Monday, September 20, 2010

UPSR 2010

UPSR datang lagi....
Perjuangan anak-anak saudara saya pun akan bermula mulai 21-23 September ini.. Ayuh  dengan langkah kanan dan redza restu ibu ayah...langkahlah dengan semangat anak lelaki yang akan berjuang utk satu pertarungan yg hebat. Jika selama ini, komitmen guru dan pengorbanan mereka memperuntukan waktu, masa dan tenaga untuk menyalur dan memberikan ilmu....kini buktikan jasa yang telah guru-guru berikan. Berbanggalah menjadi anak2 murid mereka  dan mohonlah restu dan halal mereka juga..

Selamat Menghadapi UPSR dan Selamat Maju Jaya buat:  
Ibrahim dari SR Islah, Pendang
Shahmi di SK Chini, Phg
Zaid di SK  Tasek Mutiara, PP
Imad di SK kt Kota Damansara , KL

Baca dengan teliti dan jawab elok2..Insya ALLAH kejayaan pasti mngiringi buat org yg telah berusaha. Kepada kakak2 ( kak siti khadijah, k na,k.wan, kak aya )dan abang2 saya ( abang Nasir, a.zul, a.ibrahim dan a. Soleh) teruskan  berdoa, solat hajat dan bacaan yasin semuga anak2 ini dapat menjawab soalan dengan tepat.  Walaupun ini hanya satu peperiksaan yang kecil anggaplah besar dalam family kerana bermula yang kecil inilah akan menjadi lebih cemerlang dan gemilang kelak..Segalanya bermula di rumah dan segalanya bermula dari sokongan family...

SELAMAT MENGHADAPI UPSR
Capaian Target 5A@ terbaik buat diri, family, sekolah dan daerah...
Anda BOLEH jika NAK dan katakan SAYA BOLEH!!!!
Zaid, Ibrahim, Imad dan Shami BOLEHHHHHH!
Doakan kejayaan anak2 kita dan bangsa kita..

4 comments:

مسافر_اسلام said...

Salam kak..kami mendoakan semoga semua pejar-pejar yang akan mengambil peperiksaan ini di permudahkan ketika menjalani ujian. Mendapat keputusan yang cemerlang dan pasti akan berjaya.

w.salam

ainhany said...

salam MI,

Amin
Jazakillah ats doa bersama ini.

Ummi Humaira said...

salam Ain ...

yg kat sekolah KD tu seksyen berapa ek?

mudah2an mereka dpt mjawab dgn tenang

مسافر_اسلام said...

amin...