Tuesday, March 23, 2010

Apa dah jadi

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara [JPN] Datuk Alwi Ibrahim telah mendedahkan peningkatan Anak Luar Nikah [ALN] yang didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara: [Berita Minggu 21 Mac]

a] 2007 : 16,100 anak Luar nikah
b] 2008 : 16,541 anak luar nikah
c] 2009 : 17,303 anak luar nikah

Datuk Alwi juga menyebut bahawa dalam tempoh 5 tahun terakhir Jabatan Pendaftaran Negara telah mencatatkan 74,723 anak luar nikah yang membabitkan orang melayu Islam .
[Fakta ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat]

Sepanjang tempoh yang sama [ 5 tahun ], seramai 214,033 bayi luar nikah didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf termasuk kes anak yang tidak berbapa dari pelbagai bangsa dalam negara kita .

Menjadi tanggungjawab setiap individu untuk bangkit berjuang bagi menyelamatkan negara dari kebinasaan dan kemusnahan ini dengan membuat desakan agar syariat Islam dilaksana dan didaulatkan . Ianya adalah satu desakan berasas setelah semua pihak menyaksikan kegagalan total sistem peraturan dan undang - undang ciptaan manusia .
( sumber : http://episodeperjuangan.blogspot.com )
-------------------------------------------------------------------------
apa yg hendak dikatakan dengan fakta ini?
apa tindakan kita?

Seketika pulang ptg tadi, Radio Bernama dlm aksi terjahnya menjadi pilihan saya. Seorang wanita yg bukan gadis lagi dari Johor yg sedang mengandung 7 bulan telah dihantar ke sebuah institusi pembelaan wanita dan kanak2 di KL. Berkongsi pengalamannya bersama DJ dan pendengar membuatkan hati saya seperti bertanya2. Adalah dia telah sedar dan betul2 insaf??? Wanita berusia 18 tahun itu hanya memaklumkan kepada familynya setelah kandungannya 7 bulan dan dia melakukan perbuatan terkutuk tersebut bersama teman lelakinya yg dikenali hampir 2 tahun. Pada pandangan saya perbuatan terkutuk itu berlaku bukan dgn ketidakrelaan atau keterpaksaan. Sesuatu yang harus difikir2kan.

Walaupun perbincangan itu tak dapat saya ikuti hingga akhir, tetapi beberapa persoalan berligar2 di fikiran saya. Kenapa teman lelakinya menyepikan diri selepas itu??? Selesaikah sudah tanggung jawab ibu bapanya dan sanggupkah wanita ini menghadapi cabaran yg lebih ganas selepas ini?? Anak kecil yg bakal dilahirkan ini juga akan mencatatkan graf peningkatan anak tak saf taraf lagi??? Apakah pembelaan ini bermakna selesai sudah tugas kita??

Menyusuri tasek Titiwangsa satu ptg juga, saya dapati ramai anak2 remaja bercouple dan bersantai di sini. Mereka seolah2 (tak semua) merasakan  ia bukan satu kesalahan bila berdua2an, berpegangan dan bermesra-mesraan. Inilah pintu2 kearah kemaksiatan dan penzinaan. Di manakah ilmu yg diadun, ditanam dan disemai selama ini atau sekurang-kurangnya di mana budaya melayu yg menjadi pegangan dan adat kita walaupun sekadar semasa perkahwinan?  Tidak adakah rasa malu dan bersalah pada agama, ibu bapa, masyarakat serta alam yng menyaksikan fenomena ini.

Bertanya saya pada diri, apakah yg wajar dan harus saya buat untuk membantu anak generasi kita hari ni. Bukan sekadar menuding jari satu sedangkan 4 lagi mengadap diri sendiri.  Saya takut andai hari ini saya berbicara tentang orang, kelak saya diuji  pula. Saya akui anak2 saudara saya  yang ramai sedang meningkat remaja dan suatu hari nanti akan keluar dari kepompong family mereka, apakah mereka setega Masyitah yg sanggup diumpan dengan kawah demi maruah ISLAM yg disanjungi.  Semuga ALLAH mmbukakan jln hidayah kepada semua dan menyelamatkan kita juga. Ayuhlah wahai teman, sahabat, rakan dan semua :

Doa mohon Allah selamatkan ummat...
Doa mohon Allah ampunkan ummat...
Doa mohon Allah bantu ummat...
Doa mohon hidayat ummat seluruh alam...
dan FIKIR seperti mana fikir nabi saw...bagaimana seluruh ummat dpt selamat drp neraka masuk syurga Allah...
 dan BUKAN..
berda'wah utk digelar aku seorang da'ie...
berjihad utk digelar aku seorang mujahid...
menderma utk digelar seorang dermawan...

teruskan berdoa...wallahuaklam..

4 comments:

iz-AnN عبداللطيف said...

dunia semakin hampir ke penghujungnya...

sad...but TRUE...

ainhany said...

muga kita sempat buat pengampunan kan izan kan :)

Haji Muda said...

Salam ainhany,
insyaallah kita akan usahakan untuk membuat perubahan

ainhany said...

w'salam dr.HM

insya ALLAH. Perjuangan dakwah harus beterusan.