Wednesday, August 11, 2010

P'bila sauh dilabuhkan

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ramadan sedang melabuhkan sauhnya ...harusnya kita sama2 memanfaatkan  persinggahan pelayarannya tahun ini. Mengambil contoh  besarnya kapal dengan muatan yang bertan-tan seperti kapal  Mavi Marimara ataupun Rachale Corrie yang telah merentasi lautan dalam destinasi ke Gaza. Logiknya dua kapal ini harus meminjamkan hak pelayaran dari negara yang direntasinya...Inilah makna dunia...Walaupun telah memperolehi hak, tetapi belum pasti keselamatan dan misi dapat dijayakan. Lakaran itu telah mencipta rekod kemanusiaan telah dirobek oleh regim Israel. Mereka boleh mengawasi peta dunia tetapi segala-galanya terletak kpda MAHA PENCIPTA . Allah Akbar

Namun begitu, persinggahan Ramadan adalah satu peluang utk kita sama2 merebut, meraih dan memendekan masa tidur berbanding sebelumnya. Tanpa perlu tiket ataupun track record kita dialu-alu untuk menaiki bahtera ini.   Tazkirah hampir memenuhi segenap ceruk dan dibom dengan perkara yang sama.. Kenapa telinga ini masih sukar untuk ditembusi dan mata masih kabur serta badan masih berat untuk mengejarnya...Buzzer amaran harus dibunyikan bagi mengejutkan mereka yang masih lalai..

Semalam di surau saya hampir segenap sudut dipenuhi jamaah. Betapa seronoknya AJK surau mengamit kedatangan jamaah dengan tawaran2nya sempena ramadan kali ini. Imam jemputan dari Kelantani akan mula bertugas pada malam ke dua dengan solat terawih 8 rakaat disusuli dengan tazkirah dan tahlil.  Mungkin pihak AJK telah mengambil kira majoriti penduduk di taman saya hanya berminat untuk solat 8 rakaat berbanding 23 rakaat dan perubahan dibuat mulai tahun ini. Syabas AJK al hidayah...apa yang penting, jamaah harus bertandang untuk beribadat dan pengisiannya perlu diteruskan.  Walau bagaimanapun , sebagai mukadimah solat terawih semalam diimamkan oleh tuan iman sendiri-Pok Nik dengan 23 rakaat dan selesai sekitar jam 11 malam. Alhamdulilah.

Kemana destinasi berjamaah saya  malam ke 2? Insya ALLAH destinasi hari ini adalah Masjid Wilayah...mengikut kelaziman seperti tahun sebelumnya, setiap malam dua imam akan bertugas dan salah seorang darinya adalah imam jemputan- sama ada Libya, Mesir atau negara timur tengah yang lain. Untuk jangka waktu ini, begitulah andaian saya kerana saya menikmati satu ketenangan bila ayat2 Allah di bacakan dengan lancar dan menjadi makmumnya. Insya ALLAH saya kan bertolak seusai berbuka. Semuga ALLAH memudahkan perjalanan kita untuk beribadat dan mengecapi kenikmatan perhentian pelayaran Ramadan kali ini.


Antara  kenikmatan yang  hanya ada bagi orang berpuasa ialah tatkala sahur, berbuka dan meraikan hari raya..Oleh itu lewatkan bersahut tetapi bersegeralah berbuka dengan doa...selamat berbuka..selamat beribadat..nanti kita raya...selepas 30 hari berpuasa ya

-wallahuaklam-

3 comments:

Nur_Ma"Khairatun Hisan" said...

Salam Ramadhan,sama2 rebutlah peluang untuk menjernihkan tautan hati kehambaan kita terhadap Allah..moge2 kite mendapat Keampunan dariNya,.insyaAllah..Selamat menjalani ibadah puasa=)

SiNoMoSa said...

Salam Kak Ain,

Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Smg kita dapat memanfaatkan sebaik mungkin.

ainhany said...

--> adik nur,

salam ukhuwah dan salam ramadan
insyaALLAH..kenikmatan Ramadan yang datang hanya sekalisetahun akan kita susuri sebaiknya...istiqamah beribadah insyaALLAH
terima kasih


--> dik syima,

salam ramadan
insyaALLAH..sma2 pasang niat dan dalam proses kembaraan Ramadan. Muga didorong buat kebajikan /ibadah berterusan..amin
terima kasih