Friday, April 22, 2011

Pesta buku bermulaa..

KLIBF 2011 telah membuka tirainya hari ini...permulaan sebuah kembaraan mencari ilmu di gudang buku yang besaq lagi hebat. PWTC sentiasa menggamit kedatangan...Bagi menikmati keselesaan disyorkan datang di awal pagi (sekitar jam 10 pagi) dan bersantai sambil menikmati keunikan buku-buku untuk dibaca-dinilai -dibayar. Ataupun datang petang..sekitar usai Asar dapatlah mencari-cari buku dengan suasana selesa.

  Di samping itu, dipentas-pentas utama, seringkali berselang waktu ada prgram seperti pelancaran buku, bual bicara atau persembahan . Di saat ini kita berkesempatan bertemu dengan penulis-penulis tersohor atau berkongsi ilmu bersama mereka.  Ada juga program yang dianjurkan oleh syarikat2 penerbitan lain tetapi di adakan di bilik yang tertutup seperti bilik perlis, jhr,kedah,etc...Seketika ke sana,  pekalah dengan announce yang memaklumkan event dari masa ke semasa...Apa kata setelah penat menjejak buku,ke santai ilmu dan kemudian solat kemudian teruskan kembaraaan

Memang tak pernah cukup jika sehari cuma di sini.... walau bagaimanapun bergantunglah kepada individu..Mungkin anda seorang yang hebat dan bijak menggunaka ruang dan waktu yang ada. Namun tidak bagi saya....Alangkah indahnya jika saya memiliki wang besar dan pastinya destinasinya hanya disini pelaburannya..Untuk dunia dan pengisian akhirat jua.

Berbeza dari tahun lalu, tahun ini saya tak dapat melayan anak2 saudara ke sana...kesian mereka..hanya nyanyian rindu pesta buku jer. Mereka telah beralih angin ke negeri di bawah bayu...Dari chini singgahan mereka ke Felda Sahabat pulak..Apapun itu rezeki yang ditakdirkan buat mereka...Namun saya tetap akan mnghadiahkan mereka beberapa buku sebagai tanda kasih...sayang kita yang tak putus...
InsyaALLAH sebelum berakhirnya KLIBF kali ini, pastinya saya akan hadir dan hadir untuk mencari buku-buku pilihan....Semuga ALLAH memudahkan....


tertarik dgn tawaran dah..

tengOk2 la kak chiq dan own...mana berkenan kita bayaq
bila da dapat bulu..melekat la pulak..
Nadia keletihan sampai terlelap..terpaksa buat shif layan pilih buku
ada lagi booth di seberang sungai...tawaf sakan nie,,stamina mantop
Jom2 ...ada banyak lagi nak singgah
citarasa dik shahir..komik
Rasanya kat booth galeri ilmu...

kakak pun tak kalah tak cukup sebuah buku
Ini hari permulaan dan suasananya nyaman sekali
Dah beli pulun dok baca pulak..
senang hati laa shahir..da dapat buku pilihan
Ada serupa ke ? posing pulak da
tu belon adik laa abg meiy

da bangun pun..belon  tinggal batang la dik
antara koleksi yang dibawa pulang.
balance RM1 je
no komen...
hihii...dah out ofdate tpi sweetkan beg plastik ni
 Jom-jom pastinya KLIBF2011 menjanjikan lebih kemeriahan..setakat saya tahu ,jeling2 di webite dan fb..banyak jugak tawaran keatas pembelian...PTS dengan beg menariknya..dengan pembelian tertentu, Karangkraf-Karya Bestari(KB) dengan voucer menarik dan hadiah kejutan serta cabutan bertuah.. Prof Kamil akan lancarkan buku barunya menawarkan hadiah percuma dgn hanyaberdaftar di blognya dan mungkin macam2 lagi bila kita berada di sana..Apa yang penting datang dan rasailah suasananya...Sapa kata rakyat Malaysia tak suka membaca....apa yang mereka cari disini adalah sumber bacaaan...Biarpun teknologi dihujung jari tetapi kepuasan nya adalah bila helaian buku diselak sehelai demi sehelai...Indahnya buku..

Untuk anak2 saudaraku, shahmi, shahir, shahirah,nadia juga atiqah....kenangan dan kunjungan kalian bersama ke pesta buku hampir setiap tahun memberi semangat buat chu..Insya ALLAH ole2 pasti bertamu lagi di bulan JUN nanti..Terima kasih kak dan abangku...muga ALLAH mmberikan kalian keberkatan berterusan di rantauan ..Hikmahnya....saya pun dapat ke sana kan...sapa sangka...:)

p/s: jangan lupa simpan resit utk redeem income tax( masih lum waktu...esok2 kita buat) 
 Yang baik itu dari ALLAH jua diilhamkan...Wallahuaklam..

11 comments:

mama ju, said...

Aslkm.
nAMPAKNYA mama nak lantik Ain ni jadi pakar rujuklah...
Ain tau tak bila Dr Faisal Tehrani ada di booth Al AMEEN ATAU lancarkan buku baru...hehe mama tak sempat nak cari lagi...
Seronoknya dh ronda2 di situ. Mama baru balik dr kg.

ahmad humairi said...

Selamat berpesta!

ainhany said...

Waalaikumusalam Mamaju,

Ooop tinggi jawatan tu..
Bila peminat DFT berkata2..:).
Kenalah anakanda recce utk permintaaan mama..InsyaALLAH jika ad jwpan pasti dimaklumkan.

mudah2an ALLAH permudahkan.Amin

ainhany said...

salam cikgu,

Jom Jom...
bak akronim NILAM...Nadi Ilmu dengan mmbaca...ajakla satu seekolah cikgu gempurkan PWTC tuuu

terima kasih

Bb Hussain said...

Salam K Ain,
Bb dah pergi siang tadi..first time ke PBAKL ..mesti sgt2 best..tak puas la..rasa nak pergi lagi..malangnya poket dah nipis..hehe...

ainhany said...

Waalaikumusalam dik BB,

alhamdulilllah akhirnya menjejek juga ye...satu permulaaaan tu...nnti datang lagi ye..tiap tahun pasti bertambah2 booth .Bestkan....mula2 recce buku2 baru...pastu wat budget...hihi..

InsyaALLAH nanti boleh masuk jadual tahunan...KLBIF2012
Jom baca!!

ainhany said...

To MAMAJU,

"3kali seminggu" nukilan terbaru Dr Faisal Tehrani.Mngikut sumber di booth al ammen(ruang legar PWTC) penulis tersohor ini akan melancarkan bukunya di pentas utama pada 29/4 nanti jam 5.

bgimanapun untuk DFT bersama di booth ini bergantung kpada kelapangannya...itu kata adik2 manja kt booth laa)..

jom mama ronda2 lagi...

mama ju, said...

Aslkm anakanda

Tkasih daun keladi, Allah saja membalas baik budi anakanda.
Bestnya tanya je ...ada je jawapan positif,tkasih byk2...tgh fikir mcmmana ni hari ni, 29, 30 wah boleh ke!

zeqzeq said...

Aik beli buku pun nak tolak income tax,

ainhany said...

waalaikumusalam mama;

sama2 kaseh..:)
setakat termampu boleh aja ain mencarikan jawapannya.

insyaALLAH maa, pergilah..amiklah sehari je...tak terasapun masa berlalu..huhu...ujung minggu ni x dapat join lagi

ainhany said...

salam zeqzeq,

a'a dik, degn pembelian buku kita dapat rebat cukai utk tahun tersebut. jadi pas beli, simpan resit tau....hihi

Terima kasih