Thursday, September 30, 2010

Menganyam kelmarin

hmm mcm sensasi tajuknya...sekadar menganyam kelmarin yang ditinggalkan, agarnya ianya mnjadi untaian memori indah dalam hidup KK..."Makan bukan agenda" itulah prinsip saya bagi memenuhi tuntutan undangan rumah terbuka.  Jika ikut kehendak dan selera makan, memang nafsu menguasai diri bak kata pepatah ikut hati mati, ikut nafsu lesu.  Pengalaman  KK ini merupakan satu perkongsian dan catatan buat diri juga.

Pi mai pi mai dok tang tu...Kebanyakan menu yang disediakan adalah bersumberkan dari ayam. Sate ayam, nasi ayam, soto ayam, rendang ayam dan sebagainya. Telah di taqdirkan, saya adalah spesis yang tak sanggup makan binatang berkaki dua apatah lagi binatang yang kecil kudratnya seperti ayam, burung, itek dsb. Dirinya dilapah, pahanya di siat2, dadanya dpatah2kan dan dagingnya di ratah-ratah. Ohh pilunya saya pada binatang2 ini bila menjadi menu kepada omnivor @ maserba( istilah sains kuno) seperti manusia ini.

Namun bagi meraikan tuan rumah, saya memilih makanan selain dari berasaskan ayam. Menjamah apa yang tekak boleh terima dan sebolehnya saya cuba menyembunyikan rasa lapar. Pelik tapi benar, tapi inilah hakikatnya, bagi mengalas perut dalam perjalanan meredah kesesakan, akhirnya Mr Kebab BMI menjadi santapan tengahari. Dari angan2 menjadi kenyataan.

Menyusuri Kepung, konvoi 3 kereta yang bertolak dari BMI meluncur dalam kesesakan ke Lundang.Sg Buluh. Destinasi ulung buat d'va namun tidak bagi dik Wanie dan kawan-kawannya. Dia merangkap chief D'mision untuk konvoi kami hari itu. Dalam perjalanan tersebut, kami menyusuri Tasik Biru Kundang, namun hujan terus mengiringi. Saya sekadar menjadi saksi indahnya anugerah ALLAH, cantiknya pembikinan ALLAH atas alam yang diciptakan ini. Subhanallah.
 Menyaksikan keindahan Tasik Biru Kundang disebalik cermin kereta  

Singgahan dan destinasi di tuju adalah rumah adik Syidah. Pertemuan kami segalanya bermula apabila mereka (syida dan wanie) membuat latihan amali di pejabat saya dan seterusnya kami menjadi semakin rapat dan mesra. Kami di sambut dengan ramah mesra oleh syida dan ibunya. Tersedia sudah hidangan  menanti  di sudut rumahnya. Menu disediakan nasi himpit dan  bihun soto yang panas2. Di satu sudut yang lain, aneka kueh raya, kerepek bawang JB, dan buah dukOng pula menjadi habuan tetamu. Menikmati sambil beramah mesra itulah hikmahlah kunjungan kita ..Terima kasih atas hidangan ini.

Gambaran keceriaan yang dapat dikongsikan.
Masa mengadap hidangan, lupa pulak nak rakamkan.

Terharu melihat bonda syida yang amat baik lagi santun bahasanya. Terasa waktu begitu cepat berlalu dan mencemburui pertemuan itu.  Bertuahnya syida dan adik beradiknya, membesar dalam kasih sayang dan ketaqwaan . Model bainati jannahti ciptaan ibu dan ayahnya menyusuri sunnah berumah tangga. ALhamdulillah ciri2 ini wajar ada dalam seluruh isi rumah kerana bermula dari rumahlah anak2 di bentuk  untuk menjadikan ibu ayah mereka sebagai ikon . Sebelum pulang, kami dibekalkan pulak dengan kek lembab, air tangan syida dan ibunya. Dalam malu-malu kucing, saya menerimanya dengan penuh rasa menghargai. Hanya ALLAH jua yg mmbalas dan melimpah ruahkan rezeki buat keluarganya atas ketulusan di berikan dan menerima kunjungan kami. Bagi pihak diri saya, wanie, jannah, misha..terima kasih yang mampu di ungkapkan.

inilah rumah syida..cantik dan mendamaikan..
Beri laluan, chief nak reverse turbonya. Kan wanie kan...
Terima Kasih syida & family, wanie, masha@misha dan Jannah yang menceriakan  hujung minggu KK.
Dalam kekangan waktu yang ada itu, sms daripada kakak angkat saya di Pandan diterima. Saya harus bersama-sama anak2 saudara saya untuk majlis tahlil dan aidil fitr. Majlis tahlil dipimpin oleh anak lelakinya, Adam.  Bertuahnya aruah abg Nordin dan kak Robizan,anak keduanya@angah dah boleh memimpin dan menjadi amir serta imam. Inilah hikmahnya memberikan pendidikan agama secara langsung di SMKA.  Sebahagian amalan untuk diri dan sebahagian lagi untuk memimpin.

 Yang berketayap putih itulah Adam@angah, merangkap pembaca doa dan wakil tuan rumah.
Along pulak mengurus, memasak dan memantau hidangan yang disediakan..Senyum sikit along!
Adik-adik yang lain punya tanggungjawab masing2 cuma ucu yang tak tau
           Pengarah/Penerbit eskekutiF : Puan Robizan

Menu yang disediakan oleh Along n d'geng, nasi himpit, spageti, lemang, rendang daging, nasi ayam,dan bihun soto menjadi "tiptop" dan laris  di luar jangkaan. Rasanya tetamu yang hadir  kurang atau lebih dari 100 orang yang kebanyakan adalah rakan2 sekolah mereka. Apa yang dpat saya kongsikan, inilah gambaran kehidupan anak2 yatim yang masih ceria biarpun hanya seketika bersama ayahanda tercinta mereka. Menerusi suara hati along dalam blognya saya begitu simpati...Namun ALLAH lebih sayangi ayahmu nak.AL FATEHAH

Anak-anak ini,  along, angah, acik.diba( tak ade tika ini), dilla, ally dan amin sangat baik dan berbudi bahasa. Walau sesibuk mana mereka melayan rakan-rakan mereka, mereka tetap masih mampu menghormati dan menghargai kehadiran saya.  Secara peribadi, ucu juga amat menghargai senyuman, kasih sayang dan ketulusan yang di tunjukan. Terima kasih duhai anak2 saudaraku

Along  masih mengejar cita-cita menggenggam segulung sarjana . Angah lepasan UITM, telah bekerja manakala acik yang semakin ayu baru bekerja dengan company yang membanggakan. Betapa anak-anak ni tekun dan  berjaya dalam bidang yang diceburi.  Dengan nilai mata CGPA 3.96. Acik juga bakal menerima sekalung diplomanya dlam majlis  konvonya nanti. Ucu ucapkan Tahniah dan sdg fikir untuk menghadiri majlis mu kelak.  Kini cabaran berbaki buat Adiba di uitm , Dilla dan Ally di sekolah menengah manakala Amin di sekolah kebangsaan. Ucu yakin kejayaan bakal menyusul dengan kerajinan, usaha dan doa serta restu ibu ayah. Insya ALLAH.

Hikmahnya majlis ini diadakan selain majlis tahlil memperingati 10 tahun aruah En.Nordin meninggal, kak Robizan juga  dapat mengenali teman2 kepada anak-anak remajanya. Anak-anak yang hadir juga begitu bersopan dan tahu menghormati sesama sendiri. Namun bukan mudah untuk kita menilai mereka kerana remaja adalah zaman yang penuh cabaran,Tambahan pula berada di tengah kotaraya . Hanya keimanan, disiplin, kasih sayang  dan rasa tanggungjawab yang mampu menundukan nafsu dan menghargai pengorbanan ibu ayahnya
Layannn....bukan untuk di gosip

gerenti sedap!!!


Sebelum pulang, ucu dibekalkan dengan mangga yang berjuntai di laman rumah hasil buah tangan almarhum ayah mereka En Nordin. SUBHANALLAH nikmatnya  anugerah ALLAH ini. TERIMA KASIH .Mudah2an ALLAH mngizinkan pertemuan kita lagi dan diberkati kehidupan.
Mohon dihalalkan segala2nya.....

wallahuaklam

12 comments:

sahromnasrudin said...

salam ziarah..meriahnya..boleh dikongsi tak kemeriahan ini???

Rozali said...

Assalamualaikum Ain

Alhamdulillah
menyempurnakan jemputan kawan
tentu kawan dan keluarganya senang sekali menerima tetamu

Wassalam

rezeki said...

salam ain

alhamdulillah

masih seronok berhari raya

rezeki jangan ditolak

ainhany said...

salam sahrom,

Nak join ke? Boleh.2 :) Tapi itu cerita kelmarin la...Kena tunggu esok dan producer baru pulak.

Alhamdulillah dan InsyaALLAH,menggembirakan org juga agenda hdup kita bersama..AMIN

ainhany said...

Waalaikumusalam wbkth Dato',

Terima Kasih sudi mengundang tempuhari.

Saya mmbayangkan kekecewaan di raut muka tuan rumah apakala undangan tak dipenuhi..Namun saya tak daya melawan takdir yng tercipta..Yang mampu ,salam kemaafan, mungkin ada hikmahnya disebalik itu.

Allhamdulillah, saya menghargai ukhuwah yang telah terjalin. Muga ALLAH jua ampuni saya. Amin

ainhany said...

waalaikumusalam pak itam,


hmmm memenuhi tuntutan je..
insyaALLAH rezeki2 bertuah nama rezeki ni :)

Anonymous said...

the valuable content u presented do help the research for our group, thanks.

- Lucas

ainhany said...

Salam Lucas,

really??
Alhamdulillah.
Good sound and gOOd luck.
Send my regard to your group.
wassalam

Kakzakie said...

Salam Ain,

Kakak memang seronok melayari dari satu blog ke satu blog lihat bagaimana pengisian Hari Raya diraikan. Alhamdulillah moga pengisian ziarah membawa keberkatan dan mengerat silaturrahim.

ainhany said...

waalaikumusalam wbkth kak zakie

salam ukhuwah & salam PDKM
Terimakasih sudi singgah dan meninggalkan jejak di teratak nie.

InsyaALLAH, muga ALLAH mmberkati dan merahmati kunjungan kita dan tuan rumah.

Indahnya rumah terbuka..
nikmatnya bersaudara..
makan apa yang disedia
kenyang bukan agenda kita

Amin

namza said...

SALAM ZIARAH DAN SALAM UKHUWAH.. SAYA AMAT TERTARIK DEMGAN ANDA.. BLEH KE SAYA INGIN MENGENALI ANDA DENGAN LEBIH DEKAT.. CONTACT SAYA YA.. 0127658815 ATAU EMAIL namzaman00@yahoo.com.my

ainhany said...

salam namza,

Salam ukhuwah
Terima kasih sudi singgah.n Sekiranya ada kekurangan mhn dimaafi dan sebarang teguran amt dalu-alukn..
wallahuaklam