Thursday, September 2, 2010

Melentur buluh

Menerima undangan dari sebuah rumah kebajikan untuk bersama-sama berbuka dan  menyambut Badar al kubra dan Nuzul Quran tidak disiakan. Pengalaman ini saya kongsikan dengan anak2 saudara saya( di bawah 13 thun) yang kebetulan datang bertamu di rumah saya. Secara peribadi jemputan ini atas tiket FF( free atas sesuatu sebab). Tertarik saya untuk berbuka bersama mereka yang 'istimewa' dan kehadiran kami memang dialu-alukan.

 Gema azan yang di laung oleh salah seorang pelajar tahfiz memecah tembuk kelaparan seharian. Di mulai dengan berbuka air dan kurma serta kuih kemudian didirikan solat maghrib secara jammah.Saya perhatikan ini adalah pengalaman pertama  buat 4 anak2 sedaraku. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak....inilah yang saya motivasikan buat mereka. Jangan mencemarkan majlis dan selepas solat baru kita makan. Syukurlah anak-anakku ini bagaikan mengetahui adab dan sopan. Dua beradik lelaki boleh berdikari dan solat di belakang jamaah lelaki.

Pelbagai juadah dihidangkan dan  menu utama adalah nasi beriani + gulai kawah kambing.  Tetamu jemputan makan secara buffer dan pelajar pula  makan dalam talam. Subhanallah banyaknya nasi dalam talam dan di makan secara jamaah 4-5 orang. Teringat suasana makan dalam talam ini pernah diamalkan semasa kenduri kwin abang saya sekitar tahun 80an dulu. Meriah dan mudah. Apa yang penting dengan makan secara jamaah ini, rasa keakraban  dan ikram sesama diutamakan. Namun kami hanya melihat tertib dan mesranya mereka menikmati juadah tersebut.

Apa yang penting pengajarannyai ialah, saya dapat melihat  dan melayan anak2 sedara saya makan dan bersolat maghrib, isya , terawih dan menghayati forum yang disampaikan. Suasana ini tak dapat dinikmati sekiranya kita berbuka di rumah. Biasanya mereka akan lambat bersolat bila perut telah kenyang.


Pengalaman berbuka di masjid juga saya kongsikan dengan mereka pada hari besok harinya. Secara peribadinya saya terharu dengan segelintir ibu bapa yang membawa anak-anak mereka berbuka dan mendekatkan mereka dengan masjid. Biarpun secara sederhana tetapi saya puas hati bila melihat di antara jamaah yang hadir, adalah waris saya. Melentur buluh biar dari kecil...

Pada malam itu, si kecil, Nadia  bertawaf sakan di masjid WP, Si Shahira pula terpaksa bertindak sebagai pengawal peribadinya manakala  ibunya pula terpaksa  beberapa kali berubah tempat kerana Nadia cuba menarik perhatiannya.  Manakala Shahmi dan Shahir dapat solat dengan tenang di ruang lelaki. Hmm di mana ayahnya....ohh dipendekan cerita ayahnya baru  bertugas nun di Sabah. Terpaksalah ibunya@ kakak saya menguruskan diri dan anak2 di Chini sendirian untuk tempuh yang tertentu sebelum mendapat pertukaran ke sana.  Anak-anak lelakinya tak berpeluang ke  masjid seperti kelaziman. Sekurang-kurangnya pengalaman yang dapat dikongsikan bersama mereka tahun ini ialah berbuka,beribadah dan menikmati more di masjid. Semuga abgZul  juga dapat beribadah dengan sempurna biarpun tanpa family di sisi. Biarpun hubungan jarak jauh family mereka , tapi ALLAH sentiasa  bersama  dan dekat selalu..Semuga segalanya dipermudahkan..

No comments: