Thursday, December 23, 2010

Program Interaksi dengan ALLAH

Program ‘INTERAKSI DENGAN ALLAH’ adalah satu usaha untuk mengutarakan satu bimbingan ilmiah dan praktikal untuk mencari balik HATI (hakikat diri manusia), mengenali ilusi alam serta hidup dan terus mencari Allah, Sang Pencipta. Program ini juga akan membimbing para peserta untuk berhubung balik dengan Allah Yang Maha Hampir KasihNya, dengan izin Allah. Mudah-mudahan kita selamat dari tipu daya yang ada. Seterusnya kita akan kembali bahagia di sisi Allah.


Jom ke Program INTERAKSI DENGAN ALLAH yang akan di adakan
Pada :     SABTU 25/12/2010
Lokasi :    Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak, KL
Jam :       8.30 pagi- 5.00 petang
Bayaran : RM100 untuk dewasa, RM50 untuk pelajar
Sila sahkan pendaftaran atau ajukan kemusyiklan tentang program ini  kepada
Puan Nida 0196419442

Mutiara ini tiada ternilai.. 
Mengenali hakikat diri dan Allah serta membuka ruang INTERAKSI dengan Allah.Mudah-mudahan ALLAH menjemput kita untuk sama-sama hadir ke majlis ilmu ini . Insya ALLAH

Rujukan sumber :  http://interaksidenganallah.blogspot.com/

Komen : Saya dah daftar, anda bila lagi???? Jom..!

8 comments:

sahromnasrudin said...

trime kasih atas info ini

Siti Muthiah said...

slm..

selamat berprogram, ain..

muthiah, zaman muda2 dulu... ujung mggu mmg full dgn prog begini... kalau xmabit, ada daurah... klu x, rehlah dan mukhayam... hmmm... bila dikenangkan, indh sungguh ukhwah dahulu tetapi....

hmmm... kita semua belajar daripada kesilapan... apa yang penting, lakukan segala sesuatu kerana ALLAH... nescaya kita tidak akan tersungkur...

ainhany said...

salam shah,

sama-sama.
sebar2kan majlis ilmu:)

ainhany said...

Waalaikumusalam Muthiah,

InsyaALLAH. Muga diizinakn ALLAH

Nape Muthiah mengeluh nie?? Ilmu ALLAH ini kenalah dicari dan sampai bila2 pun kena belajaq..:)
InsyaALLAH sering2lah kita muhasabah dan jawapanya ada bagi org yg sering berqiyam..ALLAH itu DEKAT.
Wallahuaklam.

Siti Muthiah said...

;) ehe... bila sebut pasal program, teringatkan seseorang pula ...

Jemput jemput ~ http://siti-muthiah.blogspot.com/2010/04/ego.html

ainhany said...

Alhamdulillah. Dah ain lewati disana dan terharunya....Tapi bertuahlah dlam keadaan sekarang, Muthiah masih berbekam ilmu dan penghayatan bersama dlm jamaah.Syukur..inilah pentingnya ilmu dan apa penyakit mazmumah hanya dapat tunduk bila ada kesedaran dan diizin ALLAH utk bertaubat. Muga kita jadikan teladan kisah semalam dan esok mnjadi harapan. Amin

Siti Muthiah said...

dia...mungkin tidak tahu..tidak benar2 tahu... muthiah tidak pernah mengakui di hadapannya... muthiah tidak pernah tonjolkannya namun pasti... muthiah benar-benar cintakan dia kerana ALLAH... dalam jemaah kami ditemukan dan moga-moga, di syurga kelak kami kan dipertemu kembali... doakan muthiah terus istiqomah di atas jalan ini... serius... muthiah...meskipun aktif menulis... muthiah masih takut dan gusar... juga khuatir...penghujung hidup muthiah tidak dalam jalan dakwah meskin hanya melalui pena...

ainhany said...

insyaALLAH Muthiahku..
bertemu kita kerana ALLAH ...
insyaLLAH itu hadiah terbaik dan sama2 kita bermaafn andai esok bukn untuk kita lagi..InsyaALLAH setakat ni tinta mu adalah kalam bergerak dan ain kagum cara penulisanmu dan corak dakwahmu..kata lain..tanpa ilmu dan ilham ALLAH...kita tak daya..Terima kasih ALLAH..insyaALLAH