Tuesday, April 19, 2011

Aura masjidilharam..

Alhamdulillah, ade juga sahabat2 saya menghebahkan kedatangan TuanSheikh dari  Masjidlilharam  ni ke Malaysia menerusi beberapa programnya...Terkini juga dimaklumkan kuliah sebelum jumaat, khutbah dan iman solat Jumaat oleh Tuan Sheikh `Abdur-Rahman bin `Abdul Aziz as-Sudais akan berlangsung pada hari jumaat  ini 11.30pg-2.00 ptg di Masjid Wilayah, Jln Duta. Bagi muslimat sila ke aras 3. Muslimin muslimat dijemput hadir..  Sengaja saya mengulangi ayat yang dihebahkan menerusi sms ini untuk perhatian dan tindakan semua sahabat maya terutamanya buat Mamaju yang mengingatkan saya.. InsyaALLAH jika berkesempatan saya juga akan turut ingin merasai suasana 'aura masjidilharam' ini. Semuga ALLAH mempermudahkan urusan jua. 

 Diperpanjangkan Info dari sumber  ( terima kasih) : MUZIR di sini
Suara Sheikh `Abdur-Rahman bin `Abdul Aziz as-Sudais memang tidak asing bagi mereka yang gemar mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran.  Malah, suara beliau selalu dirindui oleh ramai muslim yang pernah mengerjakan ibadah haji, kerana suara beliau selalu berkumandang mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram.
Beliau kini berada di Malaysia.  Beliau berada selama beberapa hari di sini dan akan menghadiri beberapa program khas yang telah diatur, insyaALLAH.
Berikut adalah jadual beliau yang sempat saya kutip dari pelbagai sumber:
  • 19/4/2011 (Selasa):  
    • Program:  Tadzkirah Maghrib
    • Tempat:  Masjid UIAM
    • Masa:  Selepas Maghrib
  • 20/4/2011 (Rabu):  
    • Program:  The Future of Islamic Civilisation (al-Hadarah al-Islamiyyah) in the 21st Century
    • Tempat:  IAIS Malaysia, Petaling Jaya.  (Maklumat lanjut)
    • Masa:  10 pagi – 12 tengahari
  • 22/4/2011 (Jumaat):
    • Program:  Tadzkirah, Khutbah & Imami Solat Jumaat
    • Tempat:  Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, KL
    • Masa:  11 pagi – 2 petang.
  • 23/4/2011 (Sabtu):
    • Program:  Ceramah Perdana
    • Tempat:  Hotel Royal Chulan, Jalan Conlay (dekat Bukit Bintang dan Hotel Istana).
    • Masa:  8.30 malam
    • Untuk pertanyaan dan sebagainya hubungi Tuan Haji Sidek 012-4940992.  (SUMBER)





Catitan ini sekadar untuk program sekitar Lembah Klang.  Tertakluk kepada sebarang pindaan maklumat.
WAllahu Ta`ala A`lam.

Tambahan Info Diterima dari Acik Sara ( terima kasih ) menerusi sms:
Sheikh Sudais (iman masjilil haram ) akan berada di
20/4 Asar di masjid KLCC,
22/4 Masjid Kg Baru- solat  Maghrib dan Isya
23/4 Darul Quran- solat zuhur

Selamat Ulangtahun kelahiran buat Mamaju dan semuga ALLAH memberkati jejak perjalanan hidup ini selamanya....Terimakasih  atas ingatan dan perhatian menyusuri kembara kehidupan dengan penuh kasih sayang. Semuga ALLAH memberkati ukhuwah kita. Amin.

TERIMA KASIH

7 comments:

mama ju, said...

Aslkm.
Terimaksih banyak2 atas ingatan.
Indahnya klu dpt turut serta majlis2 tu.
Teruskan berjuang dan berdakwah. Amin

ainhany said...

Waalaikumusalam mama,

Sama-sama.
Ain da contact utk event hari sabtu tu...boleh hadir dan pndftran pada pg Sabtu nanti.

insyaALLAH.

Kakzakie said...

Assalamu'alaikum Ain,

Beruntunglah Ain duduk kat sana. Sedih jadi org Johor nie selalu tertinggal bab-bab cam gini....

ainhany said...

Waalaikumusalam kak,

eh kak zakie nie,jgn dOk kata lagu tu..tak baek laa.
Allah dah tentukan rezeki kat mana2 pun sama saja..usahlah jadikan perbandingan tetapi bersyukurlah dengan apa yag ade di tempat kita. mungkin itu anugerah terbaik..

Cuma sesekali apa salahnya bertukar2 angin santai2 pengisian jiwa..meh laa join..
TERIMA KASIH

edelweiss said...

salam....ain, nak tumpang tanya,
u ada mentioned pendaftaran pada pagi sabtu untuk majlis sabtu nih. ini majlis yang akan bermula 8.30 mlm ker?

sbb masa i contact tuan hj sidek, beliau berkata tak ada menyebut pasal pendaftaran.

mohon penjelasan lanjut :)

ainhany said...

Waalaikumusalam wbkth edelweiss,

Ini adalah kesinambungan program dseperti lampiran 4 yang disertakan..Bagaimanapaun utk prgrm pagi..(lihat tentatif )perlukan pendaftarannya manakala untuk malam tak perlu dan terbuka untuk awam.

Ain harap, ini mnjawap musykil yang dimaksudkan. Mhn maaf jua..InsyaALLAH takda aral nak pi jugak..Jemputlaa ye

terimakasih

zeqzeq said...

As salam mohon izin Link.tku