Sunday, March 7, 2010

semakin sayang


“kau tahu niey, pakchik ni beranak cucupun tak penah tukar pampes….tapi kali ni upanya pak chik kena ganti pamper mak chik kau”.  Beritahu pak chik man, jiran rumah saya secara jenaka ketika saya menziarahi katil  wad 23, tgkt 5 hospital KL.  Sudah 3 minggu isterinya yakni mak chik Pun, tak berselera makan dan memerlukan drip sbg punca tenaganya. Kakinya pula tak mampu menampung saiz badannya yg agak besar. Sehingga kini pihak hospital belum mengenalpasti sakitnya secara khusus.

Kesetiaan suaminya yg mesra saya kagumi. Hampir setiap waktu beliau setia di sana, hatta bila mak chik memerlukan bantuan ke bilik air pun, pak cik yg dihubunginya. Kesian juga padanya kerana beberapa kali di marahi kerana waktu melawat utk lelaki yg terhad. Nikmatnya berumahtangga bila susah senang bersama dan saling mnghargai. Sesuatu yng hanya dimiliki oleh pasangan ibu ayah ialah mereka sebolehnya mahu berdikari dan tak mahu menyusahkan anak-menantu. 

Saya renungi wajah tua mak chik pun menerusi anak matanya. Mak chik perasan dan mengalihkan pandanganya ke arah lain.  Mungkinkah mak chik menggenggam perasaan sayu berbaur kecewa bila di saat begini, anak2 memberikan komitmen pada keluarga masing-masing berbanding dirinya. Saya bertanya pada diri sendiri….andainya yang sakit itu ibuku….dimana diriku di saat ni..
Ya ALLAH berilah nikmat kesihatan kepada emakku, ampunilah dosanya, sempurnakanlah amal ibadahnya dan himpunkan rahmat kasih sayang kami kepada emak yng dahagakan belaian kasih dan bisikan rindu. Kesian mak setelah 63 tahun hidup setia bersama ayah, kini yg tinggal hnya cerita dan warna kenangan..Kalau saya rindui ayah..pasinya emak lebih2 lagi..  Wahai Tuhanku, kasihanilah kedua ibu bapaku sepertimana mereka mengasihani kami dan mmbesarkan kami….

Melihat dan  mengunjungi hospital, mmbawa keinsafan buat diri seketika. Betapa nikmatnya harga sihat berbanding dengan penghuni rumah sakit. Kebetulan kunjungan saya disambut dgn kematian seorang  mak cik yang berada di ruang yg sama. Saya memerhati lagi, betapa sabarnya anak2 allahyarhamah merenung , membelai2dan mengucup dahi aruah tanpa ada yg menangis. Terharunya saya, betapa mereka dibekalkan dengan sifat sabar dikala mengadap org yg pergi tak kembali.

Bersebelahan katil mak chik, jururawat sedang mmbersih dan mmbalut bekas potongan pesakit kencing manis. Masya ALLAH betapa pesakit ini  bersabar atas penanggungannya yg melebihi 14 tahun. Kedua kakinya telah dikembalikan kepada empunya hingga paras lutut.  Gerak hati ingin bersalam namun terasa ngeri bila melihat kuku2nya kehitaman.  Betapa dia diuji namun masih tega utk berubat dan bersemangat utk hidup. Redzalah duhai mak chik, hari ini ujianmu adalah utk meringankan bebananmu disana..

Seorang adik yg mundar mandir tpi berwajah ceria tetapi obesity pula mengalami asma. Walaupun  dia masih muda berbanding susuk tubuhnya namun telah mengidapi kesakitan itu. Bersebelahnya katilnya baru saja dihuni seorng wanita india yg juga mnderita kencing manis.  Dia melucutkan headsetnya dan melayan ‘untie’ tu. Semasa doctor membuat kaji selidik pada patient tersebut, doctor memaklumkan pada adik itu juga, di kaki untie nie sudah ada ulat. Ohhh berkerut dahi saya dan kami tertentang mata…Ohhh siapalah saya utk berkerut dahi bgini…astafirullahal azim.

Di ruang yg sama juga, terlentang seorng wanita yg seusia arwah ayah anggaran saya. Wajah tuanya nmpak bersinar walaupn tangannya didrib. Seorang lelaki melayannya dengan bermain2 tasbih yg merantai tangan mak cik ini. Dalam diam, jarinya menggerakan tasbih dan pastinya hatinya turut berzikir. Sesekali lelaki itu mengucup dan membisikan sesuatu di teling ibu ini. Di katilnya juga ada beberapa ank cucunya mengelilinginya… Berbahagialah ibu ini, org2 tersayang menemani dan mengingatkannya pada ALLAH. Bersediakah saya berpindah ke alam lain andainya yang terbaring adalah diriku..

Tafakur saya tentang diri, apakala kesakitan menjengah diriku, siapakah yang setia menemaniku. Diriku hanya musafir kehidupan…wajarkah daku membuat tempahan dan wasiat supaya segala rawatan terhadap diriku hanya di Kedah. Di sini bukan untuk saya dan saya tak mampu … Ohh betapa daku berfikir diluar jangkauan..saya menarik nafas dalam2- menghembus dalam kiraan 10,17, 20 menerusi hidung…Memerhati kaki, tanganku….hari ini saya memiliki anggota ini tetapi adakah saya menggunakannya sebaiknya. Apakah kesaksian anggota ini dihadapan ALLAH …Ya ALLAH leraikan kekusutan hatiku dan gantikan dengan ringan utk berbuat kebajikan. Berilah petunjuk dan hidayah berterusan semua penghuni dunia ini.  Syukur betapa rahmatnya nikmat sihat, bebas menyedut udara segar dan mampu bergerak ke sana kemari.

Semuga ALLAH memberi dunia baru buat penghuni HKL yg saya lawati. Sembuhilah mereka yg sedang menderita kesakitan terpaksa, berjauhan dgn tersayang, dan memerlukan pengorbanan semua.  Bekalkan kesabaran dan kekalkan keimanan mereka.  Hargailah yg dimiliki hari ini kerana belum tentu ia kekal milik kita selamanya. Doakan kebaikan buat semua..

Bersabarlah mak chik Pun jiranku,
ALLAH tahu tahap kemampuanmu
Semuga dirimu sembuh dan dapat masakkan asam pedas Melaka lagi.
Masakan mak chik mgg best dan terimakasih kerana menjadi mata2 ku..
Betapa mak chik akan tercari2 ku andai lampu rumahku tak bercahaya
Prihatinnya mereka terhadapku.
Terimakasih ALLAH



2 comments:

umiazuddin said...

Salam Ain,

Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan pakcik Man untuk menjaga isteri tercinta dan semoga makcik Pun beransur pulih hendaknya. Amin.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Apabila melihat keadaan ayah kak chiq yang sedang uzur sekarang ni, kekadang kak chiq pun terfikir juga bagaimanalah agaknya nasib kak chiq kiranya diduga dengan keadaan sebegitu...aduss takutnya... seboleh-bolehnya, tak mau la menyusah bonda mahupun adik-beradik lain... :(

Engkaulah sahaja Ya Allah yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

VpeaceV

ainhany said...

wslm kak chik,

InsyaALLAH, kita jgn putus harap utk berdoa dan berdoa utk semua.Semuga mereka juga mndoakan kita.terimkasih atas simpati ini:)

Ini baru'nurse'sejati,yg sdg berkhdmat. Kak chiq bela ayah???sakit aper? kat mana? Subhanallah, Allah sdang melebarkan syp phalanya buat kak chiq..Byk2 besabar dan layanilah ayah..Ain rindu pnggilan itu..huhu

Semuga kebaikan dan kasih syng kita utk org sekeliling membantu kita satu hari nnti. muga ALLAH permudahkan urusan kita

amin- ya robb