Thursday, March 18, 2010

satu kisah

Mlm munajat bersama Ustz Badrul Amin begitu shahdu dan menyentap hati... betapa banyak dalam kealpaan saya mengukir dosa2 yg tak disedari. Lahiriahnya tak tapi bersarang kata umpat yg tak didengar kwan, meruap rasa benci tak berkesudahan, rasa amarah pada kenderaaan, rasa muak pada kesesakan.....inilah yg perlu di cuci dan di polish dan dibasmi. Batu persempadanan yg menghalang doa dikabulkan bila adanya sifat2 terkeji ni.Cara menghalang karat ini dari bersarang adalah dgn istifar dan melakukan solat taubat selalu....Semuga dapat diamalkan dari masa ke semasa....

Yang nak dikongsikan adalah cerita dari pengalaman ustaz Badrulamin mngendalikan kursus motivasi di sebuah masjid di Rawang. Katanya di ajarkan anak2 yg seramai 100 orang tu bersolat duha. Buat pertama kalinya wajah suci anak2 ni melaksanakan dengn penuh rasa ketaatan dan memohon dimurahkan rezeki buat mereka dan ibu bapa. Diamainkan anak2 ini dengan deraian airmata keinsafan dan munajat yg telus.  Tak berapa lama selepas itu, ada jenazah di bawa ke situ dan mohon disolatkan. Memandangkan  ini juga pengalaman pertama, ustaz menganjurkan anak2 ni bersama2 solat jenazah dan di ajarkan serba ringkas tentang cara solatnya. Alhamdulillah, ramailah jemaah yg mmyembahyang dan mengaminkan aruah tersebut. Sebelum keluar dari pintu masjid, ada orng mnghulurkan sampul surat berisi kepada setiap jemaah. Anak2 jadi tak keruan dan menerimanya tetapi penuh tanda tanya... Ramai gembira menerimanya walaupun ada yg keciciran.Mereka bertanya ustaz dan dengan senyum ustaz kata ....syukurlah anak2....ALLAH dengar rintihan kita....semua dah solat duha tadikan.....SEkarang benarkan janji ALLAH, rezeki buat org yag solat dengan yakin tadi. Bagi yang tak dapat tu kena check semula solat tadi dan jangan kecewa teruslah amalkan solat ini.

Moralnya: Sebaik2 amalan dimulai dengan taubat dan solat taubat, diiringi dengan solat hajat dan lain2 solat sunat..Manakalat solat duha merupakan sedekah untuk sendi2 kita dan dapat meluaskan rezeki. Mudah2an akan terus mengalir rzki yg halal lagi berkat. Semuga dpt dijadikan iktibar

lokasi kejadian; Masjid kg melayu
masa: 7.30-11.00 mln

No comments: