sakit manusia akan leka dan tak menghargai dan syukuri nikmat sihat, Dan kita tak mampu menghargai nilai nikmat anugerah Allah melainkan setelah nikmat tersebut hilang,bertukar tangan atau diambil orang...

Kesakitan yang  melanda di satu pagi membuatkan saya bermuhasabah, mengingat kembali nikmat yang diperolehi sebelum ini.  Tanpa diduga tetiba saya mengalami ketegangan urat yang melampau sehingga pergerakan amat terbatas. Memandu dalam keterpaksaan dan kesakitan dirasai hingga ke kemuncaknya. Teringat pesanan Pak Abu Sangkar juga Pak Yus dari kursus Solat Kusyuk yang pernah dihadiri, Allah datangkan sakit dan kita perlulah rela dan redza...Usah berlawan arus dengan ketentuan ALLAH.

Subhanallah..saya cuba praktikkan. Walaupun pergerakan terbatas tetapi saya mampu menunaikan rukun rukuk dan sujud dengan sempurna beserta qiyam. Terima Kasih ALLAH kerana kesakitan yang dialami ini adalah semata-mata ruang  dan perluang uintuk saya bertaubat dan bermuhasabah.
 
Disamping itu saya berikhtiar dan memakan ubat yang dibekalkan oleh seorang doktor  dari sebuah klinik.Terima Kasih ALLAH yang telah memakbulkan doa dan mengembaklikan nikmat sihat. Kepada teman2 yang telah membantu dan memberi semangat HANYA ALLAH jua yang mmbalasnya.
5 jenis ubat dibekalkan...santapan selapas makan


berjaya juga menghabiskan ubat-ubat ini
Muga2 kita menjadi mukmin yg beriman mampu sabar, tenang, berlapang dada dan bersikap positif menghadapi sesuatu musibah atau ujian kehidupan. Org mukmin terhibur dgn musibah kerana yakin akan ade penggantian di sisi ALLAH. Allah Akbar

..dan berilah berita gumbira kepada  org mukmin yang sabar. Iaitu org2 yang apabila ditimpa musibah mreka mngucapkan..innalillahiwainnailaihi rajiun///...al baqarah 2:155-156
wallahuaklam

10 comments:

Ummi Humaira said...

salam adikku Ainhany...

kak chaq doakan semoga sembuh seperti sediakala....

azlina said...

asalamualaikum...

semuga cpt sembuh dan pulih seperti biasa...insyaallah

eita said...

saya doakan akak cepat sembuh....
setiap apa yang Allah bagi pada kita itu ada hikmah nya....
sabor ye kak....

Sharinginfoz said...

yang penting kita sabar menghadapi cubaan kan

ahmad humairi said...

assalamualaikum,

saya yang dah di hujung ni pun terpaksa berkawan dengan 'klinik' dengan menelan 5 jenis ubat setiap hari.....

ainhany said...

waalaikumusalam kak chaq,

Alhamdulillah..
Terimakash ats doa mengiringi,kesembuhan jua adindamu kini.

ainhany said...

Waalaikumusalam Kak Ina,

Alhamdulillah..
Ubat dan terapi terbaik ialah temui ibu dan kini kesembuhan jua dikembalikan. Terima Kasih ALLAH

terimaksih

ainhany said...

Salam Eita,

Terima kasih dik,
Semuga ALLAH mengampunkn dosa2 semlam.Alhamdulilah
Jaga diri dan kesihatan jugak ya.

ainhany said...

Salam sharinginfo,

Betul2..
InsyaALLAH satu koreksi diri jua

ainhany said...

Waalaikumusalam cikgu,

teruslah berubat dan makn ubat..muga cpat sihat dan dapat menunaikan amanah dgn sempurna.
Makan ubt ikut arahan ye..:)