Thursday, April 28, 2011

Pertemuan : Pabila pena berbicara- siti Muthiah

Dengan Nama ALLAH yang MAha PEngasih Lagi Maha Penyayang

Tanpa pernah bertemu, cuma sesekali bertegur sapa di maya. MELIHAT blognya juga ade kelainan…saya suka signboard persimpangannya…satu kreativiti lambang jiwa yang empunya..Menjadi trade marknya setiap n3 pasti dimulai dgn salam dan bertegur sapa…kemudian baru disusuli dengan tajuk yang nak diutarakan.. Kelainannya membuatkan saya suka mngintai2 tintanya dan darinya saya mengenalinya dari masa ke semasa.seorang isteri juga penulis muda yang mengasah bakatnya menerusi pena( hujung jari) dan minda .

Nama yang tertera di bukunya Nurliza Mohd Nasir tetapi mesra dgn nama Siti Muthiah. Saya baru saya merisik2…apa istimewanya nama tersebut. Terpana seketika, betapa dia mengabadikan nama agung tersebut sebagai nama penanya di blog kerana"FATIMAH anakku, maukah engkau menjadi seorang perempuan yang baik budi dan isteri yang dicintai suami?" tanya sang ayah yang tak lain adalah Nabi SAW. "Tentu saja, wahai ayahku""Tidak jauh dari rumah ini berdiam seorang perempuan yang sangat baik budi pekertinya. Namanya Siti Muthi'ah. Temuilah dia, teladani budi pekertinya yang baik itu". Boleh  lanjut baca DISINI
Beristifar seketika,  betapa saya jauh melupai susur galur sejarah Rasulullah. Mengingat semula Wanita yang pernah dicemburi oleh anakanda Rasulullah atas keperibadiannya. Izinkan akak mengkagumimu dan mengulangi berkata Muthiah is come back .. Inilah wanita yang hadir sekali lagi dalam dunia hari ini. Beruntunglah zaujnya kerana anda memiliki seorang isteri yang menepati ciri-ciri tersebut. ALhamdulillah dan insyaALLAH.

senyuman Muthiah melayan peminanya..
 Pada hari Ke 3 Pesta Buku, beliau  antara yang diundang menjadi penulis tamu di buku prima Karangkraf. Walaupun dia ade memaklumkan di blog dan FBnya, tpi saya terlupa memasukan data kehadirannya ke sini seketika. Syukurlah, kehadiran saya sehari sebelum itu bersamaan dengan pertemuan dengan kak ina mengingatkan saya tentangnya. Lantas sms dihantar dan info pun diterima. Terima kasih dik, betapa tuntasnya dirimu membalas sms daripada hamba ini.
kusyuk seorang penulis

copy dari FB dgn ehsan
Pada Ahad, sekitar jam 4.35ptg, saya menghampiri meja penulis ini. Bersama-sama dua buku yang baru saja dibeli. Masih panaaz…( Terima kasih yati..yang sudi menegur akak ketika di counter bayaran)..Menyerah dan mohon ditandatangan….Bila dia tengok saya…kak Ain? kak Ain?…hihi…bikin gempaz je..Maafkan akak ye. Lantas 4 mata bertentang..(extra lagi dua). Bersalaman dan berpeluk seketika…Subhanallah inikah Muthiah? Wajahnya berbeza dengan apa yang saya lihat di foto berbanding sekarang ni. Seorang adik manis yang sopan, lemah lembut dan bercahayanya . Lantas matanya mencari2 zaujnya yang berada tak jauh dari situ untuk memperkenalkan kami. Terimakasih dik.

Dua dari 3 buah buku karyanya..
Memandangkan dia sedang melaksanakan misi bersama peminat, saya tak boleh menzalimi haq orang lain. Memberi laluan kepada peminatnya yang lain pulak untuk bertemu. Sebelum berpisah, saya bertanya kepadanya tenang misinya selepas berjaya menghasilkan tiga buah buku… jawapannya padat dan ringkas “islamik”. InsyaALLAH saya yakin dia boleh menggarap ide dan boleh berjaya. Alam Kamen Rider Kabuto akan ditinggalkan…


Saya besyukur,  biarpun singkat pertemuan ini,saya mmpu mengenali Muthiah. Mengakumi kebolehannya berkarya dan men'flashback' amalan2 yang dikongsikan. Saya yakini nur tahajjud bersemadi diwajahnya dan
keceriaan yang terpancar adalah dari keikhlasan hati nuraninya. Sentiasa mendapat sokongan padu dari suami yang baik hati. Kini mereka juga seperti adik-adik saya..Ukhuwah kita fillah..(I LIKE)
"ukhuwah Fillah"
"Jazakillah ya ukhtie"

ANDA baca ANDA nilaikannya
Kredit saya berikan kepada Muthiah. Buku nukilannya berjaya membawa mesej masa kini. Moral dan nilai-nilai murni yang ada pada Amir( watak utama) perlu dicontohi . Anak bongsu dari family yang dhaif akhirnya mengenepikan cinta dalam mengejar cita dan perjuangan membela nasib keluarga. Kemampuannya meraih kejayaan terbaik dlam SPM juga merealisasikan impian sebagaimana abg Amar pasti menjadi kenyataan… Ya Amir boleh jadi doctor.
Nampaknya kenalah ada sambungan lagi..Bagaimana Amir menghadapi alam siswazah. Suasana sebenar kehidupan seorang doctor dalam membela maruah dan nasib familynya. Juga nasib orang-orang yang pernah menghinanya…Ohh maaf, kenapa banyak pulak persoalan yang timbul….u ask for it

TERIMA KASIH DIK MUTHIAH..semuga ALLAH memberikanmu ilham yang berterusan dan teruslah memeriahkan persada dunia pembacaaan. MAAFkan diri ini, andai ade sebarang khilaf...Yang baik itu dari ALLAH jua .  Jom baca..

3 comments:

Siti Muthiah said...

:) Jzkk, kak. Nanti Muthiah balas ek. nak kuar kejap

Siti Muthiah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ainhany said...

syukran.

terimakesih ats ukhuwah ini. doakan kebaikan bersama