Rupanya tarikh ulangtahun kelahiran abg saya ialah pada 8 februari. Mgg saya akui kecuaian ini. Sesuatu yg best tentang abg saya ni pada minggu harijadinya, dia akan call dan kami borak panjang sebb mnggunakan panggilan percuma celcom . Terimakasih juga kpda celcom meraikan kelahiran seseorang, pencetus perhubungan dan pengikat kasih sayang
Saya amat menghargai kehadiran abang merangkap ketua keluarga saya kini. Walaupn abg ank keduatetapi merupakan anak sulung lelaki dari family kami yg sebelas org. Seorang anak, abg , bapa saudara, suami dan ayah kepada 3 org anak yg berjaya.
Kini abg turut menjaga emak di kg. Seusai subuh di masjid, pastinya di kunjungi rumah emak bersama sarapan pagi. Walaupun mak mampu menyediakan sendiri, tetapi pemberian abang tetap diraikan. Kadang mak mnjamah dan kadang2 menjadi rezeki anak2 saudara yg lain selpas pulang sekolah nanti.
Selepas ketiadaan ayah, saya akui abg mat begitu mengambil berat tentang keluarga kami. Semasa adik dan kakak saya menunaikan ibadah haji 2009, abg sering bertanya khabar mereka hampir setiap hari dan info itu akan dikongsikan degn adik2 yang lain juga. Begitu juga sekiranya saya memandu kereta dlm perjlnan dari/ke KL-Pendang , hampir setiap jam dia akan memantau saya (sebenarnya abg risau keselamatan saya selagi saya belum sampai ke destinasi). Betapa abg mengambil tugas ayah memastikan keselamatan adik2nya. Terimakasih ALLAH.Pesanan buat anak2 saudaraku: Hargailah kehadiran 'ayah' dan panggillah sepuasnya selagi bersama kita.
Munajat saya pada ya ROBB, berikan rahmat dan kasih sayang yg berterusan buat abg Mat , peliharalah amal ibadatnya dan berikanlah nikmat kesihatan, kebahagiaan dan ketenangan buatnya. Abang sesungguhnya dirimu amat bermakna dan ketegasanmu mmbuatkan kami akur dan kasih sayangmu mmbuatkan kami menghormatimu. Ya ALLAH, ganjarilah pahala atas setiap kebajikan abg dan berkatilah kehidupannya. Betapa saya bahagia mempunyai abg dan saya sayang abg.

5 comments:
tq chu...
terimakasih ingatkan ..love U2
Salam...terharu membaca N3 kali ini. Sama2 la kita mendoakan kesejahteraan abg dah ayah yang tercinta.
Salam.
so besday ayah sama ngan adam miqdad la ya...
Jazakallah MI,
Muga dikabulkan harapan kita.
AMIN
awat laa ceq silap nie..:(
chu pun bru perasan tarikh sama dgn abd rahman adam bukan yusuf mirdad( hai ceq dah join nama 2sepupula pulak)
Post a Comment