Thursday, July 2, 2009

menangislah


Menangis merupakan satu sifat semula jadi yang menjadi garis pembeza antara manusia dengan makhluk lain. Menangis tidak hanya berkait rapat dengan kesedihan, malah juga dengan kebahagiaan.Ia adalah sifat semulajadi yang Allah kurniakan secara fitrah kepada manusia.Ia adalah satu emosi kejiwaan manusia.

Air mata tidak keluar dengan sebab tertentu kecuali ia menjadi faktor penting yang bukan hanya dapat membersihkan mata daripada racun, namun juga dapat membantu tubuh membuang racun-racun .Dengan hal demikian, maka akan muncul ketenangan jiwa.

Al -Quran telah menyebut perihal menangis pada banyak tempat dan memuji orang yang selalu menangis yang disebabkan sampai tahap makrifatullah kepada Allah dan kerana takut kepadaNya.

FirmanNya dalam surah Isra' yang bermaksud : " Dan mereka menyungkur di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah kusyuk".(109)

FirmanNya di dalam surah maryam yang bermaksud : " Apabila dibacakan ayat-ayat Allah yang Maha Pemurah kepada mereka , maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis."(58)

Mereka bersujud kepada Allah dengan penuh taat, khidmat, serta pujian dan syukur atas berbagai nikmat yang Allah kurniakan.Oleh itu para ulama bersepakat menetapkan sujud syukur, kerana ingin mengikuti dan mencontohi mereka.

Menangis bukanlah tanda lemah dan tidak dewasanya seseorang, bahkan menangis merupakan terapi kesihatan yang sangat berguna dan dapat mengubati penyakit-penyakit merbahaya.berikut beberapa catatan yang sesuai dengan kenyataan ini :

  • Menangis merupakan cara semulajadi untuk membuang unsur-unsur membahayakan diri tubuh manusia.Unsur-unsur ini dijana oleh tubuh ketika manusia sedang mengalami ketakutan.
  • Otak bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia yang terdapat pada air mata yang menjadi tempat bersarangnya rasa sakit.
  • Menangis dapat menambah jumlah degupan jantung dan dianggap sebagai latihan yang berguna bagi sekat rongga badan,urat-urat dada dan kedua-dua bahu .Setelah menangis, kecepatan degupan jantung kembali ke asalnya, sehingga akan muncul perasaan tenang.
  • Doktor Frey berkata :" Air mata dapat bekerja secara berkesan membersihkan mata kita. Ia mengambil peranan penting dalam meringankan ketegangan jiwa yang mungkin disebabkan berbagai-bagai penyakit, seperti luka pada perut, tekanan darah tinggi dan radang usus besar.
  • Dr ini juga menghubungkan di antara ketegangan jiwa dan menangis melalui penelitian ribuan titisan air mata. Ia menemui bahawa air mata mengandungi berbagai-bagai hormon yang di keluarkan oleh tubuh kita ketika kita mengalami ketegangan jiwa.Oleh sebab itu, semasa kita menangis, maka hormon-hormon ketegangan itu dengan sendirinya hilang. Selanjutnya , kita pun berasa lebih baik.
  • Dr ini juga menganjurkan kita agar menangis dan melupakan penilaian negatif masyarakat berkaitan permasalahan air mata, kerana menangis bukanlah aib atau kesalahan. Kita tidak perlu selamanya berasa menjadi manusia kuat hingga mengharamkan diri kita untuk menitiskan air mata yang sihat.
  • Kajian perubatan juga mengukuhkan bahawa 86% perempuan dan 75% lelaki berasa lega setelah menangis.Dr Frey berpendapat bahawa rasa sedih semula jadi menjadi faktor yang menyebabkan lebih dari separuh air mata manusia tumpah. Sedangkan rasa bahagia adalah faktor yang menyebabkan 20% air mata manusia keluar.
  • Dr Bryan Dowt,pakar runding kedoktoran jiwa dan penulis buku popular , "Tempat yang aman untuk menangis", setelah melakukan tinjauan dan kajian dalam lapangan yang ia jalankan selama 15tahun, berpendapat bahawa tidak boleh menangis merupakan penyebab disebalik aneka jenis penyakit yang sedang berusaha untuk dihilangkan.
  • Para ilmuwan telah melakuakn kajian terhadap air mata. Mereka menemui bahawa air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian zat besi terutama magnesium.Ini adalah unsur racun yang boleh bebas dari manusia ketika ia menangis.
  • Kajian lain tentang air mata dilakukan oleh Dr Frey di Inggeris.Pada satu kesimpulan dia berpendapat bahawa perempuan menangis 65kali dalam setahun , sedangkan lelaki hanya 15kali dalam setahun.Hanya cuma , lelaki dan perempuan menangis pada saat yang sama, iaitu pada saat keluar dari rahim ibu.
  • Dr Bulthiyah berpendapat bahawa susunan(sistem) air mata terbentuk dari kelenjar-kelenjar inti, kelompok lain terdiri dari kelenjar bukan inti.Tugas kedua-duanya adalah menghantarkan air mata yang basah itu kepermukaan mata.Ia juga bertugas sebagai poket air mata yang berdaya guna mengolah air mata tambahan, agar fungsi dari sistem air mata itu secara sempurna boleh mengeluarkan lapisan air mata dan selaput dalam kelopak tulang mata.

Menangis tidak boleh mengembalikan bahagian dari masa lalu.Bahkan menangis merupakan bahagian dari masa sekarang dan kompas untuk masa depan.

Maka setelah kita mengetahui kelebihan yang Allah cipta dalam air mata maka sewajarnya kita menggunakan air mata ini di tempat yang sewajarnya....kerana menangisi kesilapan dosa-dosa lalu lebih bermakna dari menangisi kepergian seorang kekasih...

......dan air mataku mengalir lagi .... moga ia menitis keranaMu ya Ilahi... dan rasa tenang yang Kau kurniakan selepas itu moga menjadi ubat bagi jiwa-jiwa yang menderita kerana hanya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu....

Mencari Redha Allah , Mengharap Kasih Sejati , Berteduh Di bawah Rendang KasihMu ya Rabbul Izzati...

...Wa Allah hu a'lam...

No comments: