Friday, April 22, 2011

selamatkah bumi kita?


Awal pagi tadi sempat tengok intro MHI kat TV3..Bersama Wadina dan Fitri fokus tentang bumi diutarakan...Sedar tak sedar rupanya  hati ini HARI BUMI (EARTH DAY) yang disambut pada 22 APRIL setiap tahun dikongsikan. 

Sambutan Hari Bumi 2011 ini, tidak wajar dibiarkan berlalu tanpa sebarang usaha untuk mencetus kesedaran untuk kita memulihara bumi ini dengan lebih serius.  Selepas tsunami, gempa bumi dan kebocoran nuklear yang melanda Jepun tembuhari , setiap negara duniaperlu waspada, bencana alam boleh melanda mana-mana negara pada bila-bila masa. "kita bukan memiliki bumi tetapi kita hanya meminjam dari anak2 kita."

Apabila bumi menerima tekanan demi tekanan akibat proses pembangunan melampau manusia, ia akhirnya akan meledakkan ‘kemarahan’ dalam pelbagai bentuk. Sayangi bumi kita dan selamatkan ia daripada musnah akibat sikap tamak kita sendiri!

Sama2lah kita menghargai bumi kita..memelihara dan memulihara alam dengan kehijauan yang asli. Re-use, recycle dan reduce menyelamatkan bumi dari  kepupusan spesis haiwan dan tumbuhan, pencemaran udara, penipisan ozon dan pemanasan global. Walaupun anggaran kasar kini BUMI KITA berusia 3.8 bilion...mampukah ia nya bertahan dan bertahan lagi unuk generasi kita sebelum menjelangnya kiamat...Sama-samalah mengekalkan pasak bumi dan kehijauan mewarnai alam ini...Biru, hijau adalah warna-wana terapi yang sesuai dan begitu menyamankan..Sama-samalah  menghargainya...bumi ini milik kita dan bersemadai kita di sini juga selamanya....wallahuaklam..


Di sini rumah kita
Berbumbung sang setia
Berpasak bumi yang nyata
tanpa sempadan batu noutica
Ia MILIKNYA,
Hanya DIA yang empunya


2 comments:

Arizakiah said...

Terasa sangat bimbang bila memikirkannya.Tapi siapa yang ingin mendengar suara kebimbangan dan keluhan kerisauan kita?

ainhany said...

salam arizakiah,

betul tu, kebimbngan hanya menjadi tindakan bila kena batang hidung..Sama2lah kita bedoa muga dijauhi dan diselamatkan bumi yang indah ni..Dengarlah suara hati bumi yang muak dengan kita..Muga kita mnjadi insan2 bertaubat.
Amin