Thursday, March 25, 2010

Gamatnya PWTC

Pentas utama di PWTC sentiasa gamat dgn aktiviti.sempena Pesta Buku kali ini.
Antara yang sempat saya ikuti dan rakamkan yg dianjurkan oleh Saba Media- wakaf Quran  terjemahan bahasa Inggeris. Taklimat yg disampaikan  oleh seorang pemidato terpilih bukan sahaja menyentuh tentang akidah tetapi juga penggunaan kalimah ALLAH yg masih kabur. Dgn mngaitkan islam bukan hanya utk kaum melayu di malaysia, begitu juga lah isu kalimah ALLAH. Harus dipandang secara positif dan langkah Saba Media yg menganjurkan wakaf quran degn tawaran RM100 utk dua buah quran versi Bahasa inggeris ini di alu-alukan. ( tawaran ini terhad sempenaa KLBF2010 sahaja).

Yayasan Restu pula membuat persembahan muzikal islam yg digabungjalinkan dengan sketsa Al Quran sebagai wadah utk ummah. Proses penyalinan mushaf Al quran begitu teliti dan mmpunyai corak dan keseniaan melayu di nukillkan di tepi al quran tersebut. Cetakannya juga mmpunyai nombor siri dan tidak boleh diciplak.zinkan.. Dalam masa yg sama demostrasi khat dari suarah "iqra" menjadi perhatian umum samada di paparan skrin maupun dari pelawat yg datang. Teruskan usaha dan misi yayasan restu



Ini pula, sesi ilmuan yg mmbicarakan betapa buku mengubah kehidupan. Dua orang motivator yg mmpunyai pengalaman dan merubah kehidupan kesan dari buku yg diibaca. Bagi en.samsudin kadir pengarang beberapa buku motivasi, cabaran baginya adalah harapan masa depan. Cara penyampaiannya begitu berhikmah dan beliau mengajak masyarakat umum mengubah harapan menjadi kenyataan. Mengambil contoh dunia sekarang yg mengejar A, sebenarnya mengajar pelajar bersaing dan pulun untuk diri sendiri. Sedangkan skor A bukanlah makna kejayaan yg sebenar. Sepatutnya ibu bapa lebih bertanya kepada anak2 "hari ini berapa orng kawan yang kamu bantu". Merujuk kegagalan Dr M, dan Prof Ungku Aziz semasa di peringkat awal pendidikan wajar dijadikan iktibar. Hatta Albert Eeistien juga dikatakan gila kerana berfikir diluar jangkaan.

Begiti juga Dr Atan seorang lepasan universiti luar negara dlm bidang kimia tetapi kini menghambakan diri dengan NGO- islamic relief dan menjadi badut utk menghiburkan kanak2 kesan dari buku yg dibacanya. bukan setakat itu bahkan dia telah memiliki setara ijazah dlm bidang badut ni. Betapa beliau anak muda yg melakukan kerja amal walaupun  memiliki sijil profesional. Kenali potensi diri dan langkahlah dengn jayanya.Tajuk buku yang mengubah hidupnya itu akan saya maklumkan kemudian....secara spontan begini...saya pun lupa. 


Moralnya, selagi ada pesta buku, semakin rancaklah pentas di PWTC tu. Kalau pun i sessi lmiah dari buku dapat dikongikan , kenapa kita tak mencari peluang ini. Tahniah kepada penganjur yg menjalankan pelbagai aktiviti. Yang tak dapat saya hadiri ialah sessi pelancaran buku....


Namun buku dua buku karya ustaz saiful islam tetap menjadi sasaran.  Ini Antara buku2 yg tersenarai...
Selamat mengunjungi dan selamat datang...

10 comments:

مسافر_اسلام said...

Salam...rugi la tak dapat nak pergi. saya jauh..sekadar melihat dan membaca je..

mama ju, said...

Salam ain

Wah nampaknya sentiasa ada kat sana? MAMA tak dptkan selalu ke sana wlu hati nak je ikut program2 pentas...

tapi sabtu ni rasanya insyaallah mesti nak pegi...Faisal T..mama tak boleh tinggalkan dia...

Jumpa lagi

Atikah said...

Salam Kak,

Saya baru balik dari Pesta buku nie... hari nie hari kedua ke sana... setiap tahun saya tak pernah miss ke sana...

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..
aduhai...meriahnya PWTC kak..
sedih rasa..terlepas lagi pesta buku tahun nie,,takda kesempatan nak sampai rasanya..
selalu kalu time study kat Melaka dulu dapat la jugak curi2 masa menjenguk ke sana..mmG best la buat kaki buku cam sy nie..huhu

ainhany said...

To MI,
w'salam. insya ALLAH tahun2 depan MI boleh datang ya. Ini yearly event..Cuma yg dipapar ni tak sperti yg alami...mhn dimaafi jua adenya.

To Mamaju,
mana ade laa mama, ain ke sana hujung minggu dan selepas waktu opis jer(tutup jam8mlm). Bukan ke FT dah lounching buku terkininya hari selasa tempuhari?? huhu.. sabtu ni ain nak ke ipoh..tak dapatla pi lagi,cuma ahad je peluang terakhir kesana..jom!!

ainhany said...

to dik tiqah,
w'salam dik, bestkan..kalau dah pi sekali mesti teringat utk ke2,3,4,...
akak pun msh tak serik2 walaupun bergasak, berebut, berpenat...ahad nie jom..last kopek!!

to dik Azrai,
mgg dialu2kan buat org berfalsafah mcm nie..buku low pun byak tau:) nnti pohon keje kat KL taw..boleh kita lepak disana hihii..ilmu boleh dicari dan dikongsi..semuga kita tak jemu utk mmbaca dan mnjamah ilmu..

haji muda said...

Salam ainhany,
saya tidak berpeluang untuk berkongsi di pentas pwtc kerana urusan penting luar negara. Tarikh yg diberi kepada saya tak match schedule saya. Jika dapat berkongsi kan bagus..

ainhany said...

w'salam HM,

iye ke??? bestnya jika Dr juga antara yg berkongsi dipentaskan. Sya dah lihat dan baca buku terkini Dr tu.Subhanallah..alangkah bertuahnya kehidupan yg direstui seorang IBU >Hanya ddapati di karangraf dan lepas ni bolehla berkongsi makna ikhlas pula. Semuga urusan dipermudahkan dan pulang dgn selamat. Terimakasih ziarah.

~aSHa~ said...

last friday sy pg bookfair dgn rakan2 ofis naik bus..bawak anak2...ramai tul..anak2 pun susah gak nak kawal..sbb anak2 kecil lg...tapi best la di alam buku yg byk tu..

ainhany said...

ToAsha
bestkan berada ddlam gua buku..aura mmbeli dan mmbaca jadi kemestian. Agak2 kita bertembung tak??hihi..hari jumaat mgg k.ain tak kesana, petang tu hujan ribut..sempat ke masjid wilayah...tenguk konsert Gaza je.hihi