Friday, July 17, 2009

WAN kita telah pergii...

Wan kami bernama HJ MANSOR BIN ABDULLAH telah meninggal dunia pada 11 Jun 2009 bersamaan 17 Jamadil Akhir 1430H jam 1.55pagi. Kami berasa sedih kerana tidak mempunyai wan lagi. Ketika itu, saya tertidur di kerusi bersebelahan katil dalam wad tingkat 3A bilik 401e PMC. Tiba-tiba ibu mengejutkan saya daripada tidur dan memberitahu wan baru saja meninggal dunia. Saya terus pergi ke katil dan menatap wajah wan. Saya nampak macam wan sedang tidur tapi selepas itu muka wan ditutup dengan kain putih. Saya menangis sehingga merah mata. Saya lihat ibu dan emak saudara saya membaca yasin ketika itu. Saya lihat saudara mara yang turut bersedih termasuklah tok.

Kemudian ibu menyuruh saya mengemas barang-barang yang dibawa ke hospital untuk dibawa balik ke rumah seperti kain baju wan, makanan, selimut, tikar dan sebagainya. Ada emak dan bapa saudara yang menemani aruah wan di hospital dan ada yang balik dulu untuk membuat persiapan di rumah. Ketika dalam kereta, saya dan keluarga di datangi oleh seorang lelaki meminta duit. Ayah tak memberi wang padanya dan kami terus memecut kereta memyebabkan orang itu berang. Orang itu juga beralih ke kereta cik wan untuk meminta perkara yang sama. Takut juga..


Kami sampai di rumah dalam pukul 4 pagi, saya dapati jiran dan beberapa saudara mara saya sedang mengemas rumah. Saya turut membantu mengangkat kerusi dan menghampar tikar dan kapet di ruang tamu untuk menyambut kepulangan wan . Saya juga turut membantu mengemas dan mengelap lantai dan tingkap di rumah bersama sepupu yang lain.

Adik saya, Nabiatul Huda dikejutkan oleh ibu, memaklumkan kematian wan. Adik seperti tak percaya berita ini dan bertanya sekali lagi kepada mak ndak. Adik Huda turut bersedih kerana sebelum dia balik dari hospital petang tadi, keadaan wan seperti biasa sahaja. Dia sempat bersalam dengan wan.

Jenazah wan sampai dengan van Pak Lang. Turut bersama ialah Tok, Cik Na, Ngah Nab, Pak Tam, Pak Nyang, Pak Su, abg Salleh, Abg Anas, Abg Pai dan beberapa lagi ahli keluarga lain. Jenazah wan diletakan di ruang tamu dengan beralaskan tilam dan cadar putih. Tirai juga dipasangkan bagi memisahkan kedudukan jenazah ruang itu. Selepas solat subuh kami sama-sama berkumpul di depan jenazah wan untuk membaca surah yasin. Saya juga turut membaca beberapa juzuk Al Quran untuk wan. Ramai tetamu di kalangan saudara mara,rakan-rakan, anak murid dan jiran yang menziarahi wan buat kali terakhir

Tepat jam 11 pagi, jenazah wan diangkat dan dimandikan di ruang dapur dalam rumah. Tirai juga dipasang dan hanya saudara terdekat yang masuk melihat wan. Saya juga turut mencurahkan air kasturi dan menggosok-gosok badan wan. Kelihatan wajah wan menjadi lebih putih daripada biasa.

Selepas selesai memakaikan wan dengan kain kafan yang terdiri dari dua helai kain putih dan sehelai kain ihram yang pernah wan gunakan ketika menunaikan haji dan umrah dulu.

Kemudian jenazah wan diusung sekali lagi ke ruang tamu untuk disempurnakan kafan. Saya turut menabur wangian dan air mawar kepada wan. Saya juga mencium dahi wan yang sejuk itu. Semua emak saudara, bapa saudara, anak saudara (cicit), sepupu( cucu), atuk saudara ( tok shu) juga tok memberikan penghormatan dengan mencium dan menabur wangian untuk wan. Saya mengalirkan airmata apabila melihat keadaan ini. Saya lihat sepupu saya juga menangis

Jenazah wan dibawa ke masjid untuk disembahyangkan. Ramai orang datang untuk menyembahyangkan wan. Saya dapati sepupu saya menangis teresak-esak semasa menunggu sebelum diangkat ke tanah perkuburan. Selepas disembahyangkan , jenazah wan di bawa ke tanah perkuburan.

Paksu dan pak njang turun ke liang lahat untuk menyambut wan. Saya lihat ikatan pada kaki dan kepala wan dibuka dan diletakan ketulan tanah. Saya tidak sanggup melihat kerana sedih. Saya lihat pak tam,ngah, juga sepupu-sepupu berada di atas dan mereka juga membantu mencangkul tanah ke lubang kubur.

Selepas selesai, imam masjid datang dan membaca talkin di depan wan. Semua saudara mara juga turut mengaminkan doa untuk wan.

Selama 7 hari bacaan yasin dan tahlil di buat di masjid. Ada juga yang membacakan Al quran di kubur wan. Saya pun turut membaca dan berdoa di kubur wan. Adik Huda suka bawa air mawar dan menjirus untuk wan. Kami juga bawakan daun pandan yg telah di potong untuk di tabur pada pusara wan. Kata ayah saya, selagi daun-daun itu hijau ia mendoakan kesejahteraan untuk wan. Kami juga mencacakkan pokok bunga di kepala dan kaki wan. Saya harap pokok itu dapat hidup .

Sekarang hampir setiap petang saya dan keluarga akan menziarahi pusara wan. Setiap kali menziarahi pusara wan kami akan membersihkan pusara wan dan membaca yasin dan tahlil. Kelmarin, pak tam telah mengorek lubang untuk meletakkan batu nisan di atas kubur wan. Di atas batu nisan terukir nama wan dan batu nisan berwarna hijau. Batu nisan kelihatan bersinar dan lincin . Saya dan keluarga merasai ketiadaan wan di rumah kerana wan seorang yang baik.


Cacatan asal : Muhamad Ibrahim Soleh 11 tahun ( cucu ke …..) 20062009 Di edit sikit2: chu
( editor tanpa kepakaran dan kemahiran mengedit perkataan/ bahasa spt seorang editor yg bertugas di sebuah gedung penerbitan. Semuga satu hari sahabat saya menjadi seorang penulis terkenal juga. Tulisan ni dah lama cu amik dari pc kt kg. Ib yang tuliskan tapi cu tak boleh teruskan membaca kerana terasa macam” tayangan video sedang dimainkan”.. Tetapi mengenangkan 40 hari ketiadaan wan pada isnin nie (bersempena dengan isra’mikraj) , sengaja saya mengajak anak2 cucu berkongsi rasa dengan adik Muhammad Ibrahim dan adik Nabiatulhuda . Catatan adik Ahmad Husaini menyusul lepas ni )

foto: wan dikelilingi ank cucu dan cicit untuk kali terakhir sebelum berangkat ke masjid
Selain tu… saya mengharapkan kita sama2 dapat menghadiahkan “ALFATIHAH, YASIN dan TAHLIL khusus buat ayahanda kita
...

2 comments:

Anonymous said...

Bagaimakah kematian kita nanti?
Doakn kami...

ainhany said...

sam2lah berdoa muga berakhir dgn husnul qatimah dan memiliki anak2 yg mndoakan..amin