Monday, March 15, 2010

Kebetulan atau suratan

“ ….,Mak nak ikut laah, tunggu sat” kata mak sebelum beralih ke biliknya. Plan awalnya saya akan ke pusara ayah besama-sama Ibrahim saja memandangkan ini ziarah saya ke dua kalinya di hujung minggu tersebut. Tak sangka pulak mak ingin mengikutnya kali ni. Saya tahu bunga rindunya pada ayah tak pernah menguncup. Sambil menunggu mak menyempurnakan wudu’ dan tudung, saya memetik beberapa kuntum bunga kenanga. Baunya mengharumkan laman rumah dan kuntuman bunganya sering menguning mengindahkan persekitaran.Tragisnya, inilah pokok yg pernah di tanam oleh almarhum ayah kerana air tangan ayah selalunya menyejukkan bumi dan pokok akan subur hidup. Sama ada kebetulan atau suratan ini adalah hakikatnya…

Walaupun sekitar jam sepuluh pagi tetapi cuaca pagi begitu panas. Ia memaksa kami menggunakan payung bagi menghindari dari cahaya matahari yg terik. Indahnya payung juga mengembalikan memori pada ayah, kerana selain beberapa keperluan solat, ayah akan mengilik payung yang boleh dijadikan sebagai alat perlindung dari panas atau hujan dan sebagai tongkat. Jika rasullullah menggunakan tongkat, saya andaikan adakalanya ayah juga mengikuti sunnah nabi . Bertuahnya saya memiliki ayah yg mencontohi nabi Muhammad SAW sehingga akhir usianya ke 87 tahun masih kekal berjamaah di masjid.

Saya merenung diri sendiri, jarak dari bukit IBC ke masjid RTM hanya 300 mter pun memenatkan andainya saya di usia tua ayah mampukah saya melangkah lagi. Hanya ALLAH yang mngetahui.
Di sisi  pusara ayah kini , bersimpuh sang isteri ditemani cucunda  dan anakndanya membisikan nyanyian kasih kepada murabbi. Ayah ...kelak kami pasti menurutimu..muga kita bertemu di syuga. Insya ALLAH

Ya Allah! Sampaikanlah pahala apa yang telah kami bacanya kepada almarhum ayahanda…”.

4 comments:

~aSHa~ said...

insyaAllah doa seorang anak bekalan bawa ke syurga...

kasih isteri tetap abadi....spt mak kak ainhany

ainhany said...

insya Allah itulah penghargaan buat yg disayang..kasih pda ibu ayah sepanjang hayat.

ye betul..kasih mak kpda ayah kasih yg abadi
terimkasih asha

rezeki said...

salam ain

alhamdulillah, besar pahala menziarahi kubur dan akan mengingatkan kita tiada yg kekal abadi di dunia, semua hanya sementara, yang kekal adalah Allah

al fatihah buat ayah mu

pak itam pun kalau setiap kali balik ke kg takkan melepaskan peluang menziarahi pusara bapa ku dan nenda2 sekalian

ainhany said...

salam pak itam,
insya allah. Ain akan sentiasa mnziarahinya, mudahan2 doa yg dinnti akan terus mengalir buat almarhum.

ooo timekasih pak itam berziarah disini.