Mengingati kembali kisah nabi Muhammad s,aw tatkala bangun qiyamullail, Nabi akan melihat, merenung ke langit seketika sebagai simbolik rasa rendah diri dalam menghancurkan rasa takabbur dan merasai kebesaran ALLAH. Betapa DIA menguasai dan berhak memberi dan mengambil sesuatu tanpa izin sesiapa. Segalanya hakmilik kekal ALLAH. Tetapi sejauh mana kita merenung ‘flash back’ kehidupan kita. Apakah hari ini lebih dari semalam yg ditinggalkan..fikir2kan
Kita perlu sentiasa bersedia untuk diuji dan jangan lupa asal usul. Menerima ujian dengan redza sambil bermuhasabah dan berzikir serta beristifar. Inilah antara intipati kuliah bulanan Ustaz Saiful Islam dalam membicarakan tentang akidah di sebuah masjid di Ampang. Lazimnya kuliah dihadiri oleh ramai jemaah dari pelbagai golongan dan bentuk penyampaiannya banyak disulami contoh dan pengalaman hidup. Semuga ustaz terus menyebarkan dakwah bagi meneruskan kesinambungan addin.
Foto: gambaran dinasour yg keujudannya satu ketika dulu digeruni kini hanya menjadi fantasi dan animasi. Bersediakah kita andai ia hadir kembali…

Gambaran virtual dulu, kini manjadi mainan cuma..

No comments:
Post a Comment