Thursday, March 11, 2010

nur ku sayang

SMS 1 : Nur sedih sgt kerana ada budak tu teruk lagi drpa nur

SMS 2 : Mcmnie, afiq melawak dgn fadli kwn abg zaid. Dia sja jer tolak fazli….pastu Fazli nak terjatuh fazli terus pegang besi… fadli geram fadli terus tolak afq sofian…dan afiq jatuh tergolek kat tangga. tulang belakang dia patah., kaki dia patah dan doctor kata kemungkinan dia kan lumpuh…

ALLAH AKHBAR
Tak sanggup membaca ayt terakhir ini.. Sungguhpun nur salah seorang anak buah saya yg berusia 10 tahun tetapi dia telah di uji kesakitan. Segalanya bermula selepas jatuh dari tangga sekolah tetapi kesannya dirasai dua bulan selepas itu. Nur hanya memaklumkan pada family setelah kesakitan di pinggang dan tulang pinggulnya mengganas di satu malam. Dia juga terpaksa menggunakan wheelchair dan tidur terlentang dgn ketebalan tilam yg minima utk beberapa ketika. Walaupun kini, nur sihat dan boleh berjalan tetapi dia belum boleh wuduk dengan normal, pergerakkannya terbatas dan terpaksa menjalani fisio setiap minggu. Kata nur dia belum mmpu mengangkat kakinya dalam paras 90 darjah, pergi dan pulangnya dari sekolah di jemput ibu dari kereta ke tempat duduk di kelasnya. Saya ada memaklumkan kapada CL (pemilik pengalaman di kota mekah) agar mndoakan anak saudara saya ini di HM. Terus doakan nur…terimakasih CL : rakan PDKM

Dah hampir 5 bulan berlalu dan kini panggilan manja nur menggantikan nama syuhada sebelum ini. Walaupun ini sekadar cadangan saya pada mulanya kerana saya kuatir namanya akan mempertaruhkan nur dengan kehidupannya. Memadai memanggil nama pangkalnya dan kini dia juga menyukainya. Di sekolah, kelasnya ditempatkan di tingkat bawah dan pihak sekolah turut memberi sokongan dan prihatin kepada nur dan membenarnya menggunakan kemudahan orang istimewa. Bagi pihak family saya mengucapkan berbanyak terimakasih kepada sekolah di Spg Ampat Tasek, Seberang Prai Selatan

Kini bila kisah yg sama hampir berulang, rupanya nur menjadi manusia yng bersyukur, betapa dia teruk, rupanya sahabat mereka lagi teruk. Dari Hospital kulim kini afiq di rawat di hospital seberang perai. Muga afiq tak berdendam dengn fazli, kerana segalanya di luar dari jangkauan kita. Sifat anak2 memang begini, jika bergaduh pun tidak lama dan perkenalan mereka bermula degn pergaduhan. Simpati juga pada afiq, rupa2nya seorg anak yatim dan dipelihara oleh ibu angkat hanya di ketahui selepas kejadian ini. Inilah antara hikmah disebalik kejadian dan bukanlah masa menyalahkan sesapa atau takdir.

Hari ini baik afiq dan ibunya atau nur dan familynya terpaksa bersedia menerima ujian ini. Janji ALLAH itu benar, hanya yang berkemampuan diberi ujian yg setimpal dgnnya.  "Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kesanggupannya.” Yang menciptakan semua syaraf kita adalah Allah dan Allah tahu rasa sakit yang kita pikul kerana dia yang menciptakan sakit. Kita perlulah mmberikan sokongan dan saya mgg akan terus berbicara dengan nur sebaiknya kerana darinya saya akan cuba memahami perasaannya kerana saya tahu dia pasti idamkan masa lampau.

Setiap sakit itu ada hikmahnya, maka evaluasi dan renungkanlah, mungkin kita terlalu sibuk, diberi sakit, sehingga kita boleh beristirahat. Bertafakur seketika, sakit dapat meningkatkan kesedaran kita bahwa kesehatan itu amat berharga. Terima ujian ini ,baik sangka,dan teruskan berdoa.
"Semuga nur cepat sembuh"

No comments: