Tuesday, April 5, 2011

Alahai d'vaku

Pagi tadi baru KK perasan ada kesan yang tak menyenangkan di bahagian depan d'vaku. Seharian kotak fikirku bertanya-tanya dimanakah tempat yang sesuai untuk menyelesaikan prOblem masalah ini. Perlukah ke SC atau di mana workshop yang sesuai ? Memandangkan saya masih buta mengenai ilmu kereta ini, tetapi selagi masalah ini belum diselesaikan, hati saya menjadi tak keruan. Usai solat saya mendoakan semuga ALLAH menunjukan jalan nya untuk merungkai permasalahan semasa ni.

Alhamdulillah seketika pulang dari kerja, saya bagaikan didorong untuk singgah di sebuah bengkel kereta pemilik seorang islam di Keramat. SYukurlah dengan kepakaran dan kemahiran yang ada padanya, d'va kembali ceria. . Menurutnya, samada di langgar atau melanggar, viva adalah mangsa yang paling mudah cedera. Bodynya amat lembut dan macam 'tin sardin" ..eh kenapa pulak disamakan dengan tin sardin ? Alangkah baik jika dikatakan tin pepsi yang terbukti lebih lembut aluminiumnya...  Itulah realitynya.

Yang saya nak kongsikan ialah pemasangan interbodynya,. Apabila hood dibuka, rupanya-rupanya hanya diklipkan di antara bumper dengan body tersebut. Kini ketiga-tiga klipnya telah tercabut...Hihi.. kelakar dan ajaib..mana pi klip tersebut,. Ada kemungkinan ianya terjatuh sendiri kesan gegaran enjin dan cara pemanduan. Saya akui kelalaian saya kerana meletakan 100% kepada SC . Saya jarang membuka hood depan untuk memerhati perjalanan sistem enjin.  Sesekali adalah sekadar melihat minyak hitam dan air bateri  yang sememangnya mencukupi seperti yang disyokan oleh SC . Lebih dari itu saya memang saya tak tahu.

Hikmahnya bila berurusan dengan bengkel ini, saya diberi nasihat dan ditunjukkan beberapa perkara yang perlu diperhatikan bila melibatkan "sistem hardisk" kenderaan tersebut. Sebagai penyelesaiannya, dia telah menggantikan dengan  tiga skru dan nut. Mungkin juga sekiranya berurusan di SC, saya hanya akan dimaklumkan kos tanpa ditunjukan kunci penyelesaiannya. Di sini ada pro dan konnya  bila menjadikan SC sebagai konsultan. Kini saya perlu berhati-hati dan peka dengan d'va. Walau apapun saya bersyukur kerana dengan d'va, pemanduannya menghala ke arah mencari restu dan redza ALLAH. Telah banyak pengorbanannya dan  menjadi saksi buat saya menjejaki restu ALLAH.

Terimaksih ALLAH.
Terima kasih d'vaku

4 comments:

Mohd Shukri Hussin said...

assalamualaikum,
hebahan majlis maulidurrasul

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150168921461999&set=pu.295419981998&theater

Mohd Shukri Hussin said...

Assalamualaikum

hebahan majlis maulidurrasul

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150168921461999&set=pu.295419981998&theater

ainhany said...

waalaikumusalam cikgu,

terima kasih mngingatkan.
Nanti ain kongsikan hebahan itu. Muga2 dapat menyertainya lagi..

Amin

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

semoga viva terus selamat dipandu oleh tuannya untuk berbakti di bumi Allah INI