Tuesday, April 19, 2011

Air tangan mak

Bilakah kali terakhir kita memeluk mak? Senikah kita dalam pelukan seorang mak??  Memadaikah dengan hanya mengucup dua tangannya, mencium dua pipinya dan membiarkan dia mencium dahi kita...? Memadaikah sekadar mengucapkan.."Mak,ampunilah dosa ceq mak, doakan ceq selamat,........".  Memadaikah dengan layanan yang telah kita buat selama ini....TIDAKKKKKK...Tepuk dada, tanyalah diri sejauh mana kita meletakkan emak dalam kamus hidup kita.

 kekuatan Maryam semangat Ismail
Berkongsi 'air tangan ibu" dalam sesi kuliah dhuha d Surau Al-Mustaqim, Lembah Keramat
bersama ustazah kak chik@Ustazah Hafizah merupakan satu koreksi buat diri...Air tangan ibu adalah satu acuan yang direkabentuk dan produknya adalah kita...Kita yang ada hari ini adalah produk ibu bapa kita dan generasi kita adalah dari air tangan kita. Setiap anak dilahirkan bersih dan ibubapanyalah mencorakannya sama ada Yahudi, Nasrani ataupun Majusi diperincikan oleh ustazah.

 seorang perwira...
Sejauh manakah seorang yang bernama ibu atau bakal bergelar ibu menunaikan sujud syukur setelah mengetahui dirinya telah hamil.?  Di rahim ibulah pengujudan dan  penciptaaan 'manusia' yang amat selesa membesar di dalamnya.  Rahim ibu juga  akan menjadi saksi- dengan keredaan jiwa dan anugerah yang mengundang syafaat buat ibu kelak. Subhanallah.  Bagi ibu-ibu yang belum melaksanakan sujud syukur @ mengetahui tentangnya belum terlewat untuk beristifar atas kelalaian mensyukurinya. ALLAH memuliakan setiap penciptaanNYA, dan itulah rezeki yang ALLAh pilih.


Sentuhan kasih sayang mak bermula dari dalam perut lagi.. Usapan dan belaian manjanya  tak pernah lekang sehinggalah kita menjadi semakin dewasa.. Di saat kita sakit, dia ada, kita berjaya dia suka, kita jahat dia usap dan kita sedih dialah penawar. Namun kini, anak-anak berani menyalahkan ibubapa sehingga Tanggang Moden muncul kembali....  Wajarlah kita berkongsi perasaan dengan mak, tanpa mengabaikan dia dan mematuhi keputusannya adalah tindakan kita. Mengapa harus melarikan dari berkongsi dengan mak sedangkan kitalah airtangannya ...??

Generasi anak-anak hari ini  memerlukan curahan perhatian dari ibu bapa. Manfaatkan qualiti masa dengan sentuhan dan belaian kasih berilah perhatian buat anak-anak.. Kesibukan bukan alasan menjadi taruhan kedewasaan mereka. Ambilah kesempatan menikmati masakan ibu biarpun simple tetapi barokah dinikmati bersama-sama.  Berilah pengisian agama dan nasihatlah setiap hari . Amalkan membaca quran atau hadis sebagai panduan bersama-sama. Sesekali bersolatlah jamaah dan lazimi menjadi pendengar yang hebat.

Memadaikah ini.??..Kenangan bersama aruah ayah
Jadilah model terbaik untuk anak-anak. Berkongsilah pengalaman dengan mereka dan berikan pengisian sepanjang mereka bersama kita. Belajarlah memperhalusi bagaimana kaedah menegur dan perbaiki akhlak dari masa ke semasa. Jika bermasalah dengan anak-anak itul adalah refleksi diri kita...Bak kata tuding jari telunjuk, empat lagi mengadap kita...
Bila nadia nak g Casariana lagi ?

Suasana sepanjang program adalah bening dan tenang walaupun  dalam cuaca hujan dan kesejukan. Majoriti muslimat bermuhasabah diri sendiri dan sesekali menyeka air mata yang gugur tanpa dipaksa. Intonansi penyampaian ustazah yang berbicara melalui hati begitu  menyentap qalbu.  Dengan dibantu paparan Power point dan video yang begitu 'touching' dalam melembutkan hati mengenal keujudan diri manusia.   Dalam sebak ustazah berkongsi pengalamannya dalam program motivasi  yang pernah dianjurkannya. Ada banyak cerita benar yang dikongsikan dan boleh dijadikan iktibar....Bertanya-tanya tentang diri sejauhmanakah saya sebagai anak yang menjadi acuan dan produk air tangan ibu ayah saya memuliakan emak kini setelah ketiadaan ayah ..
jadilah anak solehah ye sayang..
 Kemuliaan orang soleh yang meninggal dunia seolah-olah berada di taman-taman syurga dan bahagianya mereka seumpama berada dalam pelukan ibu...Betapa 'protection ' ibu terhadap anaknya tatkala kecil di lindungi dan besar disokongi..... Skill tindakan  yang hendak dikongsikan selagi ada hayat peluklah emak dan ayah sepuas-puasnya....mulai hari ini berazamlah" saya nak peluk mak@ ayah sepuas hati dan saya juga nak mak@ayah peluk saya sepuas hati mak@ayah juga.....sebab saya nak merasai kebahagian dalam pelukan seperti yang digambarkan oleh hadis nabi....Subhanallah "
YA ALLAH BERKATILAH EMAKKU..> Akis  saaayang nek ..

YA ALLAH ampunilah saya, Sesungguhnya saya telah berbuat zalim pada diri saya sendiri, emak ayah juga teman-teman...Ampunilah daku..Terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkaulah Maha penerima Taubat lagi Maha Pengampun. YA ALLAH berikanlah kesempatan waktu lagi untuk saya menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu dan jadikan ia sebagai saham untuk emak ayah saya juga..Amin   

TERIMA KASIH 

8 comments:

mama ju, said...

Aslkm. Tkasih , byk yg mama terlalai.
Ain tau tak Program Abd Rahman Sudais tu ada kat KL ke.? 21 ni dia kat Penangkan?

ainhany said...

Waalaikumusalam Mama,

Sama2lah kita ingat-mengingatkan..
Tentang program ini, mama tenguk2laa n3 trkini ni. Muga mmberi manfaaat bersama.

Terima kasih

aizamia3 said...

rindu dengan air tangan mak..

ainhany said...

salam aiza,

bestkan..air tangan mak diadun degn kasih sayang dan keikhlasan...sedap dan sntiasa mnjilat jari..Alhamdulillah..jom kita jumpa mak..hihii

anitadiana said...

asalamuaikum..salam singgah dan follow...tenang aje baca blok awak...

ainhany said...

Waalaikumusalam anita,

sila2 singgah..kunjungan dinanti, salam dihulur, ukhuwah terjalin..InsyaALLAH nnti ain kunjungi umh anita pulak.

Ingatkan saya jika terlalai dan pandulah saya arah keredzaan. Semuga tenang dan bahagia milik bersama. Terima kasih

kak su said...

Assalammualaikum ainhany

Bilakah berlangsungnya program nii
sayang tak dapat sertai..

Mohon share ya...

Jazakallah khairan katiran.

Wslm.

ainhany said...

Waalaikumusalam kak su,

Alhamdulillah..majlis tu dah berlalu kak. Boleh refer n3 "hujung minggu bersama.".Kat surau Mustaqim,Keramat.

InsyaALLAH jika ada prgram seumpama akan ain diwarwarkan lagi dan hadir bersama, Muga ALLAH mudahkan urusan kita. Doakan ain juga Terima kasih