Thursday, September 2, 2010

mengejar atau merebut

Fasa terakhir Ramadan hampir ke penghujungnya. Bak kata agamawan, kita hanya dipinjamkan Ramadan hanya sebulan utk tahun ini….Teringat kuliah subuh di Masjid Negara di pagi 21 Ramadan…Andai kata ini satu perlawanan, kita di separuh masa kedua…kalau pulun beroleh kemenangan dan begitulah sebaliknya. Inilah detik penentuan dan inilah masa2 cemas yang harus dikejar. Hmm… apa yang dikejar dan menjadi rebutan itu????? Secara total, semua sedia maklum tentang malam al qadaar - malam yang lebih baik dari seribu bulan aka 84 tahun. Malam yang di datangkan malaikat untuk mengangkat doa2 dan bakal dikabulkan. Malam yang amat mencabar untuk beribadat. Maka beruntunglah orang-orang yang mewatakkan siangnya dan menghidupkan malamnya.

Dengan rasa rendah diri dan akui saya terlalu lemah dan banyak kekurangan baik ilmu maupun amal…:( Perkongsian ini adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman KK. Bagi fasa 10 terakhir ini, rata2 masjid yang pernah disinggahi, menjadi tumpuan segelintir manusia yang mencari kenikmatan dalam ibadah. Mereka meninggalkan empuknya tilam dan nikmatnya tidur. Berbantaikan lengan dan bertilamkan sehelai hamparan dan berselimutkan tuala, mereka menggunakan kesempatan beriktikaf. Tidur di masjid yg diserta dengan niat iktikaf tentunya berbeza pahalanya.

Saya akui kelemahan saya, saya tak sampai tahap tersebut….tetapi saya tabik dengan semangat ibu2 ini. Dalam family mereka adalah ibu tetapi di hadapan ALLAH mereka juga sebagai khalifah yang memikul tanggungjawab yang tentunya lebih mencabar. Dalam ruang waktu yang ada mereka masih mampu beriktikaf dan bersedia menunaikan beberapa solat yang dilaksanakan secara jamaah. Bertanya diri sendiri, saya mempunyai ramai sadara, anak2 saudara , rakan2 namun di mana mereka di saat orang berebut2 mengejar lailatul qadar. ...Kenapa bukan mereka di sebelah saya atau di hadapan saya untuk disandarkan..Hakikatnya mereka mempunyai pelbagai jawaban…tidak selesa bangun awal pagi, esok ade kerja, kena stayback kt opis malam nie, tak boleh concentrate dalam jamaah, susahla anak nangis, hati bercelaru bila ramai dan bising dan imam terlalu emosional dan macam2 helah lagi…Ataupun kita berjauhan namun hakikatnya kita masih menyandar pada yang SATU. Mungkin mereka mempunyai time management sendiri mengurus diri dalam beribadah. Saya hanya mampu mengejutkan dan mendoakan kesejahteraaan mereka

Betapa beruntungnya kita di Malaysia, MERDEKA dlm ertikata bebas membuat keputusan. Sekiranya hendak kepada agama, carilah di masjid, nak kepada hiburan carilah di tempat yang sepatutnya dan nak kepelbagaian keperluan carilah di gedung dan nakkan keselesaan carilah di dewan seminar, hotel dsb. Anda mempunyai wang dan kuasa untuk membuat keputusan. Tepuk dada tanyalah iman… mengapa harus mengejar dan merebut?

4 comments:

SiNoMoSa said...

Salam Kak Ain,

Dalam mengejar dan berebut, tetiba sy berasa jiwa sy kosong..terlalu kerdil..sedih mengenangkan kedaifan, kehinaan dan kekurangan diri..huhu sy jadik sedih..sy mencuba untuk mencari yang terbaik namun sy merasakan sy masih dalam golongan yg rugi..huhu itu yg sy rasakan sekadar berkongsi kak..

Rozali said...

Salam 24 Ramadhan, Ain

mari kita berdoa gar keluarga dan zuriat kita mengikut jalan yg lurus, ia itu mengikut ajaran Al Quran dan sunah serta dlm perlindungan Allah senantiasa
amin amin

Wassalam

ainhany said...

salam dik syima,

sama2lah kita bermuhasabah..
samalah kita tampal dan berazam untuk membuat perubahan utk tahun depan..namun sisa waktu yang masih berbaki usah disiakan..Malam nanti malam ke 25...jom masjid KLCC!!

ainhany said...

Salam Dato' Rozali,

salam 24 ramadan

Insyaallah. Muga2 generasi kita adalah mereka yang kental agamanya dan bisa mengiringi hingga ke akhirat..terus dan perbanyakan doa...amin

jazakallah.