Monday, August 30, 2010

Sepuluh terakhir

Dengan Nama ALLAH Yg MAHA Pemurah Lagi Penyayang

Salam Ramadan kepada sahabat yg membuka lembaran KK ini. Bagaimanakah puasa anda? Sempurnakah terawih semua, berjayakah mendendangkan kalam ALLLAH hingga juzuk terakhir dan sejauh mana sahur dan pengisian sebelumnya???

Hanya tinggal sembilan hari saja lagi Ramadan akan meninggalkan kita...
Ohhh sedih rasanya...kita akan kehilangan rahmat, hikmah dan fadilatnya nanti..sama ada ditinggalkan atau meninggalkan inilah yang pasti.. Apakah kan ditemui lagi di Ramadan 1432H..wallhuaklam


Menyusuri pengalaman lalu---> 10 terakhir ini adalah saat mencemaskan dan paling pendek tidur. Mencemaskan???Ia, andaikata terlepas atau bangun lewat itu adalah kesilapan diri yang tak dapat dimaafkan. Rasa cemburu mengongkong diri bila melihat ramai jemaah beribadah di masjid2 di awal pagi.. Bertanya pada diri sendiri...kenapa harus saya memanjangkan tidur sedangan pesta ibadah sedang bermula. Subhanallah..indahnya amal dengan niat kerana ALLAH. Untuk kali ini azam saya, selagi saya masih di ibu kota, saya akan berqiyammulail secara jamaah di masjid. Sewajarnya ibadah untuk kali ini lebih baik dari sebelumnya.. insyaALLAH

Tak rugi kita mengembara di sini, kerana di sini segalanya ada..Tahun lalu, masjid yang menjadi sasaran saya  di awal pagi  (sekitar 4 pg) adalah Masjid Tmn TAR, Masjid As syakirin(KLCC), Masjid Wilayah, Masjid Kg Baru dan Masjid Negara...Rasailah sendiri dan di sini kan ditemui indahnya ibadah.

Saya mengajak, mempelawa dan menjemput sahabat2 maya untuk sama-sama beribadah. Datanglah beramai-ramai dengan niat kerana ALLAH dan tanpa paksaan sesiapa. Kita bertuah kerana dapat beribadah dengan dibimbimg oleh ustaz2, tuan imam2 yang membakar rasa keegooan, sucikan hati dan perbetulkan amalan yang rongak... Walaupun benar, kita boleh beribadah sendirian di rumah  tetapi akan ade kelainan bila bersolat hajat, taubat, tahajud, tasbih, witir serta zikir secara jamaah..Apapun ini adalah pandangan saya dan saya bertanggungjwab sepenuhnya dan niat saya mewarwarpun kerana ALLAH. Mungkin ini peluang yang ada kerana siapa sangka esok kita mampu hidup namun dah tak berdaya ke masjid lagi...Usah bertangguh kerana esok belum tentu milik kita ..

 Makluman dipetik dari website Masjid Negara...Percayalah

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Masjid Negara, Kuala Lumpur akan menganjurkan
Program Qiamullail Bagi Sepuluh Malam Terakhir Bulan Ramadhan 1431H/2010M 
 Di Dewan Solat Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Program ini akan bermula pada hari Selasa, 31 Ogos 2010
Program Qiamullail tersebut akan dipimpin oleh Imam yang didatangkan khas dari Mesir iaitu Sheikh Abd El-Rahman El-Desouky Taha Radwan

Sehubungan itu, tuan/ puan muslimin muslimat adalah dijemput hadir. Sekian.

Ayuh sama- sama kita gandakan ibadah dan pesta ibadat di pusingan terakhir ini....Kita sandarkan harapan pada ALLAH muga diberinya peluang dan keringanan untuk istiqamah di fasa ini.

2 comments:

Rozali said...

Salam Kemerdekaan Ainhany

moga Allah menggerakkan hati kita untuk melakukan qiamulail
serta diharapkan amalan kita diterima olehNya

Wassalam

ainhany said...

salam MERDEKA Dato',

InsyAALLAH segala kebaikan itu disandarkan buat ilahi. Muga terus dibimbing utk berbuat kebajikan.

Amin dan terimakasih