Friday, August 27, 2010

Seputar bersama mereka

eh tu macam Amin, ooop eli...eh kak zan.....betulka sangkaan saya nie?? ohh dah besar pun diantara dua anak saudara 'angkat' saya. Sebetulnya sempena Nuzul Quran ini, jabatan menganjurkan majlis sumbangan utk anak yatim, OKU dan pesakit kronik yang terdiri dari staff dan bekas staff. Rupa-rupanya mereka di jemput untk diraikan sempena majlis hari ini.



Segalanya adalah telah direncanakan ALLAH taala. Sepuluh tahun lalu, En Nordin, seorang staff  RTM yg baik hati telah dipanggil mengadap Ilahi.  Tika itu saya tak mengenali allahyarham tetapi saya semakin akrab dengan isterinya  Pn. Robizan yang bertugas sebagai Penerbit TVP dan kebetulan kami sering bekerjasama dalam satu pejabat  di BTP.  Mengenalinya tidak sukar kerana perwatakannya yang peramah dan ceria sering mengundang rasa mesra. Namun sesuatu yang amat tragis berlaku tatkala kak Zan dan ibunya menunaikan umrah. Abang Nordin yang mengidap asma  telah dijemput ALLAH di hadapan 7 permata hatinya...( Along, Adam, , acik, Deeba, Aliah, Adilah dan Amin) . Bayangkan dengan rasa syahdu teramat, aruah pergi meninggalkan 7 orang anak yang berusia di antara 16 tahun - 1 tahun. Pilu rasa hati melihatkan  anak-anak ini di sisi jenazah allyarham tanpa ibu mereka...Kak Zan pun hanya mengunjungi pusara aruah  sekembalinya dari umrah dua hari selepas itu.Inilah lingkaran kisah sepuluh tahun lalu...

Kini anak yang bungsu dah berusia 11 tahun...yang dua terakhir 13 tahun......hanya mereka yang layak kerana belum melewati usia 15 tahun ( syarat menerima sumbangan ini). Rasa bertuah bertemu lagi dengan Alia dan Amin...Melayan mereka dan menginfakkan saguhati buat mereka...Walaupun kami jarang jumpa, namun saya terharu kerana anak2 ini masih ingat dan memanggil saya 'ucu'..ini adalah dengan kerelaan mereka sejak 10 tahun lalu....ucu sayang semua ...
Dari khabar ceritanya sekarang:- kak zan masih solo
- along sedang amik master kt upm
- adam(angah) dah kerja di shah alam( graduate uitm)
- acik bakal konvo
- adila uitm
- adibah, alia di sk menengah
- amin  di sk

Syabas kak Zan, seorang ibu yang berjaya mendidik dan melaksanakan tugas sebagai ibu, ayah yang berjaya. Ketabahannya memberi semangat buat anak2...
Teruskan mendoakan kejayaan anak2 yatim ini...

3 comments:

Rozali said...

Salam Ramadhan Ainhany

syabas kak Zan
Al Fatihah untuk suaminya

Wassalam

ainhany said...
This comment has been removed by the author.
ainhany said...

Salam Dato',

Terima kasih ats sokongan moral ini.
Sama2 mendoakan ummh.

Selamat merebut Lailatul Qadar