Thursday, August 26, 2010

Di pusara itu..


Soalan :
Ustaz apa hukumnya tabur bunga dan tanam pokok di atas kubur.Terima kasih utz.2010-07-26 9:14 AM

Jawapan:
Boleh, pernah Nabi meletakkan pelepah kurma di atas kuburan dan kemudian baginda bersabda, semoga orang di bawah kubur ini diringankan siksanya selagi daun ini masih basah (belum kering).
 (soalan ini  dijawab oleh Ustaz Mohd Amin)

Alhamdulillah, kepulangan saya di minggu pertama Ramadan, di mulai dengan bersahur bersama family. Kemeriahan memakan baki nasi daging (di buat kenduri berbuka puasa sempena ulangtahun pemergiaan ayah ke rahmatullah) bersama emak, kak jah, abg Soleh  dan anak-anak saudara yg pulang bercuti dari asrama merancakkan lagi waktu sahur kami.itu. Memandangkan pagi hari Jumaat, seusai waktu imsak, semua diarahkan ke Masjid yang letaknya tak jauh dari rumah.  Kami sama-sama solat subuh  berjamaah dgn bersujud sejadah sebagai lambang kepatuhan dan kesyukuran ke hadrat ALLAH. Alhamdulillah...

Mengambil peluang di awal pagi itu, kami terus mengunjungi pusara ayah.  Dalam keredupan pokok hujan, saya dan anak2 saudara membacakan yasin di sisi pusara ayah. Di akhiri dengan doa semuga roh almarhum ayah damai, dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan soleh.   Kelihatannya kesegaran pokok yang menghijau di kepala dan hujung kaki pusara ayah. Di tengahnya pula , bunga kuning subur mengeluarkan aksinya. Ini menampakkan keceriaan  pusara ayah, di pagi jumaat itu. Syukurlah muga pohon ini akan terus mendoakan buat almarhum ayah.

Namun begitu, pada hari Sabtu, dalam kunjungan kedua ke pusara ayah, kami 'trim' pokok yang tumbuh. Harapannya semuga, ia terus merimbun dan terpelihara. Rumput-rumput kecil yang menjalar dibersihkan dan di taburi dengan daun pandan dan bunga yang dibawa dari rumah..Mengakhiri kunjungan hari itu, sekali lagi yasin dibacakan dan dua nisan ini  di basuh oleh kedua-dua anak saudaraku. Semuga di panjangkan umur untuk mengunjungi pusara ayah lagi di Syawal nanti. 

Semuga apa yang saya buat, anak-anak saudara saya ini akan terus meneruskan tradisi ini, betapa kita menyayangi mereka tika di dunia begitulah juga tika " pergi tak kembali.

Ini adalah notis peringatan yang ditulis oleh kak jah selepas ayah meninggal dan akan terus  diingatkan. Peringatan ini jugalah menjadikan saya tak pernah lupa menghadiahkan AL FATIHAAH walaupun sekadar berjauhan.  Muga keturunan kami juga akan terus mendoakan ayah  ..

Untuk tahun ini dan bulan Ramadan ini, beberapa kebajikan telah dibuat atas nama ayah. Semuga   ayah  terus dirahmati dan diampuni dan direhatkan di taman-taman syurga sebelum di pertemukan di jannah nanti. InsyAALLAH

Yang baik itu dari allah jua, kelemahan dan kekurangan adalah dari kelalain diri saya sendiri.mhn diamaafi. Wallahuaklam

2 comments:

Rozali said...

Salam Ramadhan Ainhany

Al Fatihah juga drp saya
untuk arwah2 tu

Wassalam

ainhany said...

Salam Ramadan Dato',

Jazakallahukhairan kathira
Yang hidup lawannya mati..bersediakah kita?

wallahuaklam