Sebenarnya saya termasuk di kalangan warganegara yang suka berurusan di saat akhir.... Walaupun boleh diuruskan dengan segera tetapi sikap suka menangguh-nangguhnya tetap menjadi pilihana. Mungkinkah ini juga sikap majoriti rakyat Malaysia? Ketika di saat akhir berpusu-pusu ke pejabat pos, pejabat trafik maupun kaunter LHDN bagi menyelesaikan segala urusan. Dulu semua orang kalut dengan saman dan myEG...sehingga server breakdown dan macam-macam lagi masalah kesesakan maya dan bukan maya. Kini sebelum berakhirnya APRIL ini LHDN pulak akan diserbu...lSekalung tahniah diucapkan buat ANDA warganegara yang tepat dan cepat menunaikan tanggungjawb . ANDA memang prihatin dan BIJAK
![]() |
| sikit jer... |
1) Penyata pendapatan tahunan 2010
2) Penyata tahunan insuran
3) Resit pembelian buku-buku
4) Resit2 zakat
5) dll
Sejak dari permulaan mengisi borang dulu lagi, saya sering mengajak diri saya bersyukur dan bergumbira
setelah menyempurnakannya.... Ini lah aturcara tahunan yang perlu dilakukan selagi bergelar penjawat awam . Mengira resit2 pembelian buku yang boleh dijadikan rebat untuk pengecualian cukai menjadi satu platform juga untuk saya mengenal pasti pelaburan kearah pembelian buku. Ini bukan saja sebagai penanda aras bahkan meningkatkan budaya membaca . Begitu juga dengan pembayaran zakat..saya sering berazam untuk menambahkan nilai zakat tersebut dari masa ke semasa...Saya amat berharap dan mendoakan muga ALLAH memberkati rezeki yang diperolehi dan tiada tuntutan haq orang lain yang saya abaikan.
![]() |
| BUKTI!! Resit ini tak perlu tandatangan |
MUDAH TEPAT SELAMAT..Jooooooommmmm



2 comments:
Assalamualaikum Ain
saya belum buat lagi
tengah sebuh buat persiapan majlis pertukaran bos, besok petang, selasa
Wassalam
Waalaikumusalam tuan hj,
masih ade waktu lagi...insyaALLAH sebelum tamat tempuhnya pasti dapat diselesaikan urusan ini..
Hai pasni dapat bos baru atau TH dilantik memangku...Alhamdulilah
terimaksh
Post a Comment