Tuesday, July 7, 2009

tentang mereka

Sapa kata Aufa tak boleh jaga Nisa'

Hai ni kes dera Mak Chaq Fathiyah layan Wawa ke?

hmmm... merajuk ke marah ni Edat?

Putri Nureen Balkis - ada rupa putri raja kayangan tak?

Ini Nadhiah tapi cu suka panggil Sholehah


Ni takut ke gayat Aris?

Saya sebenarnya mahu mengajak anda berfikir tentang satu perkara. Apabila melihat gelagat kanak-kanak kecil hati pun terfikir, “Ish…. saya masa kecik dulu macam tu jugak ke….”?

Ala ibu nie.. kasilaa Aamirul Hakim posing ngn tok chu sat!

Jika anda seorang ibu atau bapa, tentu pernah lalui saat-saat di mana begitu asyik memerhatikan gelagat anak-anak semasa kecil. Bagi saya sendiri, saya rasa begitu seronok memerhatikan gelagat dan perkembangan minda anak2 dan cucu2 saya yang semakin hari semakin menjadi-jadi. Sesetengah orang akan mendefinisikan perkembangan minda anak-anak ini sebagai ’semakin nakal’ atau ’semakin buas’ tetapi realitinya, anak-anak ini sedang mempelajari sesuatu yang baru setiap hari berdasarkan interaksi dengan persekitaran mereka. Inilah zaman kanak2 adalah zaman yang paling indah. Zaman yang tak perlu memikir tentang masa depan.

Lebih menarik lagi, pernahkah kita terfikir bahawa kadangkala perangai kita orang dewasa masih lagi terbawa-bawa perangai semasa kita di zaman kanak-kanak dahulu? Ada antara kita yang semasa kecil kecil suka menangis dan merajuk apabila tidak dapat apa yang kita inginkan. Apabila sudah dewasa, kita tidak lagi menangis tetapi masih lagi merajuk dan mengharapkan seseorang membantu kita untuk mendapatkan sesuatu yang kita mahu.

Ada antara kita semasa kecil mempunyai perangai yang sangat degil. Begitu degil hingga jika kita mahukan sesuatu, kita tidak akan berhenti meminta atau mencuba hingga kita mendapatkannya. Adakah kita masih mempunyai kedegilan sebegitu? Jika kita masih degil begitu, tentu sudah ada beberapa kejayaan besar yang sudah kita kecapi sekarang ini.

Semua orang pasti mengalami fasa demi fasa dalam hidup ini. Di kala kanak2, merakalah ahli syurga tetapi adakah kekal di masa dewasa. Di sinilah perlunya pengisian, menuntut pengorbanan ibu bapa dalam pendidikan yang bukan saja berteraskan fizikal tetapi melibatkan kebijaksanaan, emosi dan spiritual. Doa juga satu spritual tetapi harus bergabung dalam satu konduit IQ dan SQ yang membentuk akhlak yang sempurna. Dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Dimana pun berada "mind set" harus tepat dan berpandukan sunnah dan kalam suci Ilahi.

Saya Ain tapi dok perasan adik lagi...kan kak Ain?





Nie gaya ultraboy- hasyir,haris, hanis
Cucu yang menceriakan hujung minggu hingga cu menulis blog ini
Sayangnya foto hifzhan tak ada lagi...jgn marah tok cu tau


Inilah antara anak-cucu yang mengajak cu berfikir dan tentang mereka...
Doakan mereka menjadi generasi yang soleh dan solehah.....Amien

1 comment:

mira_safiah said...

salam...wah cu dah pandai tulis blog. t add blog adik kat link cu yerk..