Friday, September 17, 2010

teleponku bicara lagi

Setiap ucap yang singgah di teponku amat2 dihargai. Bermulanya sebelum berbuka puasa di penghujung Ramadan, inbox mula disinggahi..Walaupun agak terhad, saya cuba untuk mengabadikan nukilan2, madah2 dan ucap2 ni di sini. Saya mengakui dengan sejujurnya..saya bahagia mmpunyai teman2 yang sering berhubung..walau jauh mana sekalipun kita tetap pernah menjalin silaturahim dan di ingati.

Sekalung ucap terima kasih atas ucapan yang diterima daripada: Norehan, Nurul shaza, eina, Min KK, kak Mastiah, Gilbert, Ezran, BobTVP, Taufique , Angg, Hasni, Azan adawiiyah, Ruby Admin, Ren, Aidah JB, Saba, Suhana IT, Suhana JYM , IHS, En Tamin, Kamal Takaful , Mak Ndak, alya IPG, Dik syun, Dik dah, anak nana, Along Q-den, Qudsia Canada, MKD, Datin Fauziah, En Puadi, Maria MPIK,   En.Azemi dan lain2 lagi


Antara madah berhemah yang mmpunyai makna tersendiri dan berbekas:
Eina ILP berbicara:
Indah tutur kadang mengata
Cantik bahasa kadang berpura, gurau senda kadang terluka
Janji manis kadang terlupa ,
gerak laku kadang mengada
Detik hati kadang berprasangka
Salah dan silap kelemahan manusia
Ampun maaf harap dipinta


Ilham KTPM dan Zul AS mengirimkan:
COretan ini sekadar pengganti diri
Sebening air wudu
Sesuci alquran
Semerdu alunan zikir
Seindah nikmat solat
Setenang hati yang tiada rasa benci dan dendam
Jika tangan tak sempat berjabat
Jika wajah tak sempat bettatap
Bukalah pintu maaf utk utkku zahir dan batin

Yatt menulis:
Pasti ada yg terguris , Pasti ada yg terkilan
Mhn maaf zahir bathin

NMK menulis:
Ya allah seketika di akhir Ramadan ni, insya allah muncul lebaran baru yg ceria KAU muliakanlah dan sayangilah penerima ini,berkatilah keluarganya, sihatkanlah tubuhnya, limpahkanlah rezekinya, jauhilah dirinya dari fitnah penganiayaan dan penghinaan, suburkanlah benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta takwa tanpa alasan. Makbulkanlah cita2nya. Amin

Pn Rosna menulis:
Semuga ibadah Ramadan diterima allah, syawal mengembalikan kpda fitrah.
Salam eidulfitr

Maliza menulis:
Gema takbir memuji ilahi
Petanda bermula aidil fitri
sms dikirim pengganti diri. Bukan nak lupa adat tradisi
Tapi ikut teknologi hujung jari salam raya aidil fitri

Adawiyah melayangkan:
biar kulit segelap almond london
asalkan hati sesuci kuit bangkit
biar iman segental dodol, jgn senipis tempeyek
biar jiwa selembut bahulu, asalkan akhlak secantik biskut dahlia
senyumlah semanis wajik agar raya anda penuh bermakna
SHR . Maaf dzahir bathin

am@ku menitipkan:
adat manusia tak sempurna, tersilap kata terlanjur bahasa,
salam dihulur maaf dipinta, hubungn terjalin bertambah mesra

Amin.Ya ALLAH
Semuga ALLAH membalas segala kebaikan dari setiap tinta, setiap sen dan setiap ingatan yang tersirat dan tersurat yng diterima. Tiada yang lebih bermakna daripada makhluk bernyawa ini melainkan keampunan dan kemaafan yang berterusan dipohoni...semuga urusan semasa manusia akan memudahkan urusan di akhirat nanti. Kepada rakan FB, rakan blog, saya juga  mengambil kesempatan ini juga memohon ampun maaf, dzahir dan bathin atas segala kesilapan, kekhilafan, keterlanjuran ataupun apa2 yang sewaktu dengannya dalam kita melayari sebuah kembara kehidupan ini. Andai ini satu kelemahan saya terima dan berniat merubahnya. Bantulah saya untuk saya menjadi insan yang lebih tahu menghargai dan menghOrmati hak2 yang sepatutnya. Pandulah saya dan tunjukilah kebaikan semuga laluan di tempuhi membawa kebaikan di dunia dan akhirat.
Andai ada SMS tak terjwab, telepon tak terangkat saya mohon ampun dan terimalah salam kemaafan ini.

wallahuaklam

8 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ain

moga ukhwah berkekalan

Wassalam

Atikah said...

Salam kak,

Selamat hari raya... maaf zahir dan batin...

ahmad humairi said...

salam,

madah yang sangat indah, tiada helah! boleh saja kita kongsikan bersama.

Anonymous said...

Salam...terima ksh krn abadikan nama dn sms raya sya dlm blog ain hanny..wpun sms tu sya copy dr org lain tp brmaksud d hati, ikhlas bererti....salam rindu salam sayang..chesu_2004

ainhany said...

Salam Syawal Dato'

InsyaALLAH ukhuwah fid deen kan direstui dan berterusan...amin
terima kasih ALLAH

ainhany said...

Salam Dik Tiqah

Semuga sehat dan sudi2la singgah lagi

Sama2 la dik..kak ain pun ucap salam kemaafan di aidil fitr nie..

ainhany said...

salam sdra ahmad,

salam ukhuwah
betui tu..dari dipadam oleh keadaan baik di abadi dalam perkongsian.

terimakasih

ainhany said...

salam dik,

Amboi cuti panjang nooooo..Muga sembuh dan kembali bertugas nnti.

Tak pe maliza..wlaupun copy, itu sebahagian dari sebaran pahala dan luahan rasa yg dikongsikan..Sekurang2nya kita zahirkan perasaan kita. Iyelaa nak harap ibadah lum tentu compom syuga...kot2 hampas je..huhuu

terimakasih ya