Monday, August 30, 2010

Kiwi yang berkhasiat

TAHUKAH anda sebiji buah kiwi mengandungi zat kalium lebih daripada sebiji pisang manakala kandungan vitamin C pada kiwi pula umpama dua biji oren?

Lebih menarik, sebiji kiwi juga mengandungi kandungan serat umpama kita menikmati semangkuk bijirin selain kaya dengan beta karotina, magnesium, zink, zat besi dan fosforus.

Menurut fakta jenama kiwi terkenal dari New Zealand, Zespri, ia dianggap antara buah yang dapat membantu mengurangkan tekanan pada tubuh ketika berpuasa kerana ia mengandungi pelbagai vitamin dan zat galian penting.

Sama ada dimakan sebelum atau selepas berbuka, kiwi dapat membantu melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit kerana kandungan vitamin C di dalamnya membantu meningkatkan sistem imunisasi badan terhadap patogen seperti bakteria.

Selain itu, ia mengandungi vitamin E dan antioksidan penting untuk membantu melindungi tubuh daripada radikal bebas.

Lebih istimewa, kandungan vitamin C dan karotenoid dalam kiwi juga membantu dalam penyerapan zat besi manakala satu enzim proteolisis aktif yang digelar actinidin dapat menolong meningkatkan penghadaman protein daging, susu, kekacang dan bijirin.

Ramai yang mengalami masalah sembelit ketika di bulan puasa dan untuk mengatasi masalah berkenaan, pakar pemakanan menyarankan pengambilan sebiji kiwi dalam diet harian.

Bagi pesakit diabetes, kiwi mampu membekal sumber tenaga yang diperlukan kerana kajian menunjukkan ia mengandungi indeks glisemia 52, iaitu tahap sederhana ke rendah untuk hidangan sebiji kiwi saiz besar.

Ini bermakna tahap glukosa darah pesakit diabetes juga tidak akan bertambah secara mendadak.

Kajian turut mendapati jika kiwi dimakan sejam sebelum tidur, ia mampu membantu memperbaiki kualiti serta menstabil dan menenangkan angin seseorang.
Bagaimanapun, untuk warga emas yang mempunyai penghadaman lemah, disyorkan menikmati buah berkenaan sejam setengah sebelum tidur.

TIPS
# Untuk ­memastikan kiwi hijau sudah siap untuk dimakan, pegang buah antara ibu jari dan jari telunjuk kemudian tekan secara lembut, kiwi yang sedikit lembut sudah boleh dimakan.

# Jika kiwi tidak lembut ketika anda menekan menggunakan ibu jari dan jari ­telunjuk, ia tidak boleh dimakan ­kerana ia belum lagi mencapai tahap kemanisannya.

# Kiwi boleh ditinggalkan untuk masak beberapa hari sehingga seminggu pada suhu bilik, jauh daripada cahaya matahari dan kepanasan.

# Letakkan kiwi di dalam beg kertas bersama epal, pisang atau pir yang boleh mempercepatkan proses masak. Kiwi yang sudah masak boleh diletakkan dalam suhu bilik atau di dalam peti sejuk.

# Kiwi emas pula sudah sedia dimakan apabila dibeli.


Kiwi oren (Hidangan dua orang)

Bahannya:
3 kiwi Zespri Gold - dikupas dan dihiris
3/4 cawan jus oren
Ais krim dan yogurt


Cara penyediaan:
# Masukkan kiwi ke dalam pengisar dengan 3/4 cawan jus oren.
# Kisar sehingga halus dan tuang ke dalam gelas panjang.
# Tuangkan aiskrim atau yogurt.

4 comments:

Rozali said...

Salam kemerdekaan Ainhany

Alhamdulillah
bertambah lagi ilmu saya

Wassalam

SiNoMoSa said...

Salam Kak Ain,

I like KIWI so much..
Sy pernah makan Golden KIWI..warnanya keemasan..
Buat fruit salad letak kiwi mesti cantik hihi

ainhany said...

Salam Merdeka dato'

Sama-sama kita kongsi ilmu.
yang baik kita amal dan war2kan. tak gitu dato'?

Jgn lupa singgah beli kiwi sat gi noo
Terima kasih bertandang lah lagi
w'aklam

ainhany said...

Salam dik syima,

suka iye? ohh ptutla sihat noo:)
akak suka pisang kaki la:)

ye2 tambahan fakta:
KIWI ada DUA JENIS...kiwi Zespri boleh didapati dalam dua jenis iaitu hijau biasa dan kuning emas( ini yg syima maksudkan kan)

insyaALLAH. Cntik dimata,hati dan kesihatan. AMIN