Thursday, March 18, 2010

menanam saham

“Harta kita ialah apa yg kita dah makan seharian, apa yg kita pakai sehingga lusuh dan apa yang kita sedekahkan.”.

Bermuhasabah saya seketika. B’fast dan lunch tadi saya makan bersama sahabat2. Apakah ini harta yg dimiliki, yang bakal meringankan timbangan ku kelak bernilai 3 biji roti canai dan beberapa pinggan nasi di sebuah warung pilihan ramai. Ohh betapa saya terlena dengan limpahan rezeki yg diberi ALLAH selama ini. Apakah makna keselesaan dan fasiliti dunia yang dimiliki jika tak membantu di akhirat kelak.….Impikasi makan amat berpengaruh kepada jasad dan roh. Makanan yg halallaltoiyibban bukan saja menyenyangkan bahkan membentuk darah daging dan keperibadian seseorang. Semuga kita menjadi lebih teliti dan peka dengan apa yg dimakan.

Merenung baju-baju di almari.. Betapa lusuhnya jubah rasullullah berbanding sebeban baju yg dimiliki yang tak sempat pudar. Betapa ia bukanlah harta saya kelak,pabila roh meninggalkan jasad, pakaian dan harta dunia… terserahlah kepada mereka menguruskannya…Segala harta sama ada disayangi atau tidak, dipamer atau disimpan, diguna atau dihias segalanya akan ditinggalkan dan dipersoalkan. Subhanallah.

Yang hakiki milik kita ialah apa yg telah disedekahkan. Sedekah yg merupakan pintu kebaikan juga boleh diibaratkan umpama penuras yg mengasing wang perolehan dan pendapatan daripada unsur haram dan syubhat. Rahmatnya sedekah ini, penderma akan di doakan malaikat supaya digantikan harta yg luak kerana sedekahnya itu. Ayuh bermurah hatilah kita untuk bersedekah selagi ada orang yang menerimanya.

Betapa tazkirah pendek ini terpana diri sendiri…nak dapat doa makbul kena jaga makan, barulah berkembang biak anak2 yg soleh yang akan mndoakan. Doa makbul makanan  halal- bentuk anak soleh.

Bersedekah juga merupakan penawar penyakit jasmani. Cuba kita 'flashback', bilakah kali terakhir kita bersedekah dan mmbuat "uptodate top-up" akhirat dan janganlah kita menjadi manusia yg rugi. Masih belum terlewat untuk menanam saham akhirat… wallahuaklam

sumber : tazkirah magrib di masjid keramat

4 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam ainhany,

kak nab baru dengar tazkirah ini di surau kami. terkesan! terima kasih kerana letakkan entri ni, boleh akak renungi lagi.

~aSHa~ said...

tadi pun ada customer dobi saya menanam saham dgn cara lain...

bila dia ternampak ada sejadah2 byk yang dihantar oleh satu surau, terus dia hulurkan rm10 nak bayarkan kos cuci sejadah2 tu...

pekerja saya ambil...tapi kami bagi kepada surau tu...sbb kami pun bagi FOC kat surau tu...

ainhany said...

salam kak zainab

iye ke???sama2lah kita kongsikan ilmu..yang kurang boleh ditokok tambah...semuga kita mnjadi hamba yg suka pada ilmu.

ainhany said...

salam asha

alhamdulilahhhh...mudahnya tanam saham ye...katakan ya dan terus hulur..nak buat kebajikan kena segera rupanya....

semuga aminnya malaikat beserta kebajikan berteusan