Monday, September 27, 2010

Airmata Merbau Sempak

Satu2nya nama tempat yang singgah dalam kamus hidup saya pada hujung minggu lalu- Kg Merbau Sempak . Terletak tak jauh dari Paya Jaras, Sg Buluh menghala ke Kuala Selangor.  Mengambil masa sejam bagi orang yang kurang mahir rentak perjalannnya. Segalanya bermula apabila seorang ex-opis mate yang di jemput ALLAH.

Seperti entry terdahulu, saya  hanya merencanakan utk menziarahinya pada hari Ahad memandangkan banyak tuntutan undangan di hari Sabtu. Namun segala-galanya di luar perencanaan kita..Perginya kak Sharipah, di usia 47 tahun, bersama penyakit yang besarang di paru-parunya( kansel paru-paru). Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Namun sesuatu iktibar yang dikongsikan dari perbualan dengan teman-teman yang mengunjunginya, beliau tak pernah mengeluh apatah lagi menghebahkan penyakitnya kepada sesiapa. Yang pastinya jasad yang terbujur kaku itu bagaikan memberi makna tersendiri buat aruah. AL FATIHAH

Sebagai seorang yang bertanggungjawab menerima dan membuka surat2 jabatan di Unit Pentadbiran BTP, aruah merupakan seorang yang amanah dan amat menepati masa. Lebih banyak berdiam dari berkata-kata kosong dan merupakan seorang ibu penyayang kepada 4 cahaya mata.  Seorang puteri dan 3 putera. Mengikut cerita, putera sulungnya baru seminggu berlepas ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran.Mudah2an ketiadaan ibunya tak mematahkan semangatnya untuk belajar dan mndoakan ibunya.

Saya berkesempatan untuk bersama-sama puterinya membantu memandikan aruah dengan bimbingan mak chik2 yang memang pakar menguruskan fardzu kifayah ini. Beberapa kali saya sela airmata ini daripada berguguran sambil mencurahkan air di kepala aruah manakala anaknya membasuh dan menggosok2 di bahagian kepala. Saya memberinya kesempatan utk menyentuh jenazah ibunya kerana inilah sentuhan kasih,  khidmat  terakhir untuk ibunya...Secara peribadi tersentuh jiwa kecil saya, alangkah bertuahnya aruah mempunyai anak walaupun berusia 14 tahun dan dapat memandikannya di saat akhir dan besediakah saya jika satu hari berlaku perkara yang sama..???

Lain padang lain belalang..inilah yang dapat saya katakan bila sesi mengkafankan jenazah...sesuatu yang baru saya pelajari berbanding dengan stail Pendang dan  kursus2 anjuran JAWI. Walau bagaimana pun tatatertib dan syarat tetap sama cuma berbeza di segi cara penyempurnaan  dan kiraan bilangan lapisan sahaja. Begitu juga cara mengikat kuncup terakhir ada yang buat bunga dan ada yang buat kuntum..Segalanya adalah pengalaman yang dikongsikan.

Ramai saudara maranya dan rakan taulannya yang mengunjunginya sama ada di rumah dan masjid . Terharu rasanya saya bila bertemu dengan rakan2 lama saya di BTP. Biarpun kita telah berpindah-randah tetapi hubungan kita tak putus begitu...Disinilah pertemuan kita.... Bila Rubi 'cry on my shoulder', saya cuba mmberinya semangat untuk meredai perpisahan ini,  Bila Mazian memeluk saya, saya yakinkan dia, masa kita belum pasti dan ALLAH lebih sayang aruah..... dan kami saling ingat mengingati bahawa sekiranya ada kematian, kecelakaan ataupun kegumbiraan moleklah di maklumkan sesama rakan...Muga2 kita saling mendoakan  rakan. Inilah air mata merbau sempak di hujung minggu..
Perjalanan terakhir seorang murabbi

Rumah aruah

Kepada suami, anak-anak aruah serta kaum familynya dari Perak, takziah, bersabar serta redzalah pemergiaannya. Sama-samlah kita sedekahkan doa dan AL fatihah buat almarhumah. Berakhirlah penderitaannya di sini di ganti dengan kebahagiaan menantinya di sana. Insya ALLAH
\
Kepada En Rozali @ atuk,  syima@aling dan  En Aziz Zakaria saya mhn jutaan kemaafan kerana tak berkesempatan menghadiri undangan. Tambahan pula kesesakan yang melampau di sepanjang perjalanan yang ditempuhi.. Memang pada mulanya, agenda saya tersenarai lengkap, tetapi apabila di iringi dengan kematian yang tak di duga ini, segala perencanaan hanya tinggal perencanaan. Mhn diampun segala khilaf dan kecuaian ini .
Jika ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi,
kalu ada umur panjang , boleh kita jumpa lagi..  

TERIMA KASIH

8 comments:

Tihara said...

Takziah, Al-Fatihah..semuga ruh nya dicucuri rahmat Nya.

ainhany said...

salam Tihara,

Terima kasih.
Mudah-mudahan aruah di tempatkan di kalangan para solehin.A

Ummi Humaira said...

salam dik ain...

Al Fatihah .... ameen

takziah buat keluarga arwah...semoga ia ditempatkan bsama org2 di kanan.

ainhany said...

Waalaikumusalam chaq,

Ameen.

InsyaALLAH...inilah yg didambakan oleh semua org mukmin.
Terima Kasih

siti said...

salam...
dulu saya bekerja sebelah arwah...arwah mmg amanah orgnya dari bab menjaga rahsia hingga la bab kerja...anak2 nya semua berjaya dlm pelajaran...sempat la juga bermanja dgn dia...org sebaiknya mudah mudahan di tempatkan di kalangan org beriman...akan berjumpa lagikah saya dgn org sebaiknya~

ainhany said...

waalaikumsalam siti,

InsyaALLAH. Muga segala amalan ibadahnya didunia memberi kebajikan buatnya di sana.

Syukurlah, peluang dan ruang waktu bersama aruah,harusnya diungkit semula,muga tirai2 hasanah boleh diteladani bersama.

insyaALLAH..beazamlah untuk menjadi sebaiknya semuga pulangnya kita kelak tetap dikenangi jua.

Wallahu aklam dan Terima Kasih

aling@jelangkung@syemma said...

salam kak....
xper kak...no hal psl last saturday tu...sy phm situasi akak...

ainhany said...

waalaikumusalam wbkth

Terima kasih duhai adikku syimma..

Hanya ALLAH yang mengetahui situasi itu dan syukurlah di kurniakan sahabat2 yng memahami.

Salam kemaafan jua. Amin