Thursday, April 7, 2011

Refleksi Maulid 2010

Memo undangan..

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Meneliti poster ini, kerinduan menggamit rasa. Doa dipanjatkan semuga diberi kelapangan, kesihatan dan kesempatan untuk hadir sekali lagi di majlis sambutan MaulidulRasul dan Haul  2011. Setelah  dua tahun berturut-turut  saya berpeluang hadir di majlis yang sama yang diadakan di Masjid Negara, Kini saya menanam azam untuk terus menghadirinya..Mudah-mudahan ALLAH dorong dan mudahkan urusan saya kelak. Alangkah indahnya andainya anak2 saudara saya yang berada di sekitar KL, iwan dan familynya, along Hamzah, along Q-deen, dik Abbas juga abg Nasir dan familynya turut bersama-sama nanti. Semuga ALLAH memberi mereka taufik dan hidayah pada mereka.

Flash back tahun 2010, majlis Maulid yang bermula selepas Asar, dihiasi dengan forum oleh tokoh-tokoh agama nusantara. Ketika ini muslimat dan muslimin mula mengambil tempat dan dari masa ke semasa ruang masjid dipenuhi dengan ribuan jemaah. Ada dari pelbagai rupa,bangsa, bahasa dan pakaian yang semuanya mempunyai satu matlamat untuk berselawat, marhaban, burdah qasidah dan tazkirah hanya untuk mengingati kelahiran, kebesaran dan kelebihan Nabi MUhamaad SAW.

Majlis ini menghimpunkan ummat Nabi Muhammad SAW dari pelbagai negara seperti , Egypt, Canada, Arab Saudi, Madinah, US, India, Singapore, Indonesia dan lain-lain lagi. Mereka mengenakan jubah atau baju melayu serba putih dgn meletakan serban berwarna di bahu (Ini amalan Rasullullah jua) manakala perempuan mengenakan telekung. Warna putih menghiasi segenap ruang solat dan sekitarnya. Betapa warna putih sinonim dengan kebersihan dan pembersihan jiwa. Mudah-mudahan tercatat kebaikan kepada semua yang telah menghadirinya.

dalam SATU saff kita SATU kiblat
 Pada tahun lalu juga, saya berada dalam ruang solat utama dan satu saf dengan jemaah dari Singapore. Mereka datang setelah digerakkan ALLAH jua, walaupun nyaris-nyaris tersesat gara-gara mencari lokasi Masjid Negara. Deretan bas juga memenuhi ruang letak bas dan jalan disekitarnya. Ada kenderaan yang terpaksa diletakan sehingga ke simpang Taman Burung, namun semangat mereka tetap tega.

Pengisian program, usai solat maghrib,ceramah disampaikan oleh ilmuwan jemputan dengan menggunakan bahasa Arab dan diterjemahkan oleh juru bahasa yang berpengalaman. Setiap tokoh2 membicarakan tentang perjuangan dan akhlak Rasullulah. Subhanallah

rindunya suasana ini
Gambaran 1400 bertahun berlalu, walaupun tak pernah ditemui ,tapi dirasai bagaikan seperti Rasulullah amat-amat sayang dan mengenali kita. Betapa diri kita terbiar lalai mengabai selawat dalam mengingatinya. Di samping itu, alunan marhaban, burdah, selawat,dialun dari masa ke semasa dan ini menaikkan semangat mencintai Rasullulah. Sama-samalah kita mengambil iktibar dan berselawat setiap hari. Untuk merasainya, saya menggalakan datang dan alami sendiri pengalaman ini.

Mug utk semua
Klimak program mauled ini ialah mengaminkan doa yang begitu menyentuh qalbu. Subhanallah,, adalah lebih baik merasai sendiri.. Bersama -sama jemaah juga YDMM YDPA, Tuanku Mizan turut menghadirinya. Oleh itu majlis ini lebih formal dan tamat selepas jam 10 shaja. Mungkinkah dengan sokongan ketua negara untuk kali ini, lokasi juga berubah dengan kemudahan yang lebih efisen. Harapnya.

Sebelum pulang, tetamu disediakan makanan dan ada guudies dari AL WARISEEN TRUST. Semuga ALLAH menganjari pahala buat mereka yang telah terlibat secara langsung dan tak langsung sehingga sempurna majlis ini. Segalanya berjalan lancar dan Tahniah.

Semuga program pada kali ini lebih baik dan dipermudahkan.

No comments: