Wednesday, August 11, 2010

Ikut kata hati

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

balik kampung...ooo balik kampung. Aduh rindu banget sama kampung nieh....

Alhamdulillah...tiket bas telah ada di tangan sekarang...Jika  tiada aral, saya balik kampung malam nie..Mudah-mudahan seperti direncanakan..Segala bermula petang semlam. Ketika mmbeli bubur lambuk Kg Baru sebagai juadah berbuka, ingatan mendalam  saya pada kampung bagai meronta-ronta. Tanpa membelok lagi, saya terus mengikut kata hati kerana kata hati yang pertama itu adalah bisikan kebaikan  berbanding kata hati berikutnya.. Ini adalah pandangan saya dan tanpa dipengaruhi oleh agen ESQ.

Malam nie juga akan diadakan tahlil  dan jamuan berbuka di masjid buat  almarhum ayah yang ke 14 bulan 1 hari. Sekejap saja masa berlalu...pemergian ayah di 17 JamadilAkhir tahun lalu kini  beralih angka tahun..setahun 2 bulan 1 hari. Namun bagi saya ayah tetap SATU...terunggul di mata anak2nya dan hanya SATU tiada dua, tiga dsb....Mencari kedamaian, ketenangan dan kebahagiaan ....bahagia di dunia, bahagia di akhirat.

Seperti semalam, saya merancang  berterawih di Masjid  Wilayah juga. Bertolak dari rumah  setelah berbuka bersama Mr Kris pula.  Jarak antara Masjid Wilayah dengan Hentian Duta(HD) yang sejengkal itu akan memudahkan saya menyempurnakan solat terawih  terlebih dulu sebelum menaiki bas ke destinasi tercinta. Kali ini Mr Kris akan bermastautin di HD selama 3 hari, manakala d'va di tambat di rumah.  Ini adalah sbg. kemudahan dan kesenangan apabila balik nanti, Mr Kris akan  setia menunggu. InsyaALLAH selamat. Inilah kesannya bila memiliki, seolah-olah hak milik peribadi namun hakikatnya ia hanya dipinjamkan sebentar buat pemilik ini. Semuga dapat dimanfaatkan dgn menghargai nikmat pemberian ALLAH ini.

Balik kg naik bas dua tingkat nie?  Bunyi macam ngeri je?   Kalau dah kunfa yakun..ini hanyalah asbab.  Kalau ikut nombor seat tu, kat tingkat atas nombor dua dari belakang dan single seat. Bagaimanapun tergantung kepada syarikat bas yang menjadualkannya, samada bas setingkat atau dua, destinasinya tetap ke kg ku. Itulah sebabnya, saya suka bas Cosmic x'pess berbanding bas selain keselesaaan kerusinyanya dan ketepatan waktu ketibaan. Hanya 4-5 jam di atas bas, dijangkakan  saya sempat  bersahur di kampung.

Pusara ayah kan dikunjung,
di pagi jumaat yag diberkati
bersama yasin kan disusuli
agarmu rohmu bersama menikmati
Dirimu tak sepi, kami sentiasa menemani..amin
 Semuga selamat dan diizinkan ALLAH perencanaan ini.

Lagi tentang cosmic :
Cosmic Express is the first operator in Malaysia to operate the Scania K380IB 6×2 chassis, of the fifth generation of Scania’s K-series. 3 such coaches have been in operation and Cosmic Express expects to launch new routes in the coming soon.

8 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ainhany

selamat berpuasa
selamat dlm perjalan
selamat berbuka dikg
tetntu disediakan menu kegemaran

Al Fatihah untuk Allahyarham ayahanda ain

Wassalam

ainhany said...

wa alikumusalam wbkth dato'

amin dan terima kasih.
insyaALLAH selamat semua.

selamat berbuka

Sueozana said...

Salam ain..

Slamat berbuka n smoga dberkati Allah slalu.. bestnya balik kg..n bestnya ziarah pusara ayahhanda.. Teringin k sue buat yg sama, masa n keadaan x mgizinkan...

ainhany said...

waalaikumusalam kak sue..

alhamdulillah..ain dah balik semula sini..syukur selamat...di kg-indah sgt2 cuma tak ditemui kucupan tangan ayah...huhuu..segalanya tinggal kenangan.

insyaALLAH kak sue juga mmpu mlaksanakan bila ditaqdir kan ALLAH. jgn serik utk terus doa ye kak.
terimakasih

sahromnasrudin said...

salam ramadhan..kenal blog ini dr blog gadis comel..blog ini menarik dan berinfo..tahniah...jemput ke blog sy...tenkiu

ainhany said...

salam sahromnasrudin,

salam ramadan & salam ukhuwah

Tterimakasih. Sudi2lah datang lagi. InsyaALLAH kunjungan balas akan disusuli.

~aSHa~ said...

salam ramadhan..

semoga selamat perjalanan pergi dan balik ye..

ainhany said...

salam asha,

alhamdulillah...selamat
Terime kasih yaaa....