Tuesday, April 26, 2011

Silent reader Dr Ridz

Terpanggil utk menyambung bicara selepas menatap blog Haji Muda meniti renjisan kedamaian..Saya akui saya salah seorang dari silence reader Haji Muda. Sesekali meninggalkan jejak di blognya dan buku2 nya juga menjadi antara koleksi saya.  Seperti juga membaca buku2 penulisan Prof Kamil, gaya bahasanya yang mudah, diselitkan dengan harapan, nasihat dan pedoman untuk semua. Sasarannya juga tak terhad kepada golongan dewasa  tetapi juga berjaya menarik minat  anak2 saudara saya yang masih di alam persekolahan.

Kini kemunculan buku barunya untuk santapan kita hasil garapan perkongsian tentang kunjungan dan pengalamannya ke Baitullah. Tajuknya juga mengamit rindu. Semuga Baitullah menjadi kunjungan saya jugak nanti. Saya mengucapkan tahniah buat Dr Ridz atas penerbitan buku ini. : RINDUKU PADA BAITULLAH

Meneliti kulit depan seketika di Karangkraf ...hati bagaikan mau membelinya tetapi saya masih berbelah bagi samada mau memilikinya sekarang atau membeli menerusi pesanan darinya seperti paparan DISINI.   membeli sambil beramal atau....  ??   Konfius lagii...Astafirullahal azim..

Kepada pengunjung yang dihormati..ambillah peluang bersama penulis ini . DIPETIK DARI BLOG DR RIDZWAN :
Dikesempatan ini, saya juga berhasrat untuk bertemu dengan semua termasuk silent reader blog Haji Muda di Pesta Buku PWTC seperti berikut:-

Tarikh: 30 April 2011 (Sabtu)
Masa : 11.30am- 12.45pm
Lokasi: Grup Buku KarangKraf Dewan Tun Ismail
Sila ooo sila...bersama-sama peminat dan penulis
 
Saya??...telah ditaqdirkan..ALLAH jua MAHA PERENCANA...Teringin juga nak join dengan Wanita itu aku menghadiri pelancaran buku 50 Tips Haji Prof Kamil , kemudian bertemu dengan Dr Ridz juga menyertai lain2 aturcara di penghujung pesta buku ini kali ini. Namun segalanya terpaksa diTUNDA/BATAL kerana tuntutan keluarga. Misi Balik kampung yang telah direncanakan wajar diteruskan. Apakan daya, antara kerinduan membuku pada "syurga diwajahmu " dan tuntutan semasa. Hanya ALLAH yang lebih mengetahui rasa hati ini.

 senyuman pemudahcara : terimakasih Mala.
Kemeriahan bersama di penghujung PEsta Buku ini menjadi cabaran buat saya. Muga di kesempatan yang lain, ALLAH menemukan kita dan memanjangkan usia kita untuk merasai kemanisan dalam pertemuan.  Terima kasih kepada adik2ku di Karangkraf-Alaf 21-Karya Bestari : Ti, Mala, Yati, Dira. (selamat bertugas)   



sumber rujukan :
 1. DR RIDZWAN
2. MAMAJU
3. PROF KAMIL

6 comments:

mama ju, said...

Aslkm anakanda,

Subhanallah .Ain tau byk perkara dan sebar2kan.
Insyallah satu masa kita ketemu jua.
Mama pun teringin nak beli buku baru tu, mama beli buku2 beliau.

zeqzeq said...

Sila 2

Rozali said...

Assalamualaikum Ain

Insyaallah
dikesempan masa lain akan bertemu mereka jua

selamat balik kampung

Wassalam

ainhany said...

waalaikumusalam wbkth mamaju,

Nak kata tau banyak tu takde laa ma, setakat ciput2 cemgini je la..
(telur sebijik riuh sekampung hihi)

selamat membeli dan mmbaca ya..Dr ridz pun penah jumpa CL dan prof kamil..kita jadi peminat semua org2 yang kita kagumi..kan mama kan.

InsyaALLAH kita jumpa jua nanti
TERIMA KASIH

ainhany said...

salam zeqzeq,

hihii....jom laa

ainhany said...

Waalaikumusalam THR,

jom jom jom....
InsyaALLAH mudah-mudahan diketemukan...:)

TERIMA KASIH