Segalanya adalah telah direncanakan ALLAH taala. Sepuluh tahun lalu, En Nordin, seorang staff RTM yg baik hati telah dipanggil mengadap Ilahi. Tika itu saya tak mengenali allahyarham tetapi saya semakin akrab dengan isterinya Pn. Robizan yang bertugas sebagai Penerbit TVP dan kebetulan kami sering bekerjasama dalam satu pejabat di BTP. Mengenalinya tidak sukar kerana perwatakannya yang peramah dan ceria sering mengundang rasa mesra. Namun sesuatu yang amat tragis berlaku tatkala kak Zan dan ibunya menunaikan umrah. Abang Nordin yang mengidap asma telah dijemput ALLAH di hadapan 7 permata hatinya...( Along, Adam, , acik, Deeba, Aliah, Adilah dan Amin) . Bayangkan dengan rasa syahdu teramat, aruah pergi meninggalkan 7 orang anak yang berusia di antara 16 tahun - 1 tahun. Pilu rasa hati melihatkan anak-anak ini di sisi jenazah allyarham tanpa ibu mereka...Kak Zan pun hanya mengunjungi pusara aruah sekembalinya dari umrah dua hari selepas itu.Inilah lingkaran kisah sepuluh tahun lalu...
Kini anak yang bungsu dah berusia 11 tahun...yang dua terakhir 13 tahun......hanya mereka yang layak kerana belum melewati usia 15 tahun ( syarat menerima sumbangan ini). Rasa bertuah bertemu lagi dengan Alia dan Amin...Melayan mereka dan menginfakkan saguhati buat mereka...Walaupun kami jarang jumpa, namun saya terharu kerana anak2 ini masih ingat dan memanggil saya 'ucu'..ini adalah dengan kerelaan mereka sejak 10 tahun lalu....ucu sayang semua ...
Dari khabar ceritanya sekarang:- kak zan masih solo- along sedang amik master kt upm
- adam(angah) dah kerja di shah alam( graduate uitm)
- acik bakal konvo
- adila uitm
- adibah, alia di sk menengah
- amin di sk
Syabas kak Zan, seorang ibu yang berjaya mendidik dan melaksanakan tugas sebagai ibu, ayah yang berjaya. Ketabahannya memberi semangat buat anak2...
Teruskan mendoakan kejayaan anak2 yatim ini...

3 comments:
Salam Ramadhan Ainhany
syabas kak Zan
Al Fatihah untuk suaminya
Wassalam
Salam Dato',
Terima kasih ats sokongan moral ini.
Sama2 mendoakan ummh.
Selamat merebut Lailatul Qadar
Post a Comment