Tuesday, August 24, 2010

Bersedekahlah

Sebaik-baik sedekah adalah di bulan Ramadan. 
Sejauh mana kita memanfaatkan  iklan dan tawaran ini.?? Tepuk dada tanye hati. Saya perhatikan ramai teman berebut-rebut booking untuk membuat jamuan berbuka puasa dan more di surau pejabat. Syukur. Memperuntukan  dan menyerahkan sebahagian wang atas niat sedekah. Walaupun hanya terhad untuk 29 orang saja,ia bukanlah bererti pintu sedekah telah tertutup. Sewajarnya meneruskan niat dan hasrat ini ke tabung-tabung masjid yang lain,  pusat tahfiz, rumah anak yatim ataupun wakaf al quran/tanah. Bagi yang tak berkemampuan melaksanakannya, usahalah membantu memudahkan urusan orang , membuang duri di jalan, memberi senyuman dan sebagainya. 


Diriwayatkan dari Ibnu Abbas radliyallahu 'anhuma berkata: Rasulullah saw adalah manusia yang paling dermawan dan lebih dermawan pada bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya untuk mengajari Al-Qur`an pada setiap malam pada bulan itu.




Amalan sedekah di bulan Ramadhan itu dilipatkan pahalanya kerana kemuliaan waktu dan tempatnya sebagaimana amal-amal dilipatkan pahalanya pada dua masjid Mekah dan Madinah (masjid Nabawi) iaitu shalat di dua masjid tersebut berpahala 1000 kali lipat dibanding shalat di tempat lainnya. Oleh itu beruntunglah mereka yang melaksanakan umrah di bulan ini seperti - kak Nab n suaminya, CL, Hj Arshad dan ramai lagi teman PDKM khususnya dan umumnya kepada  yang bakal di jemput.


Selepas 14 hari berpuasa, bagaimana dengan checklist amalan di sepanjang  Ramadan??  (terima kasih untuk ummihumaira). Banyak yang lopong?. Masih belum terlewat untuk melipatgandakan amalan. Kita tak menjangka tahun depan masihkah kita berpeluang untuk bertemu Ramadan lagi. Apakah ini terakhir buat kita. Ambillah peluang fokus kepada sedekah ini,  infakkanlah sekurang2 RM1 setiap hari . Tak kan surut poket kerana di situ ada keajaiban tersembunyi. 


Wallahuaklam.

nota kaki :
- Pic MH- Credit to CL
- Checklist itu juga telah saya dicetak untuk edaran jemaah surau Muhammadi . Alhamdulillah- Credit to umihumairah

4 comments:

SiNoMoSa said...

Salam Kak Ain,

=) =) =) sy sedekah senyuman dengan akak boleh? =) =) =)

ainhany said...

waalaikumusalam dik syima,

:) boleh2....rasanya betapa kesombongan diketepikan dan betapa indahnya silaturahim

oppp ..jgn belebihan pulak tau..

Ummi Humaira said...

salam dik Ain n Syima...

nk sedekah RM10 terasa banyaknyaaaaa tp kalu beli baju raya beratus tak plak terasa boros .masyaAllah jauhilah daku dr bersifat bakhil....

( x ngata org tp utk diri sendiri le gi beli baju raya anak)

ainhany said...

waalaikumusalam chaq,

ohh beraya sakan yer?? beli dan borong laa tu.
Masalah tu bukan chaq jer tau, x caya tanyelah syima...kena beringat2 la kot2 perabih kot lain pulak.

jom chaq upgrade ibadah :)