Monday, March 1, 2010

kembalikan dunia anak kecil itu


Menatapi menu berita sejak akhir2 ini, diri begitu sebak….

Hari ini anakanda Safiyah Humaira mnjadi mangsa keganasan dari seorang lelaki  yang sepatutnya melindunginya…Al fatihah buat si anak kecil berusia 3 tahun yng sebaya dengan anak2 saudaraku. Tempatmu nak safy, adalah jannati tetapi belum tentu pembunuhmu akan selamat di dunia dan akhirat.
   
Entah di mana peri kemanusiaan kini. Membantu memudahkan tugas Izrail yg mengambil nyawa bayi dan anak2 yg tak berdosa. Jika kita mengandaikan zaman jahiliyah dulu, anak2 lelaki di tanam hidup2 supaya lenyaplah kepahlawanan lelaki sejati dan tak ujud lagi nabi sesudah itu tapi kini bukan sahaja dicabut nyawa bayi tersebut tetapi hendak dihapuskan tanda2 keujudan bayi ini. Manusia telah hilang pertimbangan tanpa perasaan kasih pada ahli2 syurga ini bahkan manusia semakin tamak dengan dunia. Di mana akal dan undang2 menghalalkan cara ini???

Apa yg dapat dinukilkan, benarlah perjanjian ALLAH, setiap nafas dan roh yg dijadikan tak akan disia2kan dan betapa manusia sebaik2 kejadian yg berbekalkan akal dan pemikiran yg sempurna. Tangan2 manusia kotor akan terus membuat onar dan menghapuskan bukti namun ALLAH tetap akan menemukannya hatta tulang yg berserpihan. Kini bayi yg meninggal di panggang namun tak lut dik api yg membara. Inilah hikmah yg ditunjukan ALLAH atas kedurjanaan makhluk bernama manusia. Kita sering menyalahkan haruan memakan anaknya namun secara simboliknya banyak anak–anak manusia juga menjadi habuan muhramnya hatta bapa juga sanggup membuntingkan anak sendiri. Nauzubillah…Cukuplah!!.

Cukuplah penderitaan yg di dengar, di hadapi dan dideritai oleh mangsa keadaan. Walaupun rintihan itu tak bermakna lagi, hidup mesti diteruskan tetapi tekanan perasaan pasti menghantui kehidupannya. Wajarlah kita ambil peduli persekitaraan kita.. Kita juga bertanggungjwab atas apa yg telah berlaku.

Lihatlah institusi kekeluargaan masing-masing. Sejauh mana pendekatan agama diamalkan dan ibu bapa memberikan perhatian kepada anak-anak. Kesibukan dan keselesaan bukanlah alasan menjahanamkan tanggungjawab ini. Andai di’flashback’ sebagaimana kita yg semakin dewasa sekarang dibesarkan dengan asas keibubapaan yg di banggakan satu ketika dulu. Sebagai ayah khususnya perlulah meletakan dirinya sebagai manusia perkasa yg boleh dibanggakan, penyayang dan role model bgi keluarganya. Usah memberi ruang “lopong” itu di isi oleh teman lelaki kepada anak-anak perempuan kita. Begitu juga ibu  perlulah mendekati anak2 lelaki supaya anak2 ini meletakan kecintaan yg utuh kepada ibu sebagai ikon mereka. Saya percaya keruntuhan moral remaja wanita sekarang khususnya apabila mereka lebih mempercayai, mengasihani bahkan sanggup meyerahkan diri sebagai membuktikan kasih kepada seseorang lelaki. Oleh itu ibu-ibu, bapa-bapa tolonglah melihat kembali sejauhmana memainkan peranan dalam kekeluargaan. Alangkah ruginya andai generasi kelak membebankan urusan akhirat kalian. 

Di samping itu fahami persekitaran dan peka dengan kejiranan. Lihat2lah jiran kita mungkin antara mereka sedang ,mengalami kekusutan dalam hidup dan bantulah seadanya dan janganlah menyorokkan kedurjanaan mereka. Hari ini mungkin utk kita tapi besok belum tentu milik generasi kita.

Selain itu sama2lah kita mendoakan semuga lubang kemaksiatan yg menjadi tanggungjwab pihak tertentu di kecilkan dan akhirnya di tiadakan. Kita tak mampu mngubah keadaaan tetapi yakinlah dengan bantuan ALLAH dan harapan berterusan doa kita pasti dikabulkan dan keselamatan sejagat terjamin. Buat generasi ku, walaupun  kini kita telah merdeka, namun pemikiran kita masih  dijajah dan  kita masih dihantui ketakutan di bumi sendiri. Perhebatkan doa keselamatan dan persiapkan diri dengan pertahanan fizikal kerana kehidupan hari ini penuh kewaspadaan dan pelarian. 

Ya ALLAh sempitkanlah laluan maksiat dan luaskanlah pintu rahmat hidayat dan keselamatan dan peliharalah daku, keturunanku dan semua muslim/mat dengan syurgamu. Gerakan hati2 kami mentaati, memuliakan quran dan sunnahmu dan memelihara akhlak mulia. Bahagia dan rahmatilah berterusan rahmat inayah buat kedua ibu bapa kami dan pertemukanlah kami di jannahmu.

Banyaknya maksiat yg dilakukan
Balakan turun sebagai siksaan
Angin nan merah Allah ditiupkan
Gempa yg dasyat bakal menggegarkan.
Takutilah saudaraku cepat insafi diri
Sebelum TAUBAT tak bermakna lagi

2 comments:

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila klik disini
Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
DISINI

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

ainhany said...

w'salam BJ

trimakasih bertamu dan meninggalkan ilmu disini. Akan saya perbaiki paparan blog ini insya allah

ALLAH berhak mnguji kita dan kita wajar bersedia dengn bakal ujiannya. Muga kita tak alpa dan mnjadi manusia yg beriman.