Saturday, August 7, 2010

Recap Julai

Recap ini sepatutnya disediakan pada penghujung Julai. Tpi dik kerana kekangan waktu, hari ini baru dapat disediakan. Walau bagaimanapun saya tak mungkin melupai tarikh-tarikh keramat mereka yang amat berharga dalam hidup saya. Kami rapat kerana adanya kesinambungan darah – muhram yang kekal selamanya..:) Syukurlah kehadrat ALLAH Taala, kami mempunyai ayah emak yang sempurna melaksanakan tugas mereka. Kami telah menerima pendidikan, disuburkan dengan kebaikan dan dikembangkan dengan persekitaran yang terkawal berlandaskan agama.

Sewajarnyalah, generasi berikutnya menggunakan kaedah yang sama, ditokok tambah dengan pendekatan agama bagi menjamin kebahagiaan selamanya. Betapa ancaman dunia hari ini berbeza dengan dulu dan wajarlah menyediakan diri bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab masa kini.

Buat saudara-saudaraku dan anak-anak saudaraku yang meraikan Julai sebagai bulan bermakna..
Muhasabahlah tentang diri i
Sejauhmanakah meletakkan nilai dan harga agama dalam diri,
Kehidupan kita sekejap lagi
Pakah jaminan tahun depan kan diraikan lagi..?

Selamat meraikan ulangtahun kelahiran JULAI :
4 JULAI abg Zul @ pak cik Zul dan anaknya, Nadiah@ anak saudara ke 51 (sama tarikh)
11 JULAI adik Fuad @ pak su
13 JULAI kak Na @ cikna
18 JULAI Ikhwan Idris @ anak saudara ke 5
20 JULAI Yusof Mirdad@ anak saudara ke 47
23 JULAI Qamarul Asyraf @ anak saudra ke 24
26 JULAI Ilyas Tufail @ anak saudra ke 10

Juga tak dilupai buat sahabat saya :
Nor ilham yang menyambutnya pada 28 julai
Juga kak Nora Qasih pada 25 julai

SEMUGA ALLAH MEMPERKENANKAN HAJAT DAN DOA KITA. DIBERKATI UMUR & KEHIDUPAN dalam MENGHARGAI MAKNA KESYUKURAN dan MENJADI LEBIH BAIK DARI SEMALAM. HARI INI adalah yang terbaik.
Ya Allah, Berakatilah umur kakak, abg, adik, anak2 saudara ku juga rakan2ku ini dan alfiatkanlah mereka . Murahkanlah rezeki mereka supaya dapat membantu diri, family dan ummah . Permudahkan urusan dan kehidupan mereka dan lapangkan diri mereka untuk sama2 menambah ilmu, beramal dan memperbaiki amalan mereka. Jadilah mereka cintakan agama mengatasi segala dan tunjukilah jalan yng lurus dan istiqamah dalam amalan..Amin

Dan  hari ini juga juga 0708* hepy birthday Syima – just 4U
Terimalah seadanya:
 


TERIMA KASIH atas segala kebaikan yng telah diberikan selama ini. Saya amat menghargai…

-wallahu aklam-

No comments: