Sunday, July 26, 2009

Bicara Ad Deen

Kembalikan Generasi Salehudiin AlAyubi

Setiap tahun kita secara tabie akan mengulangi semula cerita tentang isra dan mi'raj.
Perintah bersolat telah diterima secara langsung oleh Rasulullah SAW dan ia berlaku ketika baginda menjadi tetamu Allah dalam peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 Rejab (tahun ke 11 baginda dilantik sebagai Rasul). Namun sejauh manakah penghayatan anugerah ketentuan ALLAH ini kita dominasikan?

Peristiwa Israk Mikraj iaitu peristiwa perjalanan malam Rasulullah dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa (Israk) dan kemudian baginda naik ke langit dari Masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha (Mikraj). Takdir ALLAH peristiwa ini boleh mencabar keimanan manusia, kerana logik akal dan tabie manusia sukar mempercayainya. Tetapi dengan keyakinan dan akidah yang tinggi seperti khalifah Abu Bakar r.a(As siddiq), persepsi roh dan jasad Nabi Muhammad diperjalankan dengan izin ALLAH adalah BENAR. Tetapi hari ini "seolah-olah" ibu2 dan wanita (mandul) gagal melahirkan Abu Bakar ke 2? Kenapa?

Dunia juga semakin parah akibat sains dan teknologi yang tidak berteraskan agama ISLAM dan ilmu kejiwaan. Pendekatan dan teori SAINS adalah ilmu yang keterbatasan kerana ia sekadar memahami tabie ilmu alam. Seperti apabila satu barang dilontar keatas, ia pasti jatuh ke bawah. Jawpan dari sudut fizik adalah tarikan daya gravity, momentum, force, energy, frekuensi dan kelajuan. Teori sains hanya memberi jawapan mengapa tetpi siapakh PENCIPTAnya?(WHO CREATE). Segala peristiwa bantuan ALLAH terhadap para rasul-rasulnya seperti api,tongkat,pedang,dll yang berubah dari tabie sebenar adalah atas perintah ALLAH(THE CREATER). Degilnya umat sekarang menolak kebenaran sehingga memisahkan keyakinan pada ALLAH. Justru itu mari kita bina persepsi dari AlQuran dan warisan yang harus dipraktikkan. Apakah kesannya isra mikraj masa kini?

Kejayaan Solahuddin Al Ayubi seorang panglima islam, pejuang, mujahid, tokoh ilmuan dalam pembebasan bumi Palestin dan Kota Baitul Maqdis selepas 60 tahun dijajah harus diulang. Peristiwa bersejarah ini berlaku pada 27 Rejab 538H . Padanya terkumpul sifat-sifat berani, wara’, zuhud, khusyu’, pemurah, pemaaf, tegas dan lain-lain sifat terpuji. Para ulama dan penulis sejarah telah memberikan kepujian yang melangit. Sifat pemurah dan pemaafnya diakui oleh lawan mahupun kawan.

Beliau menghabiskan waktunya dengan bekerja keras siang dan malam untuk Islam. Hidupnya sangat sederhana. Minumnya hanya air kosong, makanannya sederhana, pakaiannya dari jenis yang kasar. Beliau sentiasa menjaga waktu-waktu solat dan mengerjakannya secara berjamaah. Dikatakan bahawa beliau sepanjang hayatnya tidak pernah terlepas dari mengerjakan solat jamaah, bahkan ketika sakit yang membawa pada ajalnya, beliau masih tetap mengerjakan solat berjamaah. Sebaik saja imam masuk berdiri di tempatnya, beliau sudah siap di dalam saf. Beliau suka mendengarkan bacaan Al-Quran, Hadis dan ilmu pengetahuan. Dalam bidang Hadis, beliau memang mendengarkannya secara teratur, sehingga beliau boleh mengenal jenis-jenis hadis. Hatinya sangat lembut dan pemurah, sering menangis apabila mendengarkan hadis.

Seluruh kaum Muslimin yang menyaksikan kewafatannya menitiskan air mata apabila Sultan yang mengepalai negara yang terbentang luas dari Asia hingga ke Afrika itu hanya meninggalkan warisan 1 dinar dan 36 dirham. Tidak meninggalkan emas, tidak punya tanah atau kebun. Padahal berkhidmat pada kerajaan berpuluh tahun dan memegang jawatan sebagai panglima perang dan Menteri Besar sebelum menubuhkan Emirat Ayyubiyah.

Kain yang dibuat kafannya adalah betul-betul dari warisan beliau yang jelas-jelas halal dan sangat sederhana. Anak beliau yang bernama Fadhal telah masuk ke liang lahad meletakkan jenazah ayahnya. Dikatakan bahawa beliau dikebumikan bersama-sama pedangnya yang dipergunakan dalam setiap peperangan agar dapat menjadi saksi dan dijadikannya tongkat kelak pada hari kiamat. Rahimahullahu anh.

Ayuh saudaraku....Kembalikan Generasi Solahuddin aL Ayubi !!!!
Bumi Palestin harus dibebaskan dari diratah penjajah Yahudi Zionis yang kelaparan tanah dan dahagakan darah warga Palestin. Marilah selamatkan masjil Aqsa, kiblat pertama umat Islam....Hikmah disebalik setiap kejadian ALLAH jua yg mengetahuinya. w'aklam

Nota kaki: Catatan ini adalah antara intipati forum isra mikraj dan kepentingannya yg diadakan di masjid wilayah. Ketokohan moderator(ust mahathir saharudin) dan ahli panel seperti pakar fizik-dato prof yusuf othman, tokoh agama-ust roslan muhd(um) dan ust zamri zainal abidin (ikim) memang di kagumi. Sessi ilmiah ini membincangkan sesuatu kelainan yang lebih bersifat global. Semuga dapat di fikir-fikirkan dan TERIMA KASIH ALLAH.

No comments: