Sunday, August 8, 2010

d'va vs diri

Sabtu lepas ni d’va direhatkan.. sejak akhir-akhir ni hampir setiap minggu dia menjadi teman akrab saya Banyak pulak aktiviti dan program yang memerlukan kederat d’va untuk melaksanakan misinya. Semakin hari semakin sayang dan rasa kecintaan membenih kasih yang berterusan..

Baru2 ini juga d’va berjumpa pakar di PS Ampang..Membetulkan urat2 dan menggantikan mana yang patut. Kos kali ini mencecah RM 300 utk KM ke 40000. Khilaf saya tentang air bateri sentiasa menghantui. Hingga kini telah dua kali bateri kereta digantikan. Semuanya gara-gara susah bernafas di awal pagi…inilah hakikatnya erti satu benda hidup. Kita sering melupai nikmat sihat sehinggalah sakit mengunjung tiba.

Pernahkah kita terfikir, siapakah yang menggerakkan enjin d’va ini?. Alami mengatakan inilah fitrah tetapi teori mengatakan ia adalah hasil tindakbalas bahan api yg sepadanan dengannya hingga menciptakan’’spark’ sebelum di perpanjangkan sehingga menggerakan mekanikal seperti yang direncanakan. Inilah penciptaan ilahi. Merenung seketika, apalah bezanya sebuah kenderaan berbanding diriku ini. Telah bertahun lamanya engine ini dihidupkan, bangun pagi dengan menyedut udara nyamannya, bekerja seharian di siangnya dan berehat pula malamnya. Namun entah berapa banyak toksid dan berkaratnya diriku berbanding d’va. Terciptakah ‘tester’ untuk mengutip bacaan tempuh hayat yang harus saya lalui lagi? Apakah jaminan esok, saya bisa bangun seperti semalam dan melaksanakan tugas yang sama lagi. Tidak dapat tidak, kerangka tua ini juga ada waktunya perlu diservis, perlu di vakum dan perlu dinaik tarafkan. Namun alat gantinya “Cuma satu” dan tak mungkin sama seperti yang telah tercipta.

Marilah kita sama-sama bermuhasabah. Merenung alam dan fenomenanya untuk apa diciptakan?? Indahnya cakrawala, damainya lautan, luasnya langit dan tingginya gunung, siapa mengawasinya.?

Di mana stereng yang boleh diubah-ubah??Akal mengatakan saya lebih besar dari d'va tetapi fakta tetap mengungguli dengan  teori kebolehupayaannya berbanding manusia.  Andaikata d’va dibandingkan dengan alam…hanya sebesar biji temucut yang terkadang terlekat di kaki seluar, bahkan akan ditanggalkan bila di temui. Kewujudannya menghilangkan rasa wibawa dan keyakinan diri seseorang. Apakah ini yang dibanggakan? Apakah ia milik saya selamanya??? OH TIDAK…. Bahkan saya juga dipunyai dan dipinjamkan sahaja ke sini. D’va seharusnya dibentuk dan pergunakan ke jalan yang direstui ALLAH. Biarpun sekadar satu pokok kemucut, dia sentiasa taat pada PENCIPTANYA dan sering berzikir…begitu juga d’va yang sentiasa taat dan tapi bagaimana dengan saya??

Akal mengatakan saya lebih besar dari d'va. Namun d'va sentiasa taat pada PENCIPTANYA.  D'va juga adalah diciptakan oleh ALLAH yang dilhamkan kepada teknokrat2 yang terpilih.  Ayuh teman kejutkan diri saya, andai saya terleka, pimpinlah saya andai saya tersesat dan kembalikan saya mengenal ALLAH andai sudah terkapai2 kelemasan. Onlinekan saya dengan PENCIPTA kerana saya mau kusyuk dalam solat, sempurna dalam ibadat.. Saya harus menghargai sisa umur yang dibekalkan sebelum sumbu itu padam selamanya Kita harus meng"upgrade",  mem"polish" amal ibadah kita sementalah Ramadan almubarak yang menjelang kali ini


apa itu kemucut? temucut?...hihi..pikir2akn

No comments: