Sunday, March 21, 2010

pertemuan itu...

Secara kebetulan saya disapa seorang kwn dari pejabat lama. Lazimnya,ketika di pejabat, dia berpakaian kemas lengkap bertali leher dan berkemeja tetapi hari ini cuma berseluar jeans dan baju T. Pakaian santai dengan penampilan yg lain dari biasa mengejutkan saya seketika. Sudah hampir setahun setengah kami tak bertemu sedangkan hakikatnya kami masih berada di bandaraya yang sama.

Bermulalah penceritaan tentang gerai BTP yg terpinggir di celah pintu masuk tingkat 3, PWTC. Yang dapat saya kongsikan, BTP seperti hambar dan pudar. Satu2nya bahagian KPM yg dulunya lebih sinonim dengan TVPendidikan, anugerah NILAM dan beberapa event besar yg melibatkan pendidikan termasuklah Pesta buku, PIPP dan lain-lain lagi kini semakin malap. Menerusi media websitenya tersendiri, orgramai memperolehi info namun sejauhmanakah keberkesanannya????

Kebetulan juga, kami berkongsi masalah perumahan terbengkalai dari pemaju perumahan yg sama. Pelbagai kerenah dan mehnah dari pemaju dirasai dan menerusinya, saya menyertai komuniti PJ di laman web. Bersyukurlah kini rumah tersebut telah siap dan boleh diduduki walaupun tanpa sebarang bayaran pampasan atas kelewatan dan kecuaian mereka. Namun berbeza dengan kawan saya ini, rumahnya masih belum berstatus walaupun potongan pinjaman berterusan sejak 4 tahun lalu. Bersabarlah YM Raja, mudah-mudahan dapat rumah yg lebih baik atas kesetiaan menanti. Kini mengertilah saya makna kesyukuran, ALLAH membebani seseorang itu mngikut kemampuannya dan selayaknya saya menjadi manusia yg bersyukur.


Seusai solat maghrib pula, ketika memasuki pintu masuk PWTC, sapaan salam sayup kedengaran dari belakang. Wajah manis dua puteri ayu bertag petugas dgn berbaju T biru memang membuatkan saya terkedu. Subhanallah. Ti ke nie???.Rupa-rupanya di surau tadi, “adik” saya dan temannya juga berada di sana. Salam bersambut, tangan dihulur, “adik” mencium tanganku, saya cium pipi kiri kanannya.. cu pun rindu ti (mungkin kerana kejutan ini, tindakan luar sedar saya membenarkan dia mencium tangan saya yg banyak dosa ini)

Betapa ALLAH mentakdirkan sesuatu utk sesuatu pertemuan yg lain. Saya mengetahui dia sedang bertugas dan tak berminat utk mengganggunya. Tetapi mmg saya berazam menemuinya sebelum berakhirnya pesta buku kelak. Tetapi gerak hatinya mengatasi perancangan saya dan diizinkan ALLAH pertemuan ini. Rajuknya di rawat, terubat sudah kerinduan dan indahnya pertemuan hari ini

Pertemuan ini juga menemukan saya dengan kawan-kawannya, team editor dan family alaf21 umumnya. Betapa cerianya yatt( ohh namamu kini macam artis ya) menunjukkan buku2 agama yang telah disuntingnya. Mulai dari buku pertamanya bersama ustaz zaharuddin, Petunjuk jln lurus -ustaz emran dan lain2 lagi sehinggalah yg bakal diterbitkan buku karya tersohor SN Dato'Shahnon Ahmad (masih diingat Ranjau Sepanjang Jln-Banggul Derdap with love). Betapa yati beruntung dan terlibat secara langsung menyebarkan dakwah menerusi setiap ayat yg disuntingnya. Walaupun usianya masih muda tetapi dan ilmu yang dimiliki, ditakluki dan dikuasai adalah tinggi berbanding diri saya yang sudah semakin dimamah usia. Semuga atie, ti, yatt, yati, ismi walau apapun gelaran namamu, jadilah jati dirimu Berjaya mengharungi segala cabaran dan mengutip sebanyak mungkin pengalaman utk mndewasakn mu. Jika hari ini gugur airmatamu kerana kecelaruan tpi besok mengalir air matamu kerana kegemilangan. Muga anak baik ini berpeluang sbg editor tersohor dan apapun kerjaya pilihannya dia memang hebat. Nak tahu nama dia kenalah cari/beli buku ilmiah(agama) di rak karangraf…

Kerana pertemuan itu juga saya berkesempatan berjumpa dengan Yb Izzah..wanita reform yg ceria seperti dulu..alangkah indahnya pertemuan hari ni..Muga semangat dan visi perjuangan kita berterusan.

p/s : laa baru perasan buku PLJ hilang juga  .
gara2 camera buat hal, foto bersama yb juga terdelete...hihi..think positive

5 comments:

mama ju, said...

salam anakanda

Seronokkan ada pesta macam ni...beli byk ke? Mama nak ke sana lagi..tak puas....mungkin boleh jumpa anakanda?

ainhany said...

salam mamaju

yelaa..x puas2..kalau ain keje sana alangkah best kan..tu laar pas survey nak buat budget pulak..doakan

BUJANG SUSAH said...

insyaAllah

U said...

Salaam Ain,

Jelesnya kak chiq pada warga KL minggu ni (hari-hari lain tak jeles pun kat depa...hik)
Hari sabtu baru ni kakak ajak turun KL pi Pesta Buku, kak chiq ada kerja la pulak...melepas lagi...huhu.. :(


pssstt Ain, betul ke ada peraduan terjemahan tu? Anjuran siapa? Rasa teruja la pulak!!


VpeaceV

ainhany said...

salam
BS- bgus2:mai ceq mai..

kak chiq:alaaa turunlaaa..nnti ceq pi survey lagi..yg ingt contest tu kat booth bertentang dngn booth utusan(pintumasuk pestabuku tkt3,.-) takde aral ceq singgah ambil info nnti..doa plz